Alhamdulillah.. 3 tahun sudah berlalu. Sekejap sahaja masa berlalu. Terasa bagaikan semalam baru sahaja menerima tugas menjadi guru kelas anak-anak kecil ini. Tanggal 3 Februari 2015, pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas anak-anak 1 CERDIK. Allah. saat itu komunikasi semasa kelas ibarat ayam dan itik. Kebanyakan mereka kurang faham bahasa Melayu. Allah.. Macam mana aku nak ajar Bahasa Inggeris dengan mereka ? BM sudah cukup membuatkan kepala ini pening dalam nak memastikan mereka faham arahan cikgu.
wajah-wajah 2015 |
Always be my favourite in neat work. |
Kelas kedua belakang. Sememangnya banyak mengajar Miss kesayangan mereka ini erti kesabaran, erti ketekunan dan kasih sayang. Kelas ini berjaya kekal kelas tanpa rotan sehinggalah akhir tahun 2017.
Akhir 2015. Jamuan akhir tahun. 15 orang sahaja yang hadir |
Kelas Hero-hero |
Tetapi hari demi hari, bulan demi bulan sehingga beranjak tahun .Anak-anak murid pun da besar semuanya. Daripada tidak fasih ABC, kini alhamdulillah syukur mereka sudah dapat membaca dengan lancar dalam Bahasa Inggeris. Daripada takut dan tak ada keyakinan diri mereka sudah berani tampil mencuba. Harapan dan impianku semasa mula-mula memegang tanggungjawab sebagai guru kelas dan guru subjek BI hanya satu. Mendidik mereka menjadi manusia berguna pada diri sendiri, dan keluarga. Yang penting bersopan dan beradab.
Year 3 with the most students in Year 3 SK TATAU |
Sejujurnya bukannya mudah untuk mengajar kelas yang majoritinya murid lelaki. Tetapi pengalaman bersama mereka sejak Tahun 1 sudah membuatkan mereka cukup kenal dengan miss kesayangan mereka ini. Ada masanya Miss menjadi singa mereka akan menjadi anak singa yang cukup comel sambil memujuk. Tak jadi marah lama-lama. Sebab nak tergelak saja. haha.
Tetapi seperti kebiasaan murid mana yang tidak nakal. Kelas 3 Uranus ini pun tidak terlepas daripada hal disiplin kerana kenakalan mereka. Pengaruh rakan sebaya lagi. haiishh. Pening kepala miss. Tetapi syukur alhamdulillah nakal mereka masih terkawal.
Kelas Matematik.
Tahun ini Hana mengajar kelas hujung sekali dalam darjah. 38 murid pelbagai ragam. Kebanyakan mereka masih tidak mengenali nombor. Membilang 1 hingga 10 merupakan satu perkara yang hampir mustahil buat mereka.
Sungguh inilah cabaran dunia pendidikan. Disaat Hana mahukan anak-anak ini untuk dapat mengenal nombor dan mengira terlebih dahulu. Sistem pendidikan negara kita mahukan mereka mampu mengira dan memahami masalah. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sememangnya 'membunuh' minat mereka perlahan-lahan. Ramai yang akhirnya datang ke sekolah sekadar untuk bermain bersama kawan-kawan.
Untuk yang bercita-cita menjadi seorang guru.
Disini sebenarnya cabaran sebenar seorang guru. Kesabaran diuji.