Tuesday, August 16, 2011

:: KCH 10 : Masih lagi ::

Assalamualaikum..
Lama rasanya ana tidak mengupdate blog ni. rindu pula rasanya nak menulis tinta di sini. Tetapi pelbagai kekangan membuatkan ana terpaksa mendahulukan yang mana lebih utama. Assigment banyak yang menanti dan perlu diselesaikan dalam masa terdekat.

Koleksi cerita hati 10 : Masih lagi

Pernah tak kekadang apabila sesuatu perkara itu berlaku ke atas diri kita, kita akan bertanyakan kenapa?
Baru-baru ini, ana sendiri mengalaminya. Entah mana silapnya. Ana telah buat salah seorang teman berdiam diri. Tiada lagi usikan manja. bunyi kami tertawa. Ana asyik bertanya pada diri, am i do anything wrong again? [speaking sekejap ;P]. hurm, dan seperti yang sebelumnya ana masih lagi belum mengetahui punca. Apa yang buat ana pasti, perubahan yang berlaku menunjukkan sesuatu. Takut untuk mengajukan pelbagai soalan. nanti dipanggil apa pula. Ana cuma seorang kawan bukan inspektor polis. hehehe..

Tapi itulah, ana cuba mematangkan diri. Mempositifkan segala penjuru pemikiran yang berlegar-legar ni.
Bagi ana, seorang yang matang itu adalah seorang yang mampu mengawal perasaan dan emosinya. meskipun pelbagai masalah yang dihadapi , segalanya dihadapi dengan tenang dan tidak membuatkan orang lain. Seperti kata seorang rakan sekelas, Ana, kalau  patah hati, jangan buat orang lain patah hati juga macam awak. Sekurang-kurangnya buatkan dia gembira dan bahagia kerana setidak-tidaknya nanti bila dia tersenyum gembira, awk akan sentiasa dalam ingatan dia. ;) Ana hanya mampu membalas dengan senyuman.



No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...