Friday, October 2, 2015

Stop & Take 5! Remember to put 'the glass' down.





A psychologist walked around a room while teaching stress management to an audience.
As she raised a glass of water, everyone expected they'd be asked the "half empty or half full" question. Instead, with a smile on her face, she inquired: "How heavy is this glass of water?"


Answers called out ranged from 8 oz. to 20 oz.


She replied, "The absolute weight doesn't matter. It depends on how long I hold it. If I hold it for a minute, it's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my arm. If I hold it for a day, my arm will feel numb and paralyzed. In each case, the weight of the glass doesn't change, but the longer I hold it, the heavier it becomes."

She continued, "The stresses and worries in life are like that glass of water. Think about them for a while and nothing happens. Think about them a bit longer and they begin to hurt. And if you think about them all day long, you will feel paralyzed – incapable of doing anything."
Remember to put the glass down.


(Courtesy of Jimmy Harmon)

Tuesday, September 15, 2015

Kita peminjam



Ingatlah. Kita manusia seluruhnya peminjam.
Kita meminjam nikmat ALLAH, meminjam rasa cinta yang diberikan-NYA.
Maka biarlah pinjaman kita ini membuahkan hasil yang hebat apabila kita kembali ke negeri akhirat.

Biarlah apa yang kita pinjam itu menjadi wasilah untuk kita sampai kepada Yang Memberi pinjam, iaitu ALLAH.

Saturday, September 12, 2015

September is here

Assalamualaikum wbt. Apa kahabar semua? Lama sudah tak menulis disini. Datang sapu-sapu habuk dulu..

Laptop rosak, kurang sihat dan bulan Ogos agak padat dengan aktiviti .. Banyak melatih diri untuk bersabar dan cekal di perantauan. Walauapapun its a new things, a new experience to be gained and kept in the chapter of my life..

Pesan emak, sibuk macam mana pun solat jangan lupa. Jika boleh diawal waktu. Al-Quran baca selalu. Baca sekali tafsirnya. Its a time you need to know apa di dalamnya. Not just read.Yang penting, sentiasa dekat dengan Tuhan. Susah-susah benda itu pun, akan Allah permudahkan. Selagi kita masih ingat dan laksanakan suruhanNya..


InsyaAllah.. i will.
Tq emak. Thank you Allah, for the most precious person in my life.. chaiyok2.


Alhamdulillah sekarang laptop dah ok. Harap kembali tip top seperti biasa menjalankan tugas.. Body still recovering. Mental and spiritual in good condition. Thanks to my emak and ayah, adik dan abang..


So........



I'm ready now.





Things to be done before holidays:
1. UPSR
2. Saringan LINUS year 1,2,3
3. Aset dan Inventori - fill in the forms and sent to JPN.
4. Pencerapan 2
5. Eg-Tukar ^_^ hehehe..


insyaAllah, may Allah ease..

See you in the next post. Lots of love from Tatau.

Friday, September 11, 2015

Disini


Location : Kg Air Tawar, Besut


Berada di sini mengajar aku erti berdikari,
Mengajar aku tabah berdiri,
Mengajar aku erti bersyukur pada Ilahi.

Disaat aku selesa di sana, Allah hadirkan aku disini sebagai ingatan
sebagai tanda mahu aku hampir dekat denganNya...
kerana berada disini
Aku ada lebih masa untuk bersama Dia,
dan mungkin disini ada hikmahNya
Supaya aku mengenal dan memahami apa itu erti kehidupan yang sebenarnya...


Mengajar aku erti syukur yang sebenarnya..
syukur sebagai seorang Islam, muslim, masih punya kekuatan, masih punya iman.
dan bersyukur masih bernyawa..



1September2015

Wednesday, August 12, 2015

Tiada rotan

Assalamualaikum wbt. Hana doakan semua pembaca blog ini sihat dan sentiasa dirahmati Allah..
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah masuk Ogos. Bulan lapan. Bulan Merdeka dan beberapa lagi yang sinonim dengannya..

Mood raya masih lagi terasa. Dengan perlumbaan menghabiskan puasa 6 dan juga perlumbaaan jamuan raya serta rumah terbuka. Tak kurang juga dengan kelas tambahan untuk UPSR.

Baru-baru ini, ada mesej whatsapp yang berbunyi seperti ini.
"guru dilarang keras dari membawa rotan ke dalam kelas atau persekitaran sekolah. Hanya PGB sahaja yang boleh merotan. JPN arah semua PPD/PGB/pegawai JPN ambil/rampas rotan kalau ada dibawa oleh guru. JPN sangat tegas. Begitu juga aksi melempang/cubit atau yang ada sentuhan fizikal"

Jujur, akui disini sejak dari awal perkhidmatan sehingga kini. Rotan antara barang wajib dibawa ke kelas. Biarpun ianya hanya sekadar hiasan yang mampu menggertak hati murid supaya tidak bersikap keterlaluan.. kekadang untuk mengetuk meja saat cikgu dah hilang suara.

Bila menjejak alam realiti, sebenarnya baru saya faham. Bahawa murid kini tak sama lagi dengan zaman kita dahulu.Ternyata dunia sekarang sangat berbeza,

Murid sekarang,
rotan? cikgu rotan la... tak sakit pun.
Cikgu rotan saya bagitahu mak saya... mak saya kawan Guru Besar.


Appu...

 Ok. Mulai minggu ni rotan stay bawah meja di bilik guru saja..










Tuesday, August 11, 2015

This is Tatau

Assalamualaikum semua. apa khabar semua? Semoga Allah sentiasa merahmati semua pembaca blog ini.. Aamin.

Alhamdulillah.. selesai tugas untuk bulan Ogos ini.
Semalam kebetulan terserempak dengan cikgu masa Hana sekolah rendah dulu. Jujur, awal tu takut-takut nak tegur. Bukan sebab cikgu ini garang atau apa. Tapi pada masa itu, difikiran.. ini semua tetamu majlis. Mereka semua penduduk Tatau. Paling tidak daripada Bintulu.

Akhirnya ternyata sebenarnya kedua kami berperasaan yang sama. Rupanya anak cikgu adalah pegawai polis di sini.. Berbual panjang hingga terlupa untuk bergambar kenangan bersama. Moga esok jumpa lagi. InsyaAllah.. T.kasih cikgu.

This is Tatau.
Hari ini Hana menulis tentang tempat pertama posting.
Tempat tinggal yang baru selepas lama di Terengganu.

SK Tatau.
Masa saat pertama mendapat tahu nama sekolah. Memang tak dapat nak teka di mana Tatau. Memang taktau la.. haha.. Selalunya orang akan tahu Lubuk Hantu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Baram, Belaga, Kapit. Itu nama yang selalu disebut-sebut. Memang saya tak tahu di mana. Nama tempat Simunjan pun saya dapat tahu daripada pensyarah yang kebetulan ke sana untuk KSSR. Kalau tidak rasanya masih lagi senyum tersimpul-simpul sebab tak pernah tahu atau dengar.



Ok. Jadi hari ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang Tatau. Supaya apa yang taktau dah dapat TAU.. ^-^


Tempat
Bandar terdekat kami ialah Bintulu. Dalam sejam perjalanan boleh la kalau nak makan KFC, Sushi King, shopping barang-barang sikit,  ambil duit selalunya.. Sebab di Tatau baru nak ada ATM.


Kemudahan-
Di sini ada pasar jual sayur pagi-pagi. dan selalu memang saya ke sini. Penjual disini ramah, selalu kalau tak nampak mesti akan ditanya cikgu ke mana. Disini boleh dapatkan sayur-sayur, buah-buahan tempatan dan juga ikan. Oink..oink atau babui pun ada dijual tapi di bahagian hujung pasar..

Disini juga ada mini market MDS dan Sing Kee antara kedai yang memang akan sibuk disaat hujung minggu ahad atau hari khamis, ramai yang keluar membeli bekalan makanan di sini. Kiranya disini la tempat orang di kawasan pedalaman cari bekalan. Sekali keluar beli, berkotak-kotak, penuh hilux.


ada juga Balai polis, pejabat pendaftaran, masjid di kawasan kampung, KR1M, Petronas, Shell (jangan ditanya besar atau kecil)haha. dan klinik.. cukup bagi rawatan biasa. Jika kes teruk akan dibawa ke Bintulu. Di Bintulu ada juga private hospital. BMC (Bintulu Medical Centre).

Ada banyak sekolah disini jika dikira dalam daerah. Lebih kurang 15 buah semuanya. Jika tak silap.. Yang terdekat dengan Pekan Tatau adalah SK Tatau, SJKC, SMK Tatau. yang lain yang agak dekat ialah SK Kelawit,  SK Anau, SK Bagiau.. 

Masyarakat
Disini terdapat berbilang kaum dan etnik. Majoriti disini masyarakat Iban. Ada juga orang Melanau, Penan, Punan, Melayu, Cina dan ada juga Bekatan.



Bila bercakap tentang ini teringat pula ada kawan yang bercakap..
 wah..best la dapat pekan. semua ada.. dapat sarawak lagi. banyak la duit...

hihi..sebenarnya banyak cerita-cerita lain yang terselit di celah-celah helaian kertas buku yang sentiasa setia ada saat perlu. Saya memilih untuk menyimpannya disimpan disitu supaya satu hari nanti dapat saya buka dan ceritakan semula pada anak, cucu dan yang lain.. Fuh..gaya dah macam lama je nak stay sini.

Sebab ramai juga yang bertanya keadaan sebenar..dan tak kurang juga ada yang bercakap. "Takkan la semua baik je...." Jadi Hana ceritakan sedikit disini.

Sebagaimana yang dah Hana ceritakan. Terdapat pelbagai kemudahan disini. Alhamdulillah elektrik, air kami agak beruntung kerana tidak perlu bergantung kepada air hujan atau air sungai semata-mata bagi urusan harian. banyak duit. Menyimpan sekadar yang mampu. Kerana akhirnya nanti tabur duit dalam Laut China Selatan juga. hahaha.. (beli tiket flight)

 _________________________________________________

ok. The real story disini.

Air
Sebenarnya dalam seminggu, kami akan terasa amat bertuah jika air paip putih bersih seperti di rumah. Sebabnya ada saya ceritakan dalam entry-entry sebelum ini, air tak menentu kekadang ada saat waktu mandi seperti mandi air tanah kerana pekatnya seperti teh tarik. Dan jika kami menadah air di dalam baldi, memang akan ada residue setebal satu inci. dan jangan pelik disaat awal mandi air ok, di pertengahannya terasa berpasir badan. hihi..Tetapi masih bersyukur bekalan air sentiasa ada dan ok.

Air minuman kami adalah air mineral/ air minuman yang dibeli dalam kotak. . 

Elektrik
dan beberapa bulan kebelakangan ini, blackout selalu saja terjadi. Ada saat hanya sekejap. 5 minit keadaan sudah pulih seperti biasa. Ada saat hingga keesokan pagi. Ianya bergantung kepada cuaca. Jika hujan lebat atau ribut, kami akan bersiap sedia. Atau kadang-kadang hanya secara tiba-tiba. Ribut tak ada angin tak ada, tup tup blackout. Rasanya dalam proses upgrade pencawang kut. ^_^

Line telefon
Masih lagi ada untuk dihubungi. Boleh juga internet. surf cari maklumat. Layan IG. keep in touch dengan family, kawan-kawan, cikgu-cikgu dan semua yang hendak dihubungi.



Rasanya itu sahaja yang nak saya kongsikan. Tak teruk sebenarnya ini jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang jauh di pedalaman. Mereka jauh lebih susah dan mencabar.Sebab itu kurang diceritakan. Kerana bagi Hana, bersyukur dengan apa yang ada kerana ada lagi yang lebih susah daripada kita.

Sebab itu, bila ditanya bagaimana Hana di sana?
Alhamdulillah sihat. dan baik-baik sahaja...

InsyaAllah, moga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk mendidik anak-anak disini..


Salam sayang dari
Hana
Tatau

#Malaysia masih aman. #sehatisejiwa






Sunday, August 2, 2015

Masa

Masa tak pernah menentukan apa-apa.
Allah yang atur. Dengan izinNya. Tentang apa jua sekalipun.
Cuma masa itu memberi peluang untuk kita berusaha, berdoa, dan memperbaiki diri.

Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita bagi merawat hati.

Hari ini banyak yang Allah tarbiyah. Dia yang pujuk hati bila terluka. Dia hadirkan rasa gembira tanpa dipinta. Terasa begitu dekat kehadiranNya. Terima kasih Allah..

“Dan sabar itu tidak semudah yang kau sangka. Dan beruntunglah orang-orang yang sabar kerana mereka telah dijanjikan Tuhan dengan kekuatan untuk menempuh kehidupan yang sedikit pun tidak bersifat kekal. Bahawa hanya dengan kesabaran, kau mampu menerima qada’ dan qadar Allah. Bila rasa sakit, jangan marah. Istighfar banyak-banyak.


Kadang diam itu lebih baik. Diam untuk pendam segala rasa. Rasa yang tak pernah terbalas. Luah pada Allah. Luah pada manusia, manusia takkan pernah faham.. :’)”


“True Imaan is when you have so much to cry and complain about, but you prefer to smile, appreciate what you have and say Alhamdulilah”

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...