Tuesday, September 11, 2012

Assalamualaikum wbt. lama rasanya tidak mencoret di sini. terlalu padat jadual dengan assignment dan aktiviti. tetapi yang pasti masa yang berlalu tak mungkin dapat memadam segalanya...



diriku dulu dan sekarang??

ingat lagi masa dulu kalau rasa down, cepat-cepat cari sahabat..
sahabat mendengar dan bagi nasihat,

masa dulu, kalau bergaduh dengan orang yang paling sayang, sahabat juga dicari,
sahabat bagi nasihat lagi...

masa dulu kalau rasa susah sangat nak buat assignment, cari sahabat lagi,
bukannya nak minta tolong buatkan tapi ingin berkongsi cerita..
masing-masing punya cerita tersendiri.. saya akui saya lebih suka mendengar.. tetapi mereka selalu menggalakkan saya untuk memberikan pandangan dan nasihat..




dan bila buat assignment tak pernah pula rasa sangat susah, sebabnya sahabat selalu bertanya dan menghulurkan bantuan.. tak minta tolong pun sentiasa ada saja tangan yang dihulurkan.

bila rasa sunyi, rasa keseorangan sahabat juga yang dicari,
tetapi sahabat berpesan jangan hanya mencari sahabat tapi carilah cintaNya kerana sayangnya Allah kepada kita lebih daripada kasih sayang seorang sahabat kepada sahabatnya...
Allah yang sebenarnya membantu dan memberikan kekuatan kepada kita tapi ditunjukkan kepada kita melalui sahabat..

Kini, Allah membuktikan kasih sayangNya kepada sahabat-sahabatku,
tak pernah marah dngan itu tetapi bersyukur kerana kasih sayang Allah itu lebih tinggi daripada sayangku kepada sahabat...

Al-Fatihah.

dan kini, saya perlu berdiri atas kaki sendiri. berbekalkan semangat, nasihat dan doa. :)
saya masih ada sahabat yang menyayangi diri ini meskipun selalu saja ada silap dan salah..

maafkan saya dan kita selamanya :) BFTJ Engku Farahah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.