Assalamualaikum..
5 Ramadhan. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk melalui hari-hari ini. Muntah-muntah. Masih lagi. Tak tahu mengapa mungkin tersalah makan ataupun ada alergi mana2 makanan kuwt. Takpun memang hati yang membawa lara. Selera makan. Ntahlah ke mana hilangnya.
Semalam, ku pujuk diri untuk mengikut salah seorang sahabat ke bazar Ramadhan, yang jauh sedikit dari yang selalunya. Bazar Ramadhan Gong Badak. Best di sini. Macam-macam ada. Hati ini dipujuk moga selera makan dapat ada semula. Tapi ternyata usaha gagal. Semua yang dipandang ibarat melihat padang yang kosong tanpa ada apa-apa yang menarik hati.
Sakitnya hati. Melihat makanan kegemaran ana. Bubur Lambuk. Kuih kegemaran arwah nenek dulu. Tak ingat nme ape dah. Tapi bila memikirkan ke mana akhirnya makanan itu akan pergi selepas 5 minit ditelan membuatkan ana untuk berfikir dan memilih makanan yang tidak terlalu berat untuk perut. Lantas, pulang dengan tangan yang berisi air, dan kuih-muih. Bersyukur juga kerana akhirnya membeli kuih pada saat-saat akhir setelah sahabat ana, Fiqah asyik bertanya makanan apa untuk ana berbuka nanti. maaflah sebab buat korunk bimbang.
Bukan niat untuk buat semua bimbang. Tapi yang sebenarnya ana juga bimbang dengan diri sendiri kenapa jadi sebegini. Sebelum ini Ana tak begini. [hurm, ye ke? pkir2]. Yup, rasanya takdelah samapai patah hati begini. Punca sebenar? Ntah la.. Banyak sangat masalah yang difikirkan. eh, apa kaitan pula post ana dengan tajuk entry kali ini. hehehe~ ni dah terlebih-lebih kepada melalut pla.. ok2.bagi memenuhi isi kandungan yang sebenarnya...
tak semestinya kita memahami keadaan seseorang itu dengan mendengar cerita tentangnya,
tak semestinya kita melihat keadaan seseorang itu kita memahami apa yang dilaluinya.
dan tak semestinya kita dapat diterima seseorang dengan menjadi diri kita.
No comments:
Post a Comment