Thursday, August 4, 2011

:: KCH 8: Antara Aku dan kata hatiku ::

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur kepadaNya kerana masih lagi memberikan Ana peluang untuk meneruskan ibadah puasa pada hari ini. Moga kekuatan dan ketenangan itu dapat Ana kecapi sepanjang Ramadhan ini.
Sudah lama rasanya Ana tidak menyambung KCH. [Koleksi Cerita Hati]. Sebab musababnya, hanya diri yang mengetahui. Antara aku dan diriku. Mungkin rata-rata pembaca yang datang ke belog ana selalu saja terlihat atau terbaca tajuk entry yang sama. Jika ya, terimalah ia sebagai versi EpilogInsan pula yea.

Minggu ini semuanya serba tak kena. Rasa hati yang selalu saja membuatkan Ana berfikir panjang.  Singgah di belog sahabat sebentar tadi, dia pun mengatakan bahawa dia sememangnya mempercayai kata hati. Oleh itu, memang Ana tau bahawa kata hati itu selalunya betul. Dan yea, kata hati yang selama ini cuba memberitahu Ana untuk mempercayai sesuatu adalah benar. Segala yang berlaku pada minggu ini adalah benar mengikut kata hati. Lalu ana bermuhasabah. Dulu aku tak mahu mendengar kata hati. kerana mengikut kata hati, ana telah melukakan hati seorang sahabat yang sangat ana sayangi. Ana yang selalu menjadi punca segalanya. Itu yang pasti. Sahabat, maafkan ana. Ajakan tadi, klau diikutkan kata hati ana. Ana teringin sangat ikut sahabat pulang. jumpa mak abah sahabat. Makan ayam golek untuk berbuka nanti. Tapi, ana mengalami masalah dengan diri ana sendiri. Oleh itu, ana terpaksa menolak meskipun sudah lama ana nantikan untuk pulang ke rumah kedua buat ana.  Ana perlukan masa. Bermuhasabah dan memikirkan kembali mana silapnya diri ini yang membuatkan kita sebegini.

Melihatkan sahabat ana yang tidak berselera makan. ana patah hati. Bukan kerana dia. Tapi patah hati dengan diri sendiri kerana selama ini Ana ingatkan ana adalah sahabat. Ana menjadi yang terbaik untuk bersahabat disamping menyambung ukhwah atas nama Allah S.W.T. Tapi ternyata kata hati ana yang selama ini adalah salah. Berputus asa. Tidak berselera. Meskipun makanan ditelan namun ternyata diri ini yang menolak semuanya kembali. Adakah kerana kata hati? Entah la. 

Kini, apa yang ana pentingkan adalah untuk kebahagiaan dan keselamatan kamu, sahabat. Maafkan ana kerana membuat sahabat begini. Sahabat bukannya seorang yang lemah, tetapi kamu lebih kuat daripada apa yang kamu sangkakan. Cuma kadang-kadang dunia yang membuat kita berfikir sebegitu. Itulah yang sedang ana alami. Harap sahabat mengerti bahawa dari hari pertama kita begini, Ana sudah memaafkan sahabat. Setiap malam. dan setiap detik waktu. Dan ana juga harapkan sahabat mampu memaafkan kekilafan ana. Ana tidak sempurna.  Cuma masalahnya sekarang ana masih lagi mencari jalan untuk memaafkan  diri.

"Ya Allah, bantulah aku. Tunjukkanlah jalan kepadaku. Dan kuatkan lah diriku dalam mempertegakkan syiarmu dan menjaga persahabatan ini agar kami terus bersahabat sehingga ke syurgaMu Ya Allah.."

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...