Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia   seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di   sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila   Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada   memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan   perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa   bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat   pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun   senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah   membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan   bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di   sekolahnya.
Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar   sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu   memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan   yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata   memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia   tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari   dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di   dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit   badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran   dengan surau.
Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya   walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk   dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah   mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja   pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan   yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak   disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta   mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan   pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat   dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.
Namun,hatta   nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula   seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa   arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang   pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun   Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim   di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa  memperkenalkan dirinya.
Dalam  mahu yang bercampur dengan iman di  dalam hatinya,Naim melihat Nisa  dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin  dia merenung Nisa dengan lebih  tajam tapi iman di dadanya masih kukuh  bak tembok besar cina.
“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.Tidak   sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari   diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada   Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya   mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun   selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum   kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti saat,hari   berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau   sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar   yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di   surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara   wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan   lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah   itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan   Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka   tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara   Nisa.
Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat   Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik   tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.
“Ish..Nak tolong ke   tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade   orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz   tolong..”Imannya bersuara.
Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya  kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
“Kalo  aku tak  tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong  segera kalo  tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.
Tabir  biru  itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari   Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di   hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk   durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya   bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan   dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke  aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.
“Ah,darurat,darurat.Even  babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya  membuat pertimbangan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat  keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er,Nisa tahan ek,kejap  saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…”Suara  Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
Pintu   almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak   biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat   menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa  berfikir  panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat  keadaan jari  Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun  daripada  surau dan menuju ke kelas.
“Ya Allah,apa aku telah buat  ni…Aku  bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia  berdoa,menangis  menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.
Habis   sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan   soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa   menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu   bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan   dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan   dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu   ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.
 Lamunannya tersentak   apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh  resah  dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian  surau  wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu  adalah  jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam  suara  itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa  menipu  teman sebilik yang akrab dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau  pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde  ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab  Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah  ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.
Gurauan   yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada   perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di  atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah  Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah  kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba  dia menangis tetapi bukanlah  menangis seperti anak kecil  menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di  atas pipinya yang sedikit  cengkung.Khairul terkejut melihat Naim  menangis dan bertanya sebab Naim  menangis tetapi Naim hanya  berdiam.Khairul membuat andaian  sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim  menangis kerana bertaubat.Lantas  perasaan cemburu mula menguasai  dirinya.Inilah dia tanda orang  beriman,pantang melihat orang lebih dekat  dengan Kecintaan nya,pasti  dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak  start.Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya   selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari  mulut  cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi  perhatian.Matanya  tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas  tetapi fikiran jauh  ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh  akalnya tiada.Bukan  sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari  masalah-masalah yang  akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya,bukan   Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada   kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika  cerita  itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi  kepalanya  sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas  menyebabkan  matanya tidak berkelip memandang Naim dari  belakang.Baginya,alangkah  bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim.  Kesopanan dan kebaikan  yang ditunjukkan oleh Naim sebentar  tadi,betul-betul memikat hati suci  si gadis ini.Begitulah nasib si Abid  tanpa Ilmu.Pantang ditiup  angin,pasti dia rebah.
Tangan mula  mengambil peranan,diambilnya  pen merah jambu kesukaannya dan diambil  sehelai kertas memo yang berada  di dalam laci mejanya.Sepucuk surat  ditulis sebagai tanda terima kasih  buat si jejaka budiman. Surat sahaja  tidak cukup,dibelinya sekotak air  laici yang berharga 80sen dengan  duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang  choki-choki,juga sebagai hadiah.
Seperti  kebiasaannya,Naim datang  ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat  Zohor berjemaah dan makan  di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia  terus ke kelas.Baginya masa  itu emas dan tidak boleh dibazirkan  walaupun sesaat.Masih banyak  pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang  belum dikuasainya.Tabiatnya  ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang  lain.Pabila dia melangkah  kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia  apabila dia melihat sepucuk  kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan  sekotak air laici dan  sebatang choki-choki.
Isi suratnya:
Salam..
Terima  kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la  macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan  membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’
Sambil   menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak   plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan   dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya   ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir   alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa   tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di   hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi   kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus  menggunanya  atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka  bermulalah  kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:
Salam,
Terima  kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana  tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah  Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga  Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim
Diselitnya   surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang   membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada   awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama   yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya,   “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
Pening juga   Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan,   “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita   Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat   untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas,  “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu  Naim membalas, “mana ada  zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat  dengan tujuan umat Islam tidak  mendekati zina.Rasulullah tak kata  pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan  Allah zalim mengharamkan apa-apa  fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip  yang dipegangnya selama ini.
Walaupun  Nisa tidak berpuas hati  dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya  dia kepada Naim,di’iya’kan  sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim  dapat mengesan rasa sangsi  kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara  penulisan yang agak sedikit  berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah  Allah berfirman bahawa  perempuan baik untuk lelaki yang baik dan  lelaki yang baik untuk  perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana  pun yakin yang anti rasa  ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang  baik untuk suami yang baik  tetapi Allah kata perempuan dan lelaki  bermakna belum berkahwin pun  takpa.Anti meragui Quran?”
Terdiam  Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah  hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi  bimbang dianggap meragui Quran.  Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya  mempunyai ilmu setinggi langit  itu menyebabkan dia semakin yakin  dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.
Siqah  bukanlah kerja manusia.Pengaruh  bukanlah kawalan manusia.Hati manusia  tidak boleh dibeli dengan mata  wang, kesetian tidak boleh diperdangkan  dengan kemewahan.Semuanya hak  mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan  hati manusia.Jika Dia  menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah  orang itu walaupun pada  awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika  Dia menghendaki  seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas  tahtanya  sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada  syarat-syarat yang  telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama  Sunnatullah.
Kepercayaan  manusia terhadap seseorang itu akan  datang bila dia mendekatkan diri  dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang  terhadapnya menjadi lebih solid  pabila dia menyempurnakan apa yang  dilafaznya.Inilah hukum yang  ditetapkan Ilahi.
Makin hari,pengaruh  Naim semakin  jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan   dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim   juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di   kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin   terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian   jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang   kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi   sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala   kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila   adik-adik datang meminta nasihat.
Jika dulu dia mampu mengambil   tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak   lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24   jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia   berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam   lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih   pun,pasti tidak mencukupi.
Khairul merasa hairan dengan perubahan   sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang   diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang   diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan   benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di   dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi   dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun   lain-lain!”
“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw  ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.
“Ko  taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal  Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api  neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau  ke?!”Marah Naim lagi.
Khairul  terdiam sedar bahawa ilmunya  tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan  kesal timbul dalam hatinya atas  tindakan sahabatnya sebentar  tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana  Allah,dia nekad untuk  mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak  akan bergoyang jika  beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul  tidaklah selicik  Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya  selari dengan  Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi  hatinya  kepada Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah  nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal  Ustaz balik.
“Ustaz,saya  bimbang dengan Naim,teman sebilik  saya.Perangainya seperti sudah  berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw  nak terang macamana..”Terang  Khairul.
“Na’am,ana pun perasan  perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak  perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan  olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah  ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam  Islam,mengintai mencari kesalahan  orang ini diistilahkan sebagai  Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi  boleh berubah menjadi harus  pabila diperlukan.Dan dalam keadaan  ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.
Penyiasatan  bermula dan  penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada  sebarang benda  buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki  yang gelap  menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan  matahari.  Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke  tanah.Akhirnya  surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul  ketika dia sedang  membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang  dihantar oleh  Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di  hadapan tempat  imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi  ketika membaca  perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada  ‘ana’, ‘anti’,  kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I  luv U’.
Khairul  tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas  belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’.
Dalam tidak  sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca  surat-surat  itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga  dirampas orang  tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya  bacaan ayat 2  dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika  menjadi Imam  Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara  ringkasnya  membari maksud melarang orang beriman daripada memberi  nasihat tentang  apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.
Dari  luar  surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa  berfikir  tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat  penyimpanan  ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati  Khairul sedang  memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir  panjang,dia  berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip  yang diajar  kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah  Allah,jangan  berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah  melarang  kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya  bahawa berlari  di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu  sendiri yang  sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.
Ditolaknya  Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh  Khairul.
“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi?Mana  pergi  bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai  kawan?Mana pergi  dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil  mengesat air mata yang  sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah  masalah mu wahai  kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai  kawan.Bagiku engkau lah  model, engkaulah insan sempurna yang  memancarkan sinar Islam ke sekolah  ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau  mutiara yang kian sirna!”Marah  Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya  terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple  Im?”Soal Khairul.
“Aku  couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku  la.Dosa biar aku tanggung  sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau  masuk neraka sama dengan  aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di  atas lantai rumah  siapakah yang dia pijak sekarang.
Khairul  berlalu dari tempat itu  dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan  takdir kerana menemukan dia  dengan seorang kawan yang hipokrit seperti  Naim namun dia akur dengan  qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka  bekelahi sebentar  tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3  pasang telinga  yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar  junior perempuan  baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha  mendengar setiap  butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka  berdua.
Malang  si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang  diam  sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah   sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti   ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik   sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa   mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang   telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua   pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya   kecuali kekasih hatinya,Nisa.
Khairul,si sahabat setia ini tidak   senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia   berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang   sedang mencelanya.
“Im,senanye..Sume orang da taw ko  couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa  yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal  Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!!   Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan   aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan   aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.
“Demi  Allah..”
“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam  wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku  menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati  rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am!Musuh   Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina   hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa   ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh   aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau   kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau   Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul   dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik   tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.
Keheningan dan kesunyian  malam  itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan   Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk   tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua   dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang   mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui   apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke   tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya  menutup  lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil  untuk  dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.
Kata-kata Khairul   benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika.   Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia   dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya   akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada  lagi  ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi   kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan   menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah   di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk   menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia   gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang   pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah  Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan  keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa  dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah  Cikgu Marlina.
Awan  hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat  malu.Bukan arang yang  diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis  manusia,manusia yang  bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat  dibalas,dia hanya  tunduk terdiam.
Naim bijak dalam beragama tapi  dia gagal dalam  berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk  dan diam itu  bukanlah satu tindakan yang betul dalam  berpolitik.Tindakannya itu  sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam  erti kata lain,dia mengakui  bahawa dia sedang bercinta.
Marah  Cikgu Marlina tadi bukan sahaja  menampar Naim tapi terbias juga kepada  pasangannya, Nisa.Nisa  tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar  bahawa dia telah menarik  Naim ke lembah kebinasaan.Surat  pertamanya,surat tanda terima kasih  itu merupakan surat jemputan ke  neraka.Dia sudah sedar  segala-galanya.
Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim  itu merupakan  alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti  sesuai dengan  syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat  dilihat oleh  mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.
Cara  yang terbaik  untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda  perpisahan,  surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan  menutup segala  keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan  yang tinggi  terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya  dan mula  menulis.
Salam sayang,
Sudah hampir 5  bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah  tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh  jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda  yang mungkin buat kita menangis,
Dalam  kita asyik  mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya  dengan cinta yang  penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak  mempunyai dasar yang  kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan  cinta kita berdasarkan  iman tapi dengan iman itu kita melakukan  maksiat.Benar kita tidak pernah  berjumpa,berdating seperti remaja lain  tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang  yakin dengan  kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina  hati tapi  ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan  fail  qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati  pun  tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat  fatwa  atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita  ini  tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing   sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus   mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya   pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan   bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita   bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak   Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa   bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air   penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika   semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang   merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina  selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa
Tertitis   setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan   supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan   menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati   Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan   ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.
Surat keramat diletakkan   di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi   choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia   dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi   kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA   tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya pantas   mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia   berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan   menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan   hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan   penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia   menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke   atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung  di  akhirat nanti...
p/s : artikel ini saya baca di laman fb. diharapkan cerita ini dapat membantu teman. Saya tidak mengatakan couple itu salah atau tidak. Tetapi sebaik-baiknya cuba elakkan perkara2 yang seringkali menggoda kita apabila kita bercouple. iaitu 
4 tingkat dosa, sma ada zina tangan,telinga,mata dan yang paling sukar dielakkan ialah zina hati.. bagi yang bercouple sudah smestinya bersms, calling, video call dan sbgnya itu adalah biasa. Jadi renung2kanlah kerana susungguhnya Dunia ini hanyalah SEMENTARA.........