Assalamualaikum semua.. Hana doakan semoga semua pembaca sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah yang Maha Kaya dengan sifat Pemurah dan Lemah lembutnya.
Seminggu yang lepas agak padat dengan pelbagai aktiviti dan program. Maaf pada whatsapp yang tidak direply. Maafkan Hana ya rakan-rakan. ^_^. Maaf juga kepada mereka yang tiba-tiba Hana tersilap sent message... It happens a lot bila Hana cuba nak whatsapp beberapa orang ASAP.. :P
first of all...
Tahniah kepada sahabat-sahabat family maths yang sudah mendirikan rumah tangga pada cuti yang lepas, dan tak dilupakan juga kepada kak Ana kita yang bakal menjadi seorang isteri pada raya ke-3 nanti.. Ada juga yang sempat bergurau , kak Ana dah beri kad..Ana bila lagi... Ternyata group whatsapp kami pasti meriah dengan ikon senyuman dan gelak tawa Hahaha.. ^_^.
Apa yang pasti, senyuman sahaja yang mampu diberikan. Kerana jodoh itu adalah rahsia Allah kepada hambanya.
ok. Hari ini hari untuk menjawab segala persoalan yang dah diajukan (compile ikut phase na) :
1) Macam mana nak tahu orang tu jodoh kita?
semestinya Hana sendiri pun tidak pasti. Sebagaimana yang selalu dikatakan. Jodoh itu rahsia Allah. Sama juga seperti rezeki, ajal maut dan juga kelahiran. Apa yang pasti, jodoh itu akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat.
Jadi sebelum sampai waktunya, jom perbanyakkan dan terus berdoa. Allah itu kan Maha Mengetahui dan Maha Mendengar..
2) Boleh tak nak je kahwin terus, malas nak fikir dan cinta-cinta ni...
^_^ boleh. Tapi sebaiknya kenali la pasangan dahulu. Tak perlu terburu-buru.
3) What if dah lama kenal/ bercinta tiba-tiba mak dia tak setuju?
*fuh... tough soalan ini. Kerana tak pernah melalui lagi.
From my opinion, setiap ibu mahukan anak dia bahagia. InsyaAllah, boleh dibawa berbincang. Yang penting banyakkan sabar.. dan berdoa. ^_^
4) Apa yang Hana rasa tentang cinta, dan kahwin.. macam mana nak tahu kita sedia?
*ketawa kecil
Nak bercerita tentang ini pun Hana masih belum melaluinya.. tapi rasa macam ini dah soalan wajib dari sahabat-sahabat sekarang.. *ketawa sekejap
For me... Bercinta tu ibarat naik bas. Boleh berhenti di mana-mana yang kita nak kalau destinasi akhirnya kita tak suka. Tapi berkahwin ni ibarat macam naik flight. Suka atau tak suka, tak boleh berhenti tiba-tiba di mana-mana yang kita nak. Bahaya.
Bagi Hana, (based on what i've see,heard,read and people told me)
Marriage is not just living together but loving together and completing each other.
Perkahwinan itu bukan hanya untuk suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu. Its about comitment. And accepting a stranger (someone new) into your life.
Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. So, for someone that always be independent (do things on your own), this
Lengkap melengkapi.
Konsep ini harus ada dalam perkahwinan. Tiada diantara kita yang sempurna. Ada masanya kekadang seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang kita menjadi pemberi, terkadang kita menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula.
Pasti ada masa tergigit lidah. Tak sependapat itu ini.
Ini la asam garam kehidupan dan alam perkahwinan...
yang pasti, bersikap matang dan rasional, bertolak ansur. Ini lah rahsia kebahagiaan.
*pinjam ayat Dr AFL
Tentang sedia atau tak.
Hanya diri kita sendiri mengetahuinya. Tepuk dada, tanya diri..bersedia atau belum menjadi isteri @ suami.. ^_^ yang pasti akan tiba masanya nanti
*terpanjang pula bahagian ini...
5) dah habis soalan tentang bab ni, nanti Hana akan compilekan lagi soalan tentang life in Sarawak. InsyaAllah... akan diupdate dalam entry seterusnya. Doakan moga Hana sentiasa sihat dan kuat.. Rajin dan line internet laju.. Baru dapat update.. hihi
tentang soalan bila pula turn Hana...
Hana serahkan semua kepada family and my parents. They know what the best for their daughter yang agak nakal, degil dan selalu berjauhan... (you know me :P )
Lagipun, redha ibu bapa akan hadir redha Allah bersamanya.. InsyaAlah...
For the mean time, enjoy and cheerish the moment.. :)
for my friends...
Kahwin dengan orang yang kita cintai itu ialah impian
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah
kerana takdir yang menentukannya.
salam sayang
Farhana
from Tatau Sarawak
8 Julai 2015
Merantau banyak menjadikan diriku kenal alam ciptaanNya dan lebih mendekatkanku dengan yang Maha Pencipta. Dan mengajarku erti tawakal..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas
Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...
-
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini.. Saya doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan d...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan. Pertama sekali, ...
-
Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma? The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *y...
No comments:
Post a Comment