Diharapkan semua sihat-sihat hendaknya. Dan ceria-ceria selalu. Esok dah hujung minggu. Sabtu ada kursus Sorotan Literatur dan ahad akan ke sekolah untuk Praktikum 3 selama 3 bulan.
"Ya Allah, Kau berikanlah kami kekuatan dan permudahkanlah bagi kami untuk membantu anak-anak murid dalam mempelajari ilmu agar dapat menjadi insan yang berguna. Dan Kau bantulah daku untuk membantu yang lain hidup sihat dan lebih dekat kepadaMu"
Alhamdulillah, hari ini tamat sudah Pilihanraya Kampus bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015. Tanggungjawab untuk mengundi sudah Hana laksanakan. Tahniah dan syabas kepada yang memenangi pilihanraya ini. Jadikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini sebagai satu peluang anda untuk membantu yang lain. InsyaAllah.
Minggu ni memang sibuk. Jujur. Hana akui agak penat dengan jadual yang pack dan tugasan sampingan yang lain. Ini belum lagi diambil kira Kajian Tindakan dan proposal yang perlu dilaksanakan. Alat dan kaedah yang telah ditunjuk pada pensyarah penyelia perlu ditukar tajuk atau beri inovasi yang baru. Awal-awal lagi dah kena reject. Sabar-sabar. Slow-slow. Pasti ada jalannya. Tak akan ada jalan buntu selagi kita belum berusaha dan kerah segala kudrat untuk ini. Allah itu ada
AJK SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2014
dan pagi tadi juga ada mesyuarat bagi AJK Seminar Penyelidikan Tindakan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Yang ini Hana sukarela untuk menjadi AJK bila mana Ketua Unit mencari wakil kelas untuk dilantik sebagai AJK. InsyaAllah, akan cuba beri komitmen sebaik mungkin. Program ini akan menjadi program yang GRAND kerana pada tahun ini merupakan giliran IPG KDRI untuk menjadi tuan rumah bagi SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON TIMUR. Banyak tugas yang perlu dilaksanakan secepat mungkin seperti membuat kertas kerja, mencari tempat seminar (Hotel/dewan) yang bersesuaian untuk menempatkan seramai 300+ peserta.
dan memang di dalam hati "Ya Allah, banyaknya kerja. Proposal tak jalan lagi. Portfolio praktikum ke mana. Buku rekod lagi. Ini tak buat lagi. Laporan Persatuan. Itu tak buat lagi. mampukah aku? Untuk beri komitmen pada semua? "
Ya Allah, PERMUDAHKAN LAH..
dan benarlah Allah itu Maha Kuasa. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Disaat Hana rasa tidak mampu Dia tunjukkan jalanNya. Disaat merasa diri ini susah, Dia tunjukkan bahawa ada yang lain lebih susah hidupnya. Dan dari situ Hana tahu. Allah tidak akan menduga hambaNya dengan ujian dan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu. Percayalah kepadanya.
dan hari ini Hana nak berkongsi satu cerita yang mungkin akan membawa diri kita untuk kembali bermuhasabah dari diri yang selalu mengeluh kesah.
Kisah ini Hana baca dari DailyMail.co.uk. Boleh klik di sini untuk versi bahasa Inggeris.
dan disini Hana akan ceritakan secara ringkas.
Guo Shijun, seorang remaja di China yang mana membawa ayahnya yang sakit ke universiti bersamanya. Shijun berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Hidupnya semasa kecil amat sukar di mana, ibunya mempunyai masalah mental disebabkan penyakit meningitis dan dia dan ayahnya menjaga ibunya sejak itu. Walaupun begitu, Shijun tetap berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Namun, kehidupan benar-benar menduganya apabila ayah Shijun mengalami kemalangan di tempat kerja dan lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah. Dia bertuah kerana atuk dan neneknya sanggup menjaga ibunya namun mereka tidak dapat membantunya menjaga kedua-dua ibu bapanya. jadi, Shijun mengambil keputusan untuk menjaga bapanya sendiri.
Dia seringkali menjaga bapanya yang sakit dengan berulang-alik. Namun, dia berjaya membuat rayuan kepada pihak universiti untuk memberikan kebenaran kepadanya untuk membawa bapanya bersama. disebabkan Shijun sentiasa menjadi pelajar terbaik universitinya, pihak universiti memberi kebenaran. dan dia telah menyewa sebuah bilik serta membina sebuah katil istimewa untuk bapanya. Shijun juga memperoleh biasiswa untuk menampung kos pelajarannya. Hingga kini, dia masih menjaga bapanya sepenuh masa di biliknya. Dia sentiasa melawat bapanya meskipun hanya mempunyai ruang masa antara waktu kuliah dan lunch
Chinese student Guo Shijun (right) prepares a meal for his father in his dorm while his father (left), who is paralysed from the waist down, rests in the specially installed bed |
Guo Shijun takes a picture with his father. For most of his life he has been a young carer, and his workload only doubled when his father became disabled |
Despite insurmountable odds, Guo Shijun has managed to earn top marks at university, and a scholarship for his good grades |
No comments:
Post a Comment