Sudah banyak cerita, pengalaman,kenangan, suka dan duka, ujian dan cabaran yang dilalui setakat ini. Alhamdulillah, ditempatkan di sini beri Hana peluang lihat bahagian bumi ciptaan Allah yang lain. Dari Tatau juga Hana sudah ke Sibu, dan ke Miri. InsyaAllah, akan ada lagi trip selepas ini... dan macam yang dijanjikan Hana akan cuba kongsikan perkara yang menarik tentang setiap trip.
InsyaAllah, moga Allah berikan kesempatan.
Bila disebut tentang ujian, cabaran .. sama seperti yang Hana kongsikan pada entry yang lepas.. [klik di sini] teringat pada seorang sahabat... Apa yang Hana cakapkan pada dia, dia cadangkan untuk Hana kongsikan beberapa di sini. Jujur.. I'm not so good in giving advices.. but when it comes to friends. I've try my best to help.
Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Dewasa.
Semakin kita dewasa, semakin besar ujian, cabaran dan dugaan itu... dan we go through one by one.
Jika dahulu, kita hadapinya dengan hanya memikirkan tentang diri sendiri. Contohnya kegembiraan bagi anak kecil [angry birds], mungkin adalah hanya memikirkan untuk kemenangan diri sendiri.. tetapi kini, kegembiraan dalam hidup bukan sekadar bermain game untuk menang, atau dapat keputusan cemerlang dalam exam.
Apabila semakin kita dewasa, kita akan lebih kenal realiti kehidupan.. dan kegembiraan itu akan menjadi subjektif.
Hidup kini lebih kepada how to survive, who are we going to live with, where are our next destination and what are our future planning. ya.. sama seperti 5 Wh-Question.
How, who, where, when, what, and why?
ada seorang sahabat pernah menyebut tentang ini..
"cara kita berfikir dan bertindak itu lah level of maturity kita. nak happy nak suka buatlah yang mana menggembirakan."
Ya. ada benarnya kata-kata dia.. cara kita menangani sesuatu itu jugalah yang menunjukkan aras kematangan kita. Mungkin ada diantara kita yang diuji dengan ujian yang sama. Tetapi percayalah, walaupun kita diuji dengan ujian yang sama, namun rasanya tak sama.
Sebab?
Sebabnya hati kita lain-lain. Tiada yang faham apa yang kita rasa melainkan diri kita sendiri dan Allah. Terkadang apa yang kita rasakan terbaik untuk kita mungkin adalah yang sebaliknya. dan apa yang kita tidak suka, mungkin adalah yang terbaik buat diri kita..
so, for my dear friend..
Sabarlah. Allah ada. Sentiasa ada. Hanya Dia yang tahu apa yang kita rasa.
Walaupun hana pernah lalui apa yang kamu lalui hari ini, Hana tahu hana tak mampu nak selami apa yang kamu rasa hari ini. Tapi, ingatlah, Allah itu dekat. Allah itu ada. Allah akan bantu kita harungi semua ujian ini. No matter what.
Mungkin kata-kata ini selalu meniti detik perbualan kita..and i know its your favourite quote.
dan juga rakan sekelas yang lain. selalu menyebutnya kepada Hana ^_^
"tapi saya tak sekuat ana"..
kuat? InsyaAllah.. Sama-sama kita cuba. Hana pun sama sahaja..Tak sekuat yang disangka semua. Hanya diri sendiri dan Dia sahaja yang mengetahui segala rasa..
so, to all my friends who I love so much...
Kuat
Kuat tu tak semestinya bila ada benda yang terjadi, kita tak menangis.
Kuat tu tak semestinya bila ada benda yang terjadi, kita sentiasa boleh telan dan hadam macam makanan.
Bagi Hana,kadang-kadang kuat tu bila ada benda yang terjadi, kita sedih, menangis sampai keluar hingus tapi kita tetap teruskan hidup.
Itu la kuat sebenarnya...
and for me, bila ada sesuatu benda itu terjadi di luar jangkauan/ kemampuan atau bertentangan dengan kehendak kita,kita rasa hati tu rasa bagai nak patah, retak, berkecai macam kaca jatuh atas lantai..tapi kita still usaha untuk bangkit..
and from that moment, you'll know. You are strong. Stronger..
Tak ramai daripada kita yang perasan atau sedar akan hal ini.. tetapi kita tahu diri ini kuat bila berterusan diuji tetapi tetap bangun semula setiap kali terjatuh..
Kita tahu diri ini kuat bila kita tetap bertahan walaupun saat merasa sudah tidak mampu,
dan kita tahu diri ini kuat apabila Allah uji kita dan kita tetap percaya pada Dia. dan kita sabar dengan ujianNya. Tak pernah berputus asa. dan saat itu kita tahu diri kuat sebab kita ada Allah..
Sahabat..
aku juga pernah jatuh.. pernah gagal dan pernah kecewa.. dan seperti kamu ada juga keinginan yang tidak dipersetujui ibu bapa.Walaupun tidak mudah untuk sembuh seperti sediakala, tetapi aku masih tetap mencuba menghadapi segalanya dan bangkit semula...Tabahlah. kekadang ada yang kita tidak menyedari, tetapi mereka tahu.. Terima seadanya.. Yang penting percaya Dia. dan yang teramat penting jangan berputus asa duhai sahabat. Jangan mengeluh. Jangan berpaling dari Allah. Jangan jauh dari-Nya. Jadikan ujian ini sebagai asbab untuk kita lebih dekat dengan Allah bukan menjauh. Jadikan ujian ini sebagai kekuatan. Ingatlah, andai tiada yang mampu bersamamu mengharungi ujian ini, Allah pasti ada. Dan inilah sebenarnya rahsia kekuatan diriku..Percaya akan Dia.
Akhir kata,
To you..
" Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, semua hadirnya bersebab.. sama seperti kamu.
Hadirnya kamu sebagai sahabat, seorang kakak dan mentor..."
No comments:
Post a Comment