sampaikan kekadang tersa 24 jam yang diberikan Allah kepada kita adalah tidak cukup. Kekadang emosi menjadi tidak stabil gara-gara tekanan kerja. Dateline yang perlu dikejar. Bahan-bahan yang tidak mencukupi.Rakan sekumpulan yang tidak memberikan kerjasama. Ini belum lagi masuk fasa tugasan yang dihantar di'reject' oleh lecturer [mohon tidak]. Dan semua ini kekadang membuatkan kita sedikit terleka dalam mengingatiNya yang Maha Esa.
Masa cepat berlalu. |
pesan saya untuk entry kali ini :
1. banyakkan bersabar tatkala ada ujian yang tiba2 menghalang.
2. banyakkan senyuman kerana "when you smile there's nothing you can't overcome"
3. cuba mengawal emosi. Kekadang bila rasa nak marah cuba muhasabah kembali. Jangan lupa
syaitan sangat suka kepada orang yang marah-marah. kerana sama dengan sifatnya diperbuat dari api. Oleh itu, bila rasa nak marah-marah orang jea, cepat-cepat pergi ambil wudhuk. Lagi bagus andai dapat buat solat sunat. InsyaAllah, rasa itu akan hilang.
4. buat To-do List atau list keutamaan. bukan apa kerana tugasan yang terlalu banyak mungkin kita akan ter'miss tentang salah satu. bila da selesai satu kerja tick kn atau cross the list. seriously, akan rasa satu kepuasan bila melihat banyak list tersenarai tu di'cross atau tick.
5. banyakkan memohon kepadaNya kerana Allah adalah segalanya. Dia yang Maha Kuasa dalam menentukan sesuatu. Dalam ini, kerja yang susah akan menjadi senang. InsyaAllah.
6. Jangan tinggal solat 5 waktu. Ini kewajipan kita umat Islam. Orang yang menjaga solatnya dapat memelihara dirinya daripada berbuat perkara mungkar dan membantu dalam menjaga perasaan diri sendiri juga. Tak ada swinging mood suda. :) [khusyukkan diri]
7. Banyakkan membaca Al-Quran. Selalunya hati yang serabut akan merasa tenang tatkala membaca Al-Quran. lagipun, Al-Quran adalah kalam Allah dan panduan bagi orang Islam. Jom sama-sama dekatkan diri kepadanya dan Allah, pencipta kita.
setakat ini dulu pesan saya, semua ini adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman saya sendiri. Moga ini dapat membantu sahabat2 dalam menghadapi musin 'assignments' ;) Good luck!!
No comments:
Post a Comment