Saturday, November 1, 2014

5 Ciri Mencapai Kebahagiaan

Assalamualaikum semua. Saya doakan semoga pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah swt dan dalam jagaanNya..

Bila disebut tentang bahagia.. Siapa yang tak nak. Sedangkan yang miskin dan yang kaya juga ingin bahagia. Selalu terdengar "best la die. Hidup bahagia. Ada duit. Boleh itu. Boleh ini"

Satu saja saya nak tanya anda semua yang pernah cakap seperti di atas...

"Yakinkah anda bahawa yang kaya itu bahagia?"

Saya bagi 5 minit dan cuba kita selami. Jadikan diri kita di tempat orang kaya..

Apa jawapan anda?

Bagi saya, bahagia tak semestinya perlukan wang ringgit..bahagia itu kekadang datang dalam bentuk kepuasan bersama dengan orang yang tersayang, kepuasan dapat memiliki sesuatu yang diidamkan dan bagi saya bahagia itu adalah apabila mendapat kepuasan dalam bekerja.

Anda lihat bahagia tak semestinya dengan wang ringgit. Bahagia itu adalah satu rasa yang tak dapat diungkapkan. Hanya yang melaluinya dapat merasainya..

Bahagia .
Bagaimana anda nak tahu?

Jadi, hari ini saya nak kongsikan 5 ciri orang yang mendapatkan kebahagiaan :

1) Jika seseorang bertambah ilmunya maka bertambahlah tawadhu’ dan bertambah pula kasih sayangnya.

2) Tatkala seseorang bertambah amalannya, bertambahlah rasa takutnya kepada Allah dan semakin berhati-hati.

3) Tatkala seseorang bertambah umurnya, maka semakin berkurang rasa tamaknya terhadap dunia.

4) Jika seseorang bertambah hartanya, maka semakin bertambah kedermawanannya dan kemauan membantu sesama.

5) Jika bertambah kemuliannya, maka ia semakin dekat dengan manusia dan menunaikan kebutuhan dan tawadhu' kepada mereka.

(Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah)

Jika anda rasa entry ini bermanfaat, anda boleh klik dan share dengan yang lain. Semoga kita mendapatkan manfaat daripadanya...

-------------------------

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...