Monday, July 4, 2011

:: La Tahzan ; Life is just a Pit stop ::

salam.

malam ni berlalu seakan ana tak sedar dengan waktu. Mimpi yang sama asyik berulang. Terjaga dari mimpi.Nauzubillah, moga ianya tidak benar.

Duduk sebentar. Dan akhirnya membawa diri ke meja. 


hurm, semakin tinggi iman kita smakin kuat cubaan dariNya utk mnguji keutuhan iman kita... betul x??
ana teringat kata-kata sorg pak cik merangkap seorang ayah tentang betapa sungguhnya kita dalam meninginkan ilmu Allah, kita tidak akan merasa penat, kita tidak akan merasa kesunyian. Lagipun, bukankah menuntut ilmu ini juga dikira sebagai jihad pada jalanNya. Ana rasa rindu pada suasana ketika menunaikan umrah cuti lalu. Betapa ketenangan itu tak lagi ana dapat kecapi di sini. Kadang2 sayu rasa hati.

Kemanisan iman yang ingin dikecapi masih belum berjaya dilaksana. Tetapi sejujurnya di sana ana merasakan satu ketenangan. Kebahagiaan. Kegembiraan. Kesyukuran. Mungkinkah ini yang dinamakan kemanisan iman.? Hanya yang mengalami dan berilmu yang mengetahui. Ana tidak sempurna, tetapi sesungguhnya diri ini memberikan yang terbaik. MISI dan VISI dalam hidup baru. ;)

Mesej masuk :
11.11pm
"salam. Salah seorang sahabat kita, marisah telah selamat kembali ke rahmatullah. Sedekahkan Al-Fatihah ke atasnya."

Beristighfar panjang ana. Seakan kebetulan kerana baru beberapa hari yang lepas ana baru sahaja terkenangkan  kenangan kami bersama. Di saat menghadiri usrah masa di bangku sekolah dan teman perbincangan untuk menyertai perbahasan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih menyayangi dia. 

Rindunya ana. Terkilan. kerana ingatkan hendak menghubungi dia sebelum ini. Tetapi kesibukkan itu terlebih dahulu membuat ana leka dan terlupa. Pergi lagi seorang sahabat dan teman  rapat. T_T

aku mahukan sahabat turut melangkah ke syurga sana. ;)

Peristiwa ini membuat ana terkenang kembali, kerana kesibukkan dan keseronokkan yang dikecapi ana lupa,leka. Beristighfar panjang. Mengenang perbuatan yang membawa kepada dosa. Moga taubatku diterima. Itu yang ana mahukan. Takut juga disaat gembira ini, diri ini dijemput oleh Yang Maha Esa. Ana mahukan syurga tempatnya nanti. Jadi, buat masa sekarang haruslah jaga diri dan mempersiapkan diri dengan bekalan-bekalan yang perlu dan meninggalkan perkara yang membawa beban untuk melangkah ke sana.

Misi : Berjuang pada jalanNya. Adakah ana sbagai pejuang djlnNya???
Visi : Mardhotillah (Mencari keredhaan Allah)

ya Allah moga aku sntiasa kuat dijalanMu... Moga ini menjadi pegangan hidupku.

Ujian semakin hari semakin berat. Semoga hari2 yang mendatang dapat ditempuhi dengan lebih matang sebagai seorang hamba kepada yang Maha Satu dan Insya Allah dalam menuju redhaNya yang sejajar dengan umur yang meningkat dan usia yang semakin singkat (dh tua dh...) Ana bukan lagi ana yang sama masa mula2 mendaftar masuk PPISMP yang masih kebudak-budakkan... yg tak pandai reti nk manage masa dgn baik..

Semester ini harus dimulakan dengan nafas baru. Jiwa yang lebih kuat dan hati yang kental. Insya Allah, ana mahu menjadi hamba yang disayangiNya dan dicintai kekasihNya. Sesungguhnya dalam misi mencari cinta itu. ;)


Di sini ku temui ketengan yang sukar dicari. Moga beroleh rezeki untuk ke sana lagi ;)

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...