Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dirahmati oleh Allah swt.
29 Ramadhan 1436H
Ini bermakna tidak lama lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tetapi apa yang pasti ia akan kembali semula. Cuma yang belum pasti adalah kita. Masihkah kita ada disaat Ramadhan datang menjengah kembali?
Alhamdulillah.
Lengkap sebulan diari Ramadhan di Tatau. Dipenuhi dengan pelbagai perkara dan perasaan. tak kurang juga yang menduga iman di dada.Ini pertama kali Hana tidak berkesempatan berpuasa bersama keluarga. Sebelum ini meskipun berjauhan. Masih lagi pulang ke Kedah. Kesempatan cuti hujung minggu semasa di Terengganu dahulu, semestinya akan sampai juga sesekali balik ke rumah.
Balik Terengganu semula malam sabtu, sampai IPG pagi ahad, masuk bilik, urus diri solat.. terus pergi perhimpunan.. kekadang terlambat, selalu dapat jelingan manja daripada encik-encik pensyarah.. Setiap kali melintas depan encik mesti dalam hati akan cakap
"maaf encik lain kali saya tak buat lagi..." ^_^
dan bila part balik beraya. kami selalu dapat bercuti awal. Itu yang seronoknya masa belajar. Balik beraya akan konvoi beramai-ramai. Bagi Hana yang penumpang setia SP BUMI, sememangnya kami akan meluangkan masa bersama kawan-kawan. Best. Makan sama-sama. eh..silap.Berbuka bersama-sama. dan tunggu bas sama-sama sambil buat drama raya kat stesen bas MBKT..hihi. (*nostalgia betul)
Selalu ada yang tanya mengapa tak naik flight, kerana diriku malas. Hahaha..
Malas menunggu bila perlu transit..kerana untuk ke Kedah tiada direct flight dari Kuala Terengganu.
Sekarang ni kes lain.. terpaksa menunggu. kalau tak perlu naik kapal/tongkang la.. ^_^ haha
.
Meskipun Ramadhan kali ini berjauhan , masih ada hikmahnya. Hikmah dapat kongsi resipi. dan dapat kasih sayang yang mencurah-curah ke ladang gamdum daripada semua orang.. Yang jauh..yang dekat.. yang depan mata.. yang dah lama tak jumpa... (Terima kasih...saya sayang semua)
dan yang paling manis, dapat bercinta dengan Dia. sungguh. awal waktu sahur disini, banyak memberiku masa untuk bermuhasabah dan berbual dengan Dia...dan dapat kejutkan family.. hihi..
Bangun..bangun.. sahur.. sedangkan jam baru pukul 4 pagi.
Adik selalu cakap...
"awalnya kejut.. Tunggu la pkui 4.30 ka, 4.45 ka baru call"..
ok. ubah sikit...
"bangun..bangun.. tahajud..tahajud.." (boleh kan?)
Ramadhan bulan rahmat.
Ya. Benar. Sebaik sahaja awal Ramadhan, Allah uji dengan sakit dan demam. Hingga kehilangan suara. Mungkin Allah nak hapuskan dosa-dosa yang ada.. saat ni baru sedar akan nikmat Allah.. dulu lupa.. Allah, maafkan hambaMu ini.
Moga Ramadhan kali ini telah memberi sinar rahmat dan keberkatannya dalam hidup kita.
Moga Ramadhan kali ini juga mengajar kita erti seorang hamba.
* untuk orang jauh di Kedah.. ^_^
Nak buat ucapan raya sikit :
"Assalamualaikum semua.. Buat semua yang mengenali diri ini, sama ada di alam realiti atau alam maya.. Mohon ampunkan segala salah dan silap hana.. Mungkin ada gurauan yang tak kena masa. Ada kata-kata yang mungkin silap ditafsir makna. Dan jika ada tingkah laku atau kata-kata yang melukakan hati. Saya manusia biasa. Tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...
Maafkan saya. Maafkan.. maafkan saya.
Salam lebaran. Salam Eidul Fitri buat semua..
p/s: maaf juga buat semua membaca coretan kosong ini. sekadar mengisi waktu menunggu flight seterusnya.. aku mahu pulang..
Ooooo balik kampung..oooo balik kampung... hati girang.
16Julai2015
29 Ramadhan 1436H
Lots of love from
Farhana
Now at Kuching Airport, sarawak
No comments:
Post a Comment