Wednesday, August 27, 2014

:: 3 perkara yang saya suka di SKDM ::

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semuanya? Harap sentiasa dirahmati Allah. Lama rasanya tak menulis di sini. waktu yang ada sudah padat dengan kajian tindakan, meeting, serta urusan sebagai Penolong ketua unit. InsyaAllah, moga terus tabah


Alhamdulillah, selesai sudah internship di Sekolah Kebangsaan Durian Mas. Hari terakhir kami dimeriahkan dengan majlis sambutan Hari Raya. sememangnya sekolah ini memberikan banyak pengalaman dan kenangan yang berharga buat kami semua. Sebelum saya cerita tentang apa yang saya suka di SKDM, jom layan gambar dulu..


gambar semasa sambutan hari raya peringkat sekolah.







Praktikumates aka klassmates cikgu Syafiqah

cikgu Norliza. Guru Tahun 6. Banyak pengalaman. :)

murid Tahun 3 : yang bertudung pink (kanan) selalu hadiahkan cikgu-cikgu praktikum hadiah.
Terima kasih banyak Nabilah

Ini cikgu Hilmi. merangkap Sifu PA sistem dan segala berkaitan teknikal. 
Menceriakan suasana.

Teacher Fatimah dan guru pembimbing, YM Pn. Tengku Hasnah

Praktikumates. Ustazah Norasiah and me. Sila abaikan pipi Hana yang tembam bam bam

Cikgu Ruzilah bersama Guru Besar, En. Mohamad bin Sulaiman. Mood raya. Photoshoot raya.

Praktikumates, Ustazah Atiqah. Berbaju hijau sebelah tu, selalu buat kami 'sakit perut' dengan telatahnya





Pengacara Majlis bersama Ustaz Yazit.









persembahan guru











ok. jadi sekarang Hana nak cerita kenapa sampai sekarang Sekolah Kebangsaan Durian Mas ni sentiasa dekat di hati....


1. Suasananya. 
Pertama kali jejakkan kaki ke sini. memang lain rasanya berbanding praktikum sebelum ni di sekolah bahagian bandar. Mungkin juga kerana kami datang awal, maka suasana sejuk tenteram gitu.. memang seronok tarik nafas hembus..fuh..fuh... puas.. 

dan kawasan sekolah yang terdiri daripada 4 blok kelas dan 1 blok kantin serta 1 blok tadika kami teroka pada hari pertama. First impression... OK. saya suka sekolah ini. Dekat nak ke kelas. 
dan alhamdulillah, hari pertama kami berjalan dengan lancar.

dan setiap pagi hari-hari yang berikutnya saya suka ke kelas untuk melihat anak-anak murid datang ke sekolah. dan sesekali menyapa mereka yang bertugas.. sempat juga memandang ibu bapa yang datang menghantar anak-anak mereka. Teringat zaman sekolah dulu..


2.Guru-guru dan pihak pentadbir

dan semestinya yang membuatkan kami bersemangat dan seronok sepanjang praktikum adalah guru-guru dan juga pihak pentadbir. Guru-guru di sini baik sangat-sangat.. pada minggu pertama ramai cikgu yang menolong berkaitan pengurusan jadual dan pengajaran di dalam kelas. 

Alhamdulillah, Allah temukan kami dengan insan-insan yang baik. segalanya menjadi mudah meskipun pelbagai perkara yang kami perlu tempuhi terutamanya observe pensyarah.

dan yang paling seronoknya, semua cikgu-cikgu di sini sporting dan sangat mesra.. berada di tempat baru sememangnya buatkan Hana sedikit takut dan nervous.. sebab kita orang baru... tetapi bila melihatkan layanan cikgu-cikgu di sini, kami rasa mudah mesra dan dapat bergaul dengan baik. 

Hana akui. sebenarnya hana seorang yang pemalu dan jarang sekali bercakap. tetapi masa demi masa di sini, Hana belajar. menjadi sedikit berani sekarang untuk berbual.. jika dulu..fuh.. mau sengeh-sengeh je.. tak pandai sebenarnya...

yang paling tak dilupakan ialah cikgu pembimbing, YM Pn Tg Hasnah dan guru-guru kelas yang banyak bantu kami sepanjang praktikum dan internship... Terima kasih. Andai ada kesempatan, kita berjumpa lagi. InsyaAllah..

3. Anak murid. Inilah perkara ketiga yang hana suka. Meskipun banyak sekolah Hana telah pergi, di sini... muridnya lain.. dan biarlah gambar-gambar yang menceritakan pada anda semua.. Kenakalan mereka, senyum tawa mereka, gurau manja tetap menjadi memori terindah buat cikgu..

macam-macam panggilan yang Hana dapat. daripada ustazah, teacher, cikgu..dan artis... haha.. macam-macam anak murid cikgu. Apa-apapun cikgu sayang kamu..


2 comments:

  1. assalamualaikum..

    kita dah jumpa dan baca...

    wah nie buat rindu ni.hehehe..
    Ana ke tambah lagi satu, yang keempat praktikumate die cecantik..kih.kih.kih.. hehe
    tak de la...

    Dari pemalu jadi mc sudah.. jauh melangkah.. =)

    InsyaALLAH selamat menjadi guru..
    Moge dipermudahkan eh..

    #kita amek kat sini je gambar tu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. yup.. praktimate ustazah-ustazah yang cantik... dan baik..

      InsyaAllah, semoga dipermudahkan semua urusan kita

      Delete

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...