Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah masuk Ogos. Bulan lapan. Bulan Merdeka dan beberapa lagi yang sinonim dengannya..
Mood raya masih lagi terasa. Dengan perlumbaan menghabiskan puasa 6 dan juga perlumbaaan jamuan raya serta rumah terbuka. Tak kurang juga dengan kelas tambahan untuk UPSR.
Baru-baru ini, ada mesej whatsapp yang berbunyi seperti ini.
"guru dilarang keras dari membawa rotan ke dalam kelas atau persekitaran sekolah. Hanya PGB sahaja yang boleh merotan. JPN arah semua PPD/PGB/pegawai JPN ambil/rampas rotan kalau ada dibawa oleh guru. JPN sangat tegas. Begitu juga aksi melempang/cubit atau yang ada sentuhan fizikal"
Jujur, akui disini sejak dari awal perkhidmatan sehingga kini. Rotan antara barang wajib dibawa ke kelas. Biarpun ianya hanya sekadar hiasan yang mampu menggertak hati murid supaya tidak bersikap keterlaluan.. kekadang untuk mengetuk meja saat cikgu dah hilang suara.
Bila menjejak alam realiti, sebenarnya baru saya faham. Bahawa murid kini tak sama lagi dengan zaman kita dahulu.Ternyata dunia sekarang sangat berbeza,
Murid sekarang,
rotan? cikgu rotan la... tak sakit pun.
Cikgu rotan saya bagitahu mak saya... mak saya kawan Guru Besar.
Appu...
Ok. Mulai minggu ni rotan stay bawah meja di bilik guru saja..
No comments:
Post a Comment