Salam semua. Apa khabar? Semoga pembaca blog Hana sentiasa sihat dan dilimpahi rahmatNya yang tak terhingga.. Sebelum tu, Hana nak ajak semua untuk mengucapkan "Alhamdulillah". tapi sekarang say Alhamdulillah dengan seikhlas hati kita.
Sebutkan juga dalam hati,
"Ya Allah, terima kasih atas nikmat Islam, hidup, keluarga dan kesihatan yang telah Kau berikan kepada ku. Terima kasih Allah"..
kebiasaannya bila ditanya khabar oleh lecturer ataupun sahabat-sahabat, Hana akan selalu meluahkan syukur kepadaNya. sebab nikmat kesihatan ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Meskipun kita ni BILLIONAIRE ataupun MULTIBILLIONAIRE, jika Allah ingin menguji kita dengan menarik nikmat kesihatan. Duit yang jutaan atau ratusan jutaan itu juga masih belum mampu untuk memberi penawarnya. Semuanya dengan kehendak dan izinNya.
habit Hana ni selalu senyum ["Alhamdulillah" *senyum] bila ditanya khabar. sampailah ada yang mengusik manja. kononnya senyum ada makna. hehe..
ada juga yang mengusik. "Amboi, bisnez sekarang ni asyik senyum je. masuk bonus ke?". Selalu Hana akan membalas dengan senyuman juga. =D . Frankly speaking, Senyum tak perlu ada makna. Namun, ingatlah bahawa senyum itu sedekah. dan senyuman mampu membuatkan hati yang berbunga.
pasak SENYUMAN
ok. macam ni lah, katakan kita gi pasar malam dan ada dua gerai yang menjual makanan yang sama. harga pun sama. namun peniaganya yang berbeza. Gerai A peniaganya sentiasa tersenyum dan ramah dengan pelanggan. dan gerai B pula, peniaganya masam mencuka pelanggan datang pun macam layan tak layan je.
Yang mana satu gerai yang kita tergerak nak pergi? A atau B?
cuba komen kat bawah ni.. =)
nanti Hana akan ceritakan apa dan kenapa senyuman ni amat penting dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment