Assalamualaikum semua. apa khabar semua? Semoga Allah sentiasa merahmati semua pembaca blog ini.. Aamin.
Alhamdulillah.. selesai tugas untuk bulan Ogos ini.
Semalam kebetulan terserempak dengan cikgu masa Hana sekolah rendah dulu. Jujur, awal tu takut-takut nak tegur. Bukan sebab cikgu ini garang atau apa. Tapi pada masa itu, difikiran.. ini semua tetamu majlis. Mereka semua penduduk Tatau. Paling tidak daripada Bintulu.
Akhirnya ternyata sebenarnya kedua kami berperasaan yang sama. Rupanya anak cikgu adalah pegawai polis di sini.. Berbual panjang hingga terlupa untuk bergambar kenangan bersama. Moga esok jumpa lagi. InsyaAllah.. T.kasih cikgu.
This is Tatau.
Hari ini Hana menulis tentang tempat pertama posting.
Tempat tinggal yang baru selepas lama di Terengganu.
SK Tatau.
Masa saat pertama mendapat tahu nama sekolah. Memang tak dapat nak teka di mana Tatau. Memang taktau la.. haha.. Selalunya orang akan tahu Lubuk Hantu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Baram, Belaga, Kapit. Itu nama yang selalu disebut-sebut. Memang saya tak tahu di mana. Nama tempat Simunjan pun saya dapat tahu daripada pensyarah yang kebetulan ke sana untuk KSSR. Kalau tidak rasanya masih lagi senyum tersimpul-simpul sebab tak pernah tahu atau dengar.
Ok. Jadi hari ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang Tatau. Supaya apa yang taktau dah dapat TAU.. ^-^
Tempat
Bandar terdekat kami ialah Bintulu. Dalam sejam perjalanan boleh la kalau nak makan KFC, Sushi King, shopping barang-barang sikit, ambil duit selalunya.. Sebab di Tatau baru nak ada ATM.
Kemudahan-
Di sini ada pasar jual sayur pagi-pagi. dan selalu memang saya ke sini. Penjual disini ramah, selalu kalau tak nampak mesti akan ditanya cikgu ke mana. Disini boleh dapatkan sayur-sayur, buah-buahan tempatan dan juga ikan. Oink..oink atau babui pun ada dijual tapi di bahagian hujung pasar..
Disini juga ada mini market MDS dan Sing Kee antara kedai yang memang akan sibuk disaat hujung minggu ahad atau hari khamis, ramai yang keluar membeli bekalan makanan di sini. Kiranya disini la tempat orang di kawasan pedalaman cari bekalan. Sekali keluar beli, berkotak-kotak, penuh hilux.
ada juga Balai polis, pejabat pendaftaran, masjid di kawasan kampung, KR1M, Petronas, Shell (jangan ditanya besar atau kecil)haha. dan klinik.. cukup bagi rawatan biasa. Jika kes teruk akan dibawa ke Bintulu. Di Bintulu ada juga private hospital. BMC (Bintulu Medical Centre).
Ada banyak sekolah disini jika dikira dalam daerah. Lebih kurang 15 buah semuanya. Jika tak silap.. Yang terdekat dengan Pekan Tatau adalah SK Tatau, SJKC, SMK Tatau. yang lain yang agak dekat ialah SK Kelawit, SK Anau, SK Bagiau..
Masyarakat
Disini terdapat berbilang kaum dan etnik. Majoriti disini masyarakat Iban. Ada juga orang Melanau, Penan, Punan, Melayu, Cina dan ada juga Bekatan.
Bila bercakap tentang ini teringat pula ada kawan yang bercakap..
wah..best la dapat pekan. semua ada.. dapat sarawak lagi. banyak la duit...
hihi..sebenarnya banyak cerita-cerita lain yang terselit di celah-celah helaian kertas buku yang sentiasa setia ada saat perlu. Saya memilih untuk menyimpannya disimpan disitu supaya satu hari nanti dapat saya buka dan ceritakan semula pada anak, cucu dan yang lain.. Fuh..gaya dah macam lama je nak stay sini.
Sebab ramai juga yang bertanya keadaan sebenar..dan tak kurang juga ada yang bercakap. "Takkan la semua baik je...." Jadi Hana ceritakan sedikit disini.
Sebagaimana yang dah Hana ceritakan. Terdapat pelbagai kemudahan disini. Alhamdulillah elektrik, air kami agak beruntung kerana tidak perlu bergantung kepada air hujan atau air sungai semata-mata bagi urusan harian. banyak duit. Menyimpan sekadar yang mampu. Kerana akhirnya nanti tabur duit dalam Laut China Selatan juga. hahaha.. (beli tiket flight)
_________________________________________________
ok. The real story disini.
Air
Sebenarnya dalam seminggu, kami akan terasa amat bertuah jika air paip putih bersih seperti di rumah. Sebabnya ada saya ceritakan dalam entry-entry sebelum ini, air tak menentu kekadang ada saat waktu mandi seperti mandi air tanah kerana pekatnya seperti teh tarik. Dan jika kami menadah air di dalam baldi, memang akan ada residue setebal satu inci. dan jangan pelik disaat awal mandi air ok, di pertengahannya terasa berpasir badan. hihi..Tetapi masih bersyukur bekalan air sentiasa ada dan ok.
Air minuman kami adalah air mineral/ air minuman yang dibeli dalam kotak. .
Elektrik
dan beberapa bulan kebelakangan ini, blackout selalu saja terjadi. Ada saat hanya sekejap. 5 minit keadaan sudah pulih seperti biasa. Ada saat hingga keesokan pagi. Ianya bergantung kepada cuaca. Jika hujan lebat atau ribut, kami akan bersiap sedia. Atau kadang-kadang hanya secara tiba-tiba. Ribut tak ada angin tak ada, tup tup blackout. Rasanya dalam proses upgrade pencawang kut. ^_^
Line telefon
Masih lagi ada untuk dihubungi. Boleh juga internet. surf cari maklumat. Layan IG. keep in touch dengan family, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan semua yang hendak dihubungi.
Rasanya itu sahaja yang nak saya kongsikan. Tak teruk sebenarnya ini jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang jauh di pedalaman. Mereka jauh lebih susah dan mencabar.Sebab itu kurang diceritakan. Kerana bagi Hana, bersyukur dengan apa yang ada kerana ada lagi yang lebih susah daripada kita.
Sebab itu, bila ditanya bagaimana Hana di sana?
Alhamdulillah sihat. dan baik-baik sahaja...
InsyaAllah, moga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk mendidik anak-anak disini..
Salam sayang dari
Hana
Tatau
#Malaysia masih aman. #sehatisejiwa