Assalamualaikum wbt. UPSR makin dekat. SPM pun sama. Hana
juga tak ketinggalan kerana final exam untuk semester ni pun bakal menjelmakan
diri.
Macam mana persediaan semua? Adik-adik dah siap sedia
bekalan? Kawan-kawan dah mula belek buku dan nota-nota kuliah?
Peperiksaan memang penting. Kerana sistem pendidikan
negara kita sekarang menekankan bilangan A. Dalam 2 tahun kebelakangan ni,
sistem baru pula dah dilaksanakan. Tiada lagi PMR. Sekarang digantikan pula
dengan PBS. Penilaian Berasaskan Sekolah.
Meskipun peperiksaan tu penting. Jangan sesekali kita
lupa untuk mendidik diri supaya beradab dan berakhlak mulia. Hana tahu semua
dah berdebar. Pening memikirkan sempat ke nak study semua subjek sebelum exam
ni? Susah ke tidak exam nanti? Sempat ke nak buat latihan dan sebagainya.
Jangan risau. InsyaAllah, anda boleh melakukannya. Hari ni
Hana nak share sedikit tips yang Hana peroleh daripada mentor Hana, Master
Firdaus dan Master Kam Maria.
Mereka ini lepasan university luar negara yang bergraduat
dengan keputusan yang cemerlang. Dan kini cemerlang dalam bisnes ayam dan
Shaklee. Alhamdulillah, tumpang berbangga.
Kunci
Rahsia Pelajar Cemerlang daripada Mentor Shaklee
1.Bersyukur
dengan Nikmat Allah.
Bersyukurlah. Dengan bersyukur pada
nikmat dan pemberian Allah, insyaAllah kita akan dapati terlalu banyak
pemberiannya. Selari dengan firman Allah swt di dalam Al-Quran.
Mari sama-sama kita belajar bersyukur.
Kunci kecemerlangan hidup.
Syukur dengan nikmat kesihatan,
kemerdekaan dan peluang untuk belajar dan berjaya dalam hidup. Pelajar
cemerlang tidak akan mensiakan nikmat ini dan berusaha sebaik mungkin.
Alangkah bagusnya jika kita bersyukur,
sudah tentu semakin banyak yang kita akan dapat. Satu point penting, syukur
mudah diucapkan namun sukar dihayati. Siapa yang dapat zahirkan dengan tindakan
hingga sebati dengan tindakan mereka, tahniah! Mereka telah berjaya menjiwai
rahsia pelajar cemerlang.
Daripada sekecil-kecil nikmat sehingga
sebesar-besar pemberian. InsyaAllah, mereka akan rebut.
2.Jaga
hubungan dengan Allah SWT.
Bagaimana menjaga hubungan dengan Sang
Pencipta? Sudah tentu dengan melakukan perkara yang disukaiNya dan meninggalkan
laranganNya.
Sekiranya anda menyayangi ibu bapa, kita
akan akur dengan semua arahan mereka. Kita mahukan mereka bangga dengan
kejayaan kita. Belajar bersungguh-sungguh di sekolah dan ringan tulang menolong
di rumah.
Begitulah juga dengan Allah. Solat fardhu
di awal waktu, selalu berdoa kepadanya disaat susah dan senang. Point pertama
(bersyukur) tadi juga berkait rapat dengan jaga hubungan kepadaNya.
Setiap masa, Allah memberikan kita kasih
sayang dan rahmatNya. Setiap apa yang dimiliki termasuk kejayaan adalah dari
Allah.
Menurut perkongsian mentor kami, segala
usaha yang dilakukan untuk berjaya akan sia-sia tanpa izin dan kehendak Allah
SWT.
Ada sahaja pelajar yang bermati-matian
belajar namun masih gagal dalam peperiksaan. Namun pada masa yang sama ada pula
yang malas ke kelas, tidak buat kerja sekolah namun keputusan peperiksaan
mereka tetap cemerlang.
Kejayaan tidak dating dengan usaha kita
semata-mata, percayalah Allah SWT menetapkan sesuatu untuk kebaikan kita
sendiri.
Cuba fikir kembali, ada tak seorang yang
anda kenali, tidak solat, selalu bersuka ria dan hidup bebas namun Allah SWT
kurniakan pangkat serta kekayaan?
Hidup mereka kelihatan begitu mudah
sekali. Namun disisi lain kemungkinann nikmat yang Allah beri merupakan
istidraj. Melalaikan mereka dalam maksiat dan apabila tiba masanya Allah akan
menarik kembali semua yang ada.
Ingat. Jagalah hubungan dengan Allah
SWT. Selalulah berdoa kepadaNya. Merintihlah kepadaNya agar diberikan kejayaan
di dunia dan di akhirat. Allah Maha Mendengar. Dia pasti akan membalas dengan
kebaikan.
Semoga Allah mengurniakan kita jalan
untuk berjaya dan kejayaan itu pula mendekatkan kita dengan Sang Pencipta yang
Maha Kuasa.
Kat sini Hana serta doa-doa untuk
adik-adik dan kawan-kawan amalkan. Moga menjadi amalan harian kita ek.
3.Matlamat
hidup mesti jelas.
Dalam hidup, cuba kita perhatikan.
Persamaan hidup orang luar biasa ini terletak pada
matlamatnya. Tanpa matlamat
kita tiada fokus dan pencapaian akan biasa-biasa sahaja.
Matlamat yang jelas akan membawa kita
lebih jauh lagi umpama kapal yang berlayar di lautan berbekalkan peta yang
lengkap serta dilengkapi dengan sistem panduan satelit.
Macam mana nak buat matlamat yang bagus?
Matlamat itu mesti la SMART
a) S -Specific.
Tak terlalu umum. Contoh, “Saya nak kaya”. Tapi berapa kaya anda nak jadi untuk
kaya? Nak beli kereta. Kereta brand apa? Bila nak beli? Jadikan matlamat itu
lebih spesifik seperti ni “ Saya nak dapat 5A dalam UPSR/ 10A+ dalam SPM dan
buat ulangkaji dari sekarang” “saya nak capai PNG 4.00 semester ini. Nampak tak?
Spesifikkan. Jangan Cuma cakap “Aku nak berjaya dalam UPSR/SPM/final exam” je.
b) M -
Measurable. Boleh dipantau. Misalnya, berapa peratus topik anda telah bersedia
untuk UPSR/SPM/final exam?
c) A –
Archievable. Mampu dicapai. Matlamat tersebut mestilah logic dan munasabah. Adakah
logik untuk anda mendapat RM1 juta dalam satu hari? Jika anda ragu-ragu
bagaimana nak mencapainya.
d) R –
Realistic. Ia pernah dicapai oleh orang lain.
e) T –
Time bound. Perlu ada selang masa.
SMART ni boleh dihayati dalam semua perkara. Nak jadi
pelajar cemerlang boleh, pekerja cemerlang pun boleh. Suami dan isteri cemelang pun boleh. ^-^
Kita bersambung di bahagian ke dua pula ye nanti. Dah panjang
sangat da ni.