Salam.
petang2 ni sebelum nak sambung kembali tugasan, ana ingin berkongsi sesuatu.
Tentang Nisfu Syaaban.
Ramai orang pernah mendengar tentang malam nisfu syaaban dan sebagainya namun rata-rata kurang memahami pengertian ia yang sebenarnya. Ana mengakui ilmu di dada ini masih lagi cetek. Namun apa yang ingin ana kongsikan adalah mengenai beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan untuk meraikan malam ini [jika malam tahun baru disambut gilang gemilang, kenapa tidak malam2 bulan islam disambut dengan meriah]
Antara amalan yang digalakkan/boleh dilakukan :
1. Membaca yassin selepas maghrib [sekurang-kurangnya tiga kali]
Tetapi penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala
2. Memohon doa
Selepas bacaan yassin yang pertama, boleh memohon doa agar diselamatkan dunia dan akhirat
Selepas bacaan yassin kedua, mohonlah agar dipanjangkan umur.
Selepas bacaan yassin yang ketiga, berdoalah agar dianugerahkan rezeki yang halal.
3. Melaksanakan amalan sunat yang lain
Segala amalan sunat yang lain seperti solat sunat taubat,hajat,istikharah dan sebagainya juga digalakkan.
4. Puasa Sunat Syaaban
Digalakkan untuk berpuasa sunat pada keesokkan hari. [Ahad, 17 Julai]
5. Berzikir
dan akhir sekali memperbanyakkan zikir.
Malam nisfu syaaban, malam kedua terbaik selepas Lailatul Qadar. |
p/s: ini pesanan emak ana kepada ana, dan ana rasa lebih elok ana dapat kongsikan dengan kawan2 di sini. Moga semua beroleh manfaat darinya. ;)
No comments:
Post a Comment