Friday, March 7, 2014

::RESIPI ESP::

Assalamualaikum semua.Semoga semua sentiasa sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

Ramai yang tanya Hana tentang khasiat ESP. Tak kurang ada juga yang tanya, "macam mana nak minum bagi rasa hilang soya? saya tak suka minum soya"

Bagi menjawab soalan semua yang bertanya, di sini hana nak kongsikan resipi. Thanks to Kak Ayu sebab sudi sharekan bersama.

macam ana pernah cakap sebelum ni, Hana memang mudah je minum ESP. suka rasa original die. tak nak yang manis-manis. Jadi, memang ESP + Air kosong je. :) pagi-pagi memang minum


ESP juga boleh dibancuh dengan :

1. ESP + Nestum

2. ESP + fresh milk (sedap fresh milk strawbery ^_^)

3. ESP + Nesvita 3 in 1

4. ESP + Oat (ni cepat kenyang dan sesuai untuk anda yang nak diet) 

5. ESP + kurma (rendam dulu pastu boleh blend kan sekali) - yang ni saya suke buat time sahur bulan puasa..memang marvelous ok!

6. ESP + Mealshake "oohh sedapnye, terbayang-banyanng beb!"

7. ESP + Meal shake+kurma "memang best!!" kenyang lagi2 bila nak puasa dan sangat sesuai buat ibu menyusu dan ibu hamil
8. ESP + jus buah ( lebih sedap di blend dengan buah asli seperti strawbery)

9. ESP + Tropicana Twister orange / ribena / yogurt bliss / SUSU ANMUM

10. dan banyak lagi yang anda boleh buat mengikut citarasa anda. Elakkan bancuhan bersama minuman berkafein, teh, kopi sebab ia akan menganggu penyerapan protin dalam tubuh. Rugi wooo...


TIPS BANCUHAN ESP :
" Jangan bancuh ESP dengan air panas. Jangan minum lebih 3 sudu sehari sebab ia akan memberatkan pemprosesan di dalam ginjal. Nak jimat bancuh 1sk pagi, 1sk malam"

" Seeloknya dibancuh dengan air suam, di goncang/shake dalam botol lebih sebati dan mudah larut. BOLEH GUNA AIR SEJUK peti ais.. Kalau guna sudu ia tak larut sepenuhnya dan berketul-ketul. Kurang enak lorhh" 

yang kat atas tu cara-cara nak buat bancuhan untuk nak minum ESP. ni hana nak kongsi cara nak buat Masker pula. 2 in 1. 


MASKER ESP
Ni nak share cara buat masker..  

hehee...ok..sebab ape perlu masker? Macam ni ye, kalau kita minum ia akan lengkapkan kekurangan dan kerompongan protin pada bahagian tubuh yang kritikal dulu kan? Jadi, ia lambat beri kesan pada wajah.. Sebab tu perlu masker, kulit lebih mudah serap..kesannya juga cepat..

Banyak cara nak bermasker dengan ESP ni.  

1) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt = dapat mencerahkan kulit, pudarkan parut-parut

2)  1sk ESP + 2sb Plain Yogurt + sedikit Shaklee Collagen Powder = rahsia kulit tegang. licin

3) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt + sebiji Alfalfa (pecahkan) = kecutkan jerawat, kurangkan kulit berminyak

4) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt  + sebiji Zink Complex (pecahkan) = sembuhkan luka2 jerawat, kurangkan parut hitam

5) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt + Vitamin E = pudarkan parut diwajah, cerahkan kulit


dan as a student memang hana kena berjimat. letak 1sk, dan air kosong.. kekadang tu letak air sejuk (peti ais kat umah).. kacau dan sapu.. :)


walla... jimat. tak perlu beli masker dah.. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.