Alhamdulillah. Dah tamat sudah kelas ari ni. Eh, cepatnya habis? hehe...sebenarnya kelas ari ni cuma sejam jea. Semuanya gara-gara perhimpunan yang berjalan dari 7.45-9.45pagi. Lama kan? Kenapa lama sangat? Sebenarnya ari ni perhimpunan ini diadakan untuk pelancaran tabung [xpasti untuk apa, xsmpat pegi td].
hari ini satu lagi hari baru untuk ana memulakan kehidupan di sini. Bersyukur sangat-sangat bila dapat bangun pagi dan melihat keadaan bilik terutamanya jiran katil sebelah. ;) Sangat2 gembira sebabnya Dia telah memberikan ana peluang untuk meneruskan lagi kehidupan dan meneruskan misi dan visi ana sebelum ini serta meneruskan pengajian bersama teman-teman yang lain.
Walaupun kelas tidak sepadat yang selalu, tetapi tugasan yang diberikan cukup untuk membuatkan kami tidak cukup tidur. Mungkin tersalah membahagikan masa. Tapi entahlah. Mungkin terlalu banyak fb,twitter, dan blog. [salah sendiri ;P]
Tugasan yang perlu diselesaikan [blum sempurna lagi] :
1. Tutorial Decision Math
2. ISL Murid dan Alam Belajar
3. Presenatation Konsep main dan demonstrasi Permainan Tradisional
4. Presentation Mathematics
5. Rutin harian
6. Mengusik roomate [ini pun termasuk dalam tugasan yang perlu ada] :P
sebenarnya sedikit sahaja kan? hurm, mungkin sebab kerana perasaan malas yang membelenggu diri. ISh2... Hana.. Wake Up!!! Rajinkan diri. ;) Jiayou2..
Rutin harian yang selalu dinanti ;P. |
Lebah itu kecil, tetapi semangat dan kerajinannya tinggi, kalau tidak masakan kita dapat merasai nikmat manisnya madu. |
p/s: semuanya bergantung kepada diri kita dalam menjadikan sesuatu perkara itu mudah atau sukar untuk kita. JAngan amalkan sikap bertangguh kerana masa itu ibarat pedang yang tajam.
No comments:
Post a Comment