Wednesday, May 7, 2014

:: "5 Tips Rahsia Pelajar Cemerlang Shaklee" + 1 ::

Assalamualaikum wbt. UPSR makin dekat. SPM pun sama. Hana juga tak ketinggalan kerana final exam untuk semester ni pun bakal menjelmakan diri.

Macam mana persediaan semua? Adik-adik dah siap sedia bekalan? Kawan-kawan dah mula belek buku dan nota-nota kuliah?


Peperiksaan memang penting. Kerana sistem pendidikan negara kita sekarang menekankan bilangan A. Dalam 2 tahun kebelakangan ni, sistem baru pula dah dilaksanakan. Tiada lagi PMR. Sekarang digantikan pula dengan PBS. Penilaian Berasaskan Sekolah.

Meskipun peperiksaan tu penting. Jangan sesekali kita lupa untuk mendidik diri supaya beradab dan berakhlak mulia. Hana tahu semua dah berdebar. Pening memikirkan sempat ke nak study semua subjek sebelum exam ni? Susah ke tidak exam nanti? Sempat ke nak buat latihan dan sebagainya.

Jangan risau. InsyaAllah, anda boleh melakukannya. Hari ni Hana nak share sedikit tips yang Hana peroleh daripada mentor Hana, Master Firdaus dan Master Kam Maria.
Mereka ini lepasan university luar negara yang bergraduat dengan keputusan yang cemerlang. Dan kini cemerlang dalam bisnes ayam dan Shaklee. Alhamdulillah, tumpang berbangga.


Kunci Rahsia Pelajar Cemerlang daripada Mentor Shaklee


   1.Bersyukur dengan Nikmat Allah.
Bersyukurlah. Dengan bersyukur pada nikmat dan pemberian Allah, insyaAllah kita akan dapati terlalu banyak pemberiannya. Selari dengan firman Allah swt di dalam Al-Quran.


Mari sama-sama kita belajar bersyukur. Kunci kecemerlangan hidup.

Syukur dengan nikmat kesihatan, kemerdekaan dan peluang untuk belajar dan berjaya dalam hidup. Pelajar cemerlang tidak akan mensiakan nikmat ini dan berusaha sebaik mungkin.


Alangkah bagusnya jika kita bersyukur, sudah tentu semakin banyak yang kita akan dapat. Satu point penting, syukur mudah diucapkan namun sukar dihayati. Siapa yang dapat zahirkan dengan tindakan hingga sebati dengan tindakan mereka, tahniah! Mereka telah berjaya menjiwai rahsia pelajar cemerlang.

Daripada sekecil-kecil nikmat sehingga sebesar-besar pemberian. InsyaAllah, mereka akan rebut.


   2.Jaga hubungan dengan Allah SWT.
Bagaimana menjaga hubungan dengan Sang Pencipta? Sudah tentu dengan melakukan perkara yang disukaiNya dan meninggalkan laranganNya.

Sekiranya anda menyayangi ibu bapa, kita akan akur dengan semua arahan mereka. Kita mahukan mereka bangga dengan kejayaan kita. Belajar bersungguh-sungguh di sekolah dan ringan tulang menolong di rumah.

Begitulah juga dengan Allah. Solat fardhu di awal waktu, selalu berdoa kepadanya disaat susah dan senang. Point pertama (bersyukur) tadi juga berkait rapat dengan jaga hubungan kepadaNya.

Setiap masa, Allah memberikan kita kasih sayang dan rahmatNya. Setiap apa yang dimiliki termasuk kejayaan adalah dari Allah.

Menurut perkongsian mentor kami, segala usaha yang dilakukan untuk berjaya akan sia-sia tanpa izin dan kehendak Allah SWT.

Ada sahaja pelajar yang bermati-matian belajar namun masih gagal dalam peperiksaan. Namun pada masa yang sama ada pula yang malas ke kelas, tidak buat kerja sekolah namun keputusan peperiksaan mereka tetap cemerlang.

Kejayaan tidak dating dengan usaha kita semata-mata, percayalah Allah SWT menetapkan sesuatu untuk kebaikan kita sendiri.

Cuba fikir kembali, ada tak seorang yang anda kenali, tidak solat, selalu bersuka ria dan hidup bebas namun Allah SWT kurniakan pangkat serta kekayaan?

Hidup mereka kelihatan begitu mudah sekali. Namun disisi lain kemungkinann nikmat yang Allah beri merupakan istidraj. Melalaikan mereka dalam maksiat dan apabila tiba masanya Allah akan menarik kembali semua yang ada.

Ingat. Jagalah hubungan dengan Allah SWT. Selalulah berdoa kepadaNya. Merintihlah kepadaNya agar diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah Maha Mendengar. Dia pasti akan membalas dengan kebaikan.

Semoga Allah mengurniakan kita jalan untuk berjaya dan kejayaan itu pula mendekatkan kita dengan Sang Pencipta yang Maha Kuasa.

Kat sini Hana serta doa-doa untuk adik-adik dan kawan-kawan amalkan. Moga menjadi amalan harian kita ek.




   3.Matlamat hidup mesti jelas.
      Dalam hidup, cuba kita perhatikan. Persamaan hidup orang luar biasa ini terletak pada        
      matlamatnya. Tanpa matlamat kita tiada fokus dan pencapaian akan biasa-biasa sahaja.

Matlamat yang jelas akan membawa kita lebih jauh lagi umpama kapal yang berlayar di lautan berbekalkan peta yang lengkap serta dilengkapi dengan sistem panduan satelit.

Macam mana nak buat matlamat yang bagus? Matlamat itu mesti la SMART
a)    S -Specific. Tak terlalu umum. Contoh, “Saya nak kaya”. Tapi berapa kaya anda nak jadi untuk kaya? Nak beli kereta. Kereta brand apa? Bila nak beli? Jadikan matlamat itu lebih spesifik seperti ni “ Saya nak dapat 5A dalam UPSR/ 10A+ dalam SPM dan buat ulangkaji dari sekarang” “saya nak capai PNG 4.00 semester ini. Nampak tak? Spesifikkan. Jangan Cuma cakap “Aku nak berjaya dalam UPSR/SPM/final exam” je.

b)    M - Measurable. Boleh dipantau. Misalnya, berapa peratus topik anda telah bersedia untuk UPSR/SPM/final exam?

c)    AArchievable. Mampu dicapai. Matlamat tersebut mestilah logic dan munasabah. Adakah logik untuk anda mendapat RM1 juta dalam satu hari? Jika anda ragu-ragu bagaimana nak mencapainya.

d)    RRealistic. Ia pernah dicapai oleh orang lain.

e)    TTime bound. Perlu ada selang masa.

SMART ni boleh dihayati dalam semua perkara. Nak jadi pelajar cemerlang boleh, pekerja cemerlang pun boleh. Suami dan isteri cemelang pun boleh. ^-^

Kita bersambung di bahagian ke dua pula ye nanti. Dah panjang sangat da ni.



No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...