Sunday, July 31, 2011

:: Jadilah, maka jadilah ::

Salam

sudah lama rasanya tidak mengupdate blog nih. Rindu pula untuk meneruskan hobi yang jarang2 sekali ditinggalkan. Tapi kerana kekangan masa , ana terpaksa melaksanakan mana yang 'satu' dulu. Tujuan utama diletakkan di tampuk tertinggi. Ana datang ke sini dengan misi dan visi. Intai post ini.


Tugasan dan komitmen yang semakin bertambah membuatkan rata-rata pelajar di kampus ini ingin pulang ke rumah masing2. Bertemu keluarga. Rindunya kampung halaman. Memang memerlukan kekuatan dalam keadaan sekarang. Semalam, 

mesej masuk 

"sedekahkan al-Fatihah kepada sahabat kita,
Razidi (ZD) yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam.
Mga Allah meletakkan dia di kalangan orang2 yang beriman."

Jari ini pantas membalas dengan bertanya. pelbagai persoalan yang bermain di minda hendak saja ana ajukan tapi kemudian ana akur bahawa semua yang hidup akan mati. Dan yang pergi itu kerana Allah lebih menyayangi mereka. 

Ana masih lagi dalam keadaan terkejut. Kerana dalam seminggu 3 berita sahabat yang ana kenali dan sayangi telah terlebih dahulu pergi menemui Ilahi. [Al-Fatihah]. Sedih, pilu dan kadang kala terkilan kerana tidak sempat lagi ana untuk berkongsi2 crita dan ilmu dengan mereka. Selalunya mereka lah tempat ana berkongsi pendapat dan luahkan idea mengenai pelajaran dan juga kehidupan. Selalu sahaja ada nasihat2 yang ana sentiasa ambil dan jadikan panduan. Untuk membantu diri yang tidak sempurna.

Semalam, ana menanti sahabat yang keluar sebentar. melihatkan jam sudah menghampiri 11 dia masih belum pulang. Bimbang. Hati sahabat mana yang tak bimbang bila tidak langsung mendengar khabar berita.
Menipu lah kiranya ana katakan ana tak bimbang. Selalunya sebelum itu, dia da berada bersama di dalam bilik

Terkejut lagi, ana dapat tahu bahawa ada kenalan yang mengalami kemalangan. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Itu sahaja yang terpinta. Gusar. Tapi bila ana lihat telefon, adde miss call dri sahabat ini. Lalu ana bertanyakan keadaan yang sebenarnya. Alhamdulillah, bersyukur. Kerana mereka selamat. dan rumate ke hospital untuk melihat keadaan mereka yang terlibat. Keadaan kereta teruk. Remuk. Itulah yang dikhabarkan. Tetapi mereka yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Luaran atau dalaman. Ya Allah, betapa hebatnya kekuasaanMu. Inilah kebesaranNya. Dan ini juga yang dikatakan kun fayakun.

Memikirkan hal ini. Muhasabah. Allah menyelamatkan kita dan memberi kita ujian kerana sayangkan kita. Kepada tuan empunya kereta, bersabarlah dan kuatkan diri. InsyaAllah, sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui baik dan buruknya sesuatu kejadian. Mungkin ada hikmahnya di sini.

Diri ana bermuhasabah lagi. Hendak diluahkan kepada seseorang tetapi diri ini hanya sendiri. Akhirnya berakhir dengan cuba mencari ketenangan.. Terlelap.


p/s: mga ini menjadi pengajaran buat diri ana. Jangan sangkakan ajal itu hanya akan wujud bila di hari tua. Dan yang paling penting "Berhati-hati di jalan raya."

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...