Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya masih belum terlalu lewat untuk Hana mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Diharapkan tahun baru ini memberikan anda semangat dan kejayaan yang diimpikan. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi juga lebih mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta.
Terengganu
Alhamdulillah, kami ( Hana & Azimah) selamat sampai ke IPG Dato' Razali tercinta dengan selamat. Kali ini perjalanan mengambil masa agak lama berbanding dengan apa yang dirancang. Tetapi sebagai yang kita sudah sedia maklum, "kita merancang, Dia yang menentukan". betul tak?
After maghrib, ramai-ramai berkumpul di aras bawah ( tinggal di hostel). Masing-masing membawa makanan sendiri. Berkongsi-kongsi makanan dan cerita. "Potluck".. new vocab yang Hana dapat belajar time ni. hehe. Kepada sesiapa yang tertanya-tanya apa itu potluck. Potluck ni macam jamuan makan yang masing-masing bawa makanan sendiri untuk dikongsi makan bersama.
dan alhamdulillah, makan malam pun sangat sedap. Nyum..Nyum... Perut pun kenyang. Rezeki hari ini. Terima kasih semua. semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki anda. :D
First Assembly dan First Class
Yup.. Assembly atau perhimpunan. macam kat sekolah dulu-dulu. kenapa assembly? Sebabnya Hana seorang bakal guru nanti. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan.
Subjek Semester 7
Penyelidikan Kajian Tindakan
Bimbingan dan Kaunseling.
berdebar juga sebenarnya bila melangkah ke tahun akhir. kerana ini bermakna tak lama lagi Hana dan rakan-rakan akan melangkah masuk ke alam pekerjaan. rasa seakan ilmu didada masih belum cukup .
"Ya Allah, Kau kurniakanlah daku ilmu yang bermanfaat, bukakanlah pintu hatiku supaya mudah menerima ilmu dan permudahkan urusanku dalam mencapai cita-citaku untuk membantu anak bangsa dan menyumbang kepada jalanMu".
dan masuknya semester baru ini bermakna Hana perlu melepaskan jawatan yang dipegang. adik-adik Math akak bersiap sedia ya! hehe.. InsyaAllah, segala kerja dan amanah akan dipastikan telah dilaksanakan sebaiknya. Semoga apa yang dilakukan dapat memudahkan pemegang tampuk yang baru untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan. Ingat, "ini amanah". Kalau anda terpilih, ikhlaskan hati. Buat kerana Allah. sebab there's always be a HIKMAH behind everything. Dan yang paling seronoknya adalah pengalaman.
Tak sama apa yang didengar dan dibaca dengan pengalaman orang yang melaluinya sendiri [credit to cikgu Nazri]
2014 datang bukan sekadar membawa hari-hari untuk kita hitung sehingga menjelang pula tahun 2015. Tidak datang kosong. Tetapi 2014 datang bersama harapan dan peluang. Harapan dan peluang untuk menjadi menjadi seorang yang berjaya dan menyumbang ke jalan yang diredhai Allah, anak yang soleh/solehah kepada ibu bapanya, seorang suami/isteri yang beriman serta menyayangi ahli keluarganya dan seorang hambaNya yang bertaqwa.
Mulakan Langkahmu..
Ayuh mulakan langkah untuk merebut peluang dalam mencari bekalan untuk ke sana nanti. Dunia ini bukan sahaja tempat persinggahan, tetapi juga merupakan tempat untuk mencari bekalan ke destinasi kita di sana nanti, SYURGA. Memberi alasan itu ini hanya sekadar menyedapkan hati. Ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Fikirlah. Muhasabahlah.
Semoga tahun 2014 ini lebih mendekatkan kita kepada Allah yang Maha Besar.
Semoga tahun 2014 ini lebih mendekatkan kita kepada Allah yang Maha Besar.
Baiklah. setakat ini dulu Hana menulis. Mata kejap terpejam kejap celik ni. Zzz dulu.
# Moga Allah sayang, Moga Allah redha
[source : tiaraless]
_______________________________________________
di sini Hana ada sertakan link untuk ebook percuma . Kisah motivasi. Sebab Hana pun suka baca buku motivasi. Boleh klik link kat bawah gambar tu untuk download free.yup.FREE je InsyaAllah, moga bermanfaat.
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/hanafarhana |
No comments:
Post a Comment