Wednesday, May 7, 2014

:: 24 jam : Apa yang anda lakukan? ::

Assalamualaikum semua. Semua apa khabaq?Sihat, alhamdulillah.

ada yang whatsapp saya. Suka dia tengok saya. walaupun kulit muka tak putih cerah tapi sedap mata memandang. Penangan Shaklee ke? Siap tanya saya lagi amik set apa.

Alhamdulillah. T.kasih. mungkin Shaklee salah satu penyumbangnya. Namun, segalanya Allah yang beri.

Busy.
Semua orang busy. Setiap orang mempunyai had masa selama 24 jam sehari.
Tidak ada yang lebih mahupun kurang.

Semua telah dibahagikan sama rata. mungkin jangka masa bagi siang dan malam yang dikatakan sedikit berbeza. Namun, jika dilihat kembali meskipun ini berbeza Allah telah aturkan yang terbaik.



Allah tu Maha Adil kan?


24 jam sehari?
Apa yang anda lakukan dengan masa yang anda ada?

24 jam sehari saya bahagikan masa antara kerja, tanggungjawab sebagai student dan juga bisnes. bertindan-tindan kerja itu ini. tetapi saya sentiasa cuba lakukan dengan sebaik mungkin. :) dan semenjak saya terlibat dalam bidang ini, banyak yang saya belajar dari mentor-mentor yang jauh lagi berpengalaman.

dan setiap hari,saya cuba untuk lakukan at least satu kebaikan. InsyaAllah, moga terus istiqamah.


aku yang dulu bukanlah yang sekarang...

kalau dulu, saya selalu rasa penat dan mahu mengalah. tapi kini saya menjadi mereka yang membantu 'saya yang dulu' menjadi seorang yang bermotivasi dan bersemangat. Dari seorang yang dikatakan agak pemalu menjadi seorang yang mampu bergaul dengan orang lain.

bermotivasi. Yup. yang ini memang tak boleh disangkal lagi. hehe.. sehinggakan anak-anak murid saya di sekolah pun terjebak sekali. Setiap orang mempunyai kisah lama masing-masing kan? tetapi jangan biarkan sejarah atau pengalaman lalu menghantui diri kita tapi jadikan ia sebagai satu pengajaran dalam 'mengangkat' diri kita kepada yang lebih baik.

dan mungkin kepada mereka yang senang melihat saya sebab saya adalah seorang yang sangat suka senyum. no matter what happen. Yes, SMILE. kita ini hidup berTuhan jadi kenapa tak mahu senyum.Senyum kan sedekah.

dalam hidup, kita usahakan untuk mempermudahkan urusan orang.
InsyaAllah, kita mudahkan orang Allah akan mempermudahkan urusan kita. dan yang paling penting, cari ketenangan dengan lebih mendekatkan diri kepadaNya melalui amalam-amalan rohani seperti zikir, solat sunat dan puasa sunat.

Cari-cari tambah bekalan pahala untuk di sana nanti.

Senang jer nak cari pahala. Tak caya? jom  tengok kat bawah ni..


Bantu orang dapat pahala.
Buang halangan di jalan pun dapat pahala.
Senyum pun dapat pahala.
Tengok Al-Quran pun dapat pahala apatah lagi kalau baca dan faham maksudnya.
Tengok muka mak ayah.
Tengok muka isteri/suami.
Mudahkan urusan orang lain.
Cuci surau atau masjid.
Jaga kebersihan bersama.

Mudahkan nak dapat pahala? banyak sebenarnya. Kalau hana nak listkan kat sini, memang sampai bila-bila pun tak habis. Allah ni Maha Pemurah. Banyak pintu peluang yang Dia bagi kepada kita.

dan bayangkan dalam 24 jam. berapa banyak pahala yang dapat kita kumpul jika kita benar-benar mahu.
seolah berguni-guni dan penuh lori-lori yang penuh dengan pahala amalan yang telah kita lakukan.

pahala tak nampak..ada murid pernah tanya saya

"cikgu kata kalau saya tolong cikgu dapat pahala. Takde pun"saya *senyum.

jiwa anak kecil adalah jiwa yang paling jujur. bersih.

betul pahala tak nampak dengan mata kasar.

Ini adalah rahsia Allah yang hanya dapat kita ketahui di sana nanti. Bayangkan kalau semua orang nampak tabung bekalan pahala dan dosa macam mana, sudah tentu dunia ni sunyi.. sebab semua orang sibuk membuat kebaikan dan kebajikan.

Allah juga berikan kelebihan kepada kita umat Nabi Muhammad. semuanya atas diri kita. Jadi, ayuh sama-sama kita merebut peluang dalam menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa.


catatan: jika anda merasakan entry ini bermanfaat, anda boleh tekan like dan share untuk sebarkan manfaat kepada semua. Terima kasih kerana sudi baca di sini. Moga Allah sayang, moga Allah redha.




No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...