Saturday, March 11, 2017

Tagging subjek murid dalam APDM

Hi and assalamualaikum to all the readers...

Alhamdulillah.. dapat berpeluang mencoret disini pada hari ini. Seharian di sekolah.
Mesyuarat PIBG telah berjaya dijalankan. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Berakhirnya Mesyuarat PIBG tidak bermakna tugas berhenti di situ. Setelah selesai zohor dan rehat sebentar. Teruskan dengan tugas sebagai guru kelas.

Buat rakan guru.. Semua sudah tag subjek untuk murid anda. Jika belum, boleh buka link ini. Untuk kemaskini subjek murid anda. Jika sudah.. TAHNIAHHHH!! Anda memang tiptop...

Sekolah saya baru terima maklumat semalam. Tagging subjek perlu dibuat oleh setiap guru kelas.
Maka bermula lah....

Kepada yang baru menjadi guru kelas dan masih lagi blur-blur dan keliru lagi. Ini ada saya kongsikan panduan nak isikan. Harap membantu.


Langkah 1 : Klik link https://www.apdm.com/
                    Masukkan ID PENGGUNA, KATA LALUAN

Pastikan anda tick pada I'm Not A robot. baru klik LOG MASUK




Langkah 2 : Apabila sudah berjaya masuk, klik pada pautan SUBJEK di bahagian tepi.



Langkah 3: Akan keluar laman seperti di bawah. Nama-nama guru yang mengajar subjek di kelas anda akan terpapar. Jadi, anda hanya perlu klik kepada ketetapan.

Langkah 4 : Senarai nama murid akan keluar, jadi guru kelas hanya perlu klik pada nama murid yang terlibat. Jika untuk subjek utama, guru boleh klik petak di atas sekali untuk tandakan / pada semua murid..

Setelah selesai, klik kepada KEMASKINI SUBJEK MURID yang terletak dibahagian bawah               sekali. Setelah selesai semak semua. Klik kemaskini.



Langkah 5 : Setelah selesai, boleh tekan page 2 untuk nama-nama murid yang selebihnya.. Kerana selalu page awal tadi, hanya 20 nama sahaja yang dipaparkan. 

Dah keluar petak hijau ni maka selesailah tagging subjek murid cikgu....



Selamat mencuba dan menyiapkan kerja. Harap perkongsian memberikan manfaat kepada semua.

Sambil-sambil isi APDM..tunggu page loading. sempat berblogging juga. Sambil menyelam kita minum air. hihi.

1 comment:

  1. assalamualaikum.... terima kasih atas perkongsian.

    Mohon maklum, link apdm yg diberikan adalah tidak betul...mohon semak semula.
    Sepatutnya link adalah https://apdm.moe.gov.my/
    Tq.

    ReplyDelete

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...