Pagi-pagi ni mencuri sedikit masa untuk mencoret di sini.. Alhamdulillah satu lagi kerja kursus sudah terbang pergi. :) ada lagi 5 menanti masa.
ok2.. cukup tentang ana. entry ni macam kontroversi jea kan? hehe.. sebenarnya tak terniat untuk mencetuskan gosip2 hangat tetapi untuk mengajak teman-teman semua untuk kita muhasabah sebentar..
kalau soalan diajukan " Mana satu yang lebih hebat, cinta sahabat atau cinta kekasih?".. rata-rata persoalan ini akan membuatkan ramai berbelah bagi.. Bagi yang pentingkan sahabatnya akan menjawab sahabat, dan bagi yang sudah mempunyai kekasih akan menjawab cinta kekasihnya.
Jadikan Al-Quran sebagai teman yang paling rapat :) |
nak jawab pun macam berat sikit kan.. ok2..kita tengok dulu situasi yang terkadang berlaku disekeliling kita
Kes 1:
antara sahabat dan kekasih, mestilah kekasih yang aku paling sayang, teman hidup tu. Nanti nak kahwin dan hidup sama-sama. Sahabat selepas habis belajar sama-sama dah jarang jumpa.
kes 2:
sahabat nasihatkan kita berkali-kali untuk kebaikan, kita dengar tapi tak amalkan itupun ingat-ingat lupa dan kekadang kita kata mereka ni busybody. jagalah diri sendiri dulu ni sibuk jea hal orang, tapi kalau kekasih cakap something kat kita biarpun sekali dua, pasti kita rasa mudah jea untuk ikut. dan rasa seronok sangat sebab 'dia' sweet sangat. caring lagi..
kes 3 :
life is normal to have a fight. Gaduh-gaduh dengan sahabat takpe. nanti2 baik la. tak effect mana pun kalau xde sahabat. Biarla dia minta maaf dulu. penat da asyik-asyik benda yang sama jea. tak pernah berubah.
tapi kalau bergaduh dengan kekasih biarpun seteruk mana perbuatannya, sesakit mana yang 'dia' buat pada kita, hati ini akan selalu dipujuk untuk menerima kembali. Biarpun mulut lain, hati lain. C.I.N.T.A kan?
yup, cuba kita muhasabah. saya akui perkara ini selalu bermain-main disekeliling liku kehidupan seorang insan bergelar remaja. Antara sahabat dan kekasih selalu membuatkan kita berbeda.
bagi sahabat yang pernah melalui seperti ini bersabarlah. kepada mereka yang melakukan perkara ini, bermuhasabahlah. Niatkanlah kita bersahabat dengan seseorang iklas kerana Allah. InsyaAllah, Allah tak akan pernah membuatkan kita sedih atau sunyi. :) Dia sentiasa bersama kita kan?
ya, saya juga ada kekasih. Kekasih yang amat dicintai, seringkali dirindui dan ingin sekali menemuinya. saat pertama mengenalinya hati rasa sungguh bahagia. bila tahu betapa sayangnya kekasih kepada saya, saya rasa sangat bahagia. dan rasa terharu juga kerana sayangnya melebihi segalanya.
tetapi pesan kekasih bahawa
"sayangilah sahabat/saudaramu sepertimana kamu menyayangi dirimu sendiri".
dan tentang kekasih saya, kasih sayangnya bukan hanya untukku tetapi untuk semua umat Islam di dunia. kerana sesungguhnya saya menjadikan Rasulullah SAW sebagai kekasih di hati ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat. sungguh aku cinta dan rindu padamu.
No comments:
Post a Comment