Thursday, July 31, 2014

:: #1 A Productive Muslim ::

Bangun saja dari tidur, mulakan dengan rasa syukur.
Alhamdulillah kita masih lagi diberi masa untuk koreksi diri dan jadi insan yang lebih teratur.

Islam itu cukup cantik. Islam cara hidup terbaik.

Solat.Peransang Motivasi
Seawal pagi,kita mulakan hari dengan solat Subuh sebagai perangsang motivasi.
Berdoalah, minta pada Ilahi agar hari ini lebih 'berisi'.
Biar Malaikat di bahu Kanan lebih penat mencatat berbanding Malaikat di bahu Kiri.


Pilihan itu sentiasa ada. Pilih satu antara dua. Meniti jalan ke syurga ataupun ke neraka. Jalan itu cuma ada dua. Pilihlah yang mana anda suka. Begitu juga dalam kehidupan. Kita mempunyai banyak pilihan. Jadi kita pilihlah. Pilih yang terbaik! Yang membawa kepada keredhaan dan membawa kasih sayangnya.. begitu juga dengan bangun pagi. Cuba fikirkan. 


Mereka yang bangun subuh adalah manusia HEBAT. Mereka yang dapat solat subuh berjemaah adalah PALING HEBAT dalam kalangan yang HEBAT. They live in EXTRAORDINARY LIFE. 

Lelaki yang dapat solat subuh berjemaah, surely a macho man dan menjadi calon menantu pilihan mak-mak.


We can choose, nak hidup biasa-biasa atau luar biasa. andai hidup biasa-biasa, maka hasilnya pun biasa-biasa. Jika anda hidup secara luar biasa, hasilnya Daboomm LUAR BIASA. In life cuba tanamkan dalam diri to do the BEST in everything we had. Paling tidak jika kita aiming for the stars paling tidak kita akan jatuh ke awan. But if we dont aiming on anything. Memang berpijak kepada bumi la. Jangan nangis bila ada yang dah naik ke awan or bulan. Kita yang pilih.

Like my mentor in MFMS secret group always said
 " Fake it until you make it"



Mulakan hari ini dengan ceria.
Seceria burung yang berkicau dan terbang bertebaran untuk mencari rezeki dalam zikir tak henti.
Selamat Hari Indah!



A few tips to share:
credit to: MFR Studio


Wednesday, July 30, 2014

:: Syawal di sini dan di sana ::

Assalamualaikum semua.
dan salam Aidil Fitri juga buat semua. Rasanya belum terlewat lagi untuk Hana ucapkan untuk semua.

macam mana dengan sambutan semua? meriah alhamdulillah. Syukur Allah masih berikan kita peluang untuk sama-sama kita merayakan Aidil Fitri ini dengan aman.bersama keluarga dan sahabat handai.

Raya tahun ni alhamdulillah, meriah.. meskipun tak cukup korum (tak cukup semua).
mula-mula rasa sedih juga tetapi bila fikirkan ada juga famili yang sama macam Hana..jadi senyum balik. Patutnya Hana memang kena bersyukur. sebab masih lagi boleh sambut raya dengan aman.
Betul tak? *dush2 belasah diri.


Bersyukur
Banyak benda yang perlu bersyukur sebenarnya dalam kita menyambut raya ini.
Sedih bila lihat saudara-saudara kita di Gaza. Ya Allah.. Kau selamatkanlah mereka.
selalu juga timbul rasa di hati? bagaimana sambutan raya di sana? Bagaimana solat raya? juadah raya?
adakah makanan untuk mereka? Luka mereka..sakit mereka... bagaimana?





This is a little sketch that show the REAL situations on what had happening in Gaza. #PrayForGaza


Jadi, dikesempatan ini Hana nak minta kita semua doakan untuk saudara kita. keluarga kita.

Doa jangan henti kerana itulah peluru. Peluru yang ditujukan kepada Israel dan ke atas Israel supaya mereka dan segala usaha mereka untuk menzalimi rakyat Gaza dihancurkan.

Allah lebih tahu. Ayuh kita doa, derma dan ambil tahu.. Ambil tahu. Itu yang paling penting.

baiklah. cukup sini dlu. Jumpa lagi!

Tuesday, July 22, 2014

:: Life = service = joy ::

Assalamualaikum wbt. apa khabar semua? semoga sentiasa sihat selalu dibawah rahmatNya.

Bagaimana dengan momentum 10 malam akhir Ramadhan? Semoga makin bertambah power. dah boleh masuk gear 4 rasanya. untuk pecutan terakhir. Tak ada speed trap untuk memecut mencari malam lailatul Qadar

Pertama sekali Hana nak minta maaf sebab lama tak update blog. hehe *bajet femes je.

Kalau nak dikatakan kekangan dan halangan bagi Hana tu semua macam alasan. Jadi, Hana nak minta maaf pada semua. No more hidup di PULAU ALASAN. Tapi hakikat sebenarnya memang sangat busy. 24 jam yang Allah beri tu cuba dimanfaatkan sepenuhnya.

24 Jam

Kebiasaannya dari jam 6.30 pagi hingga 2.30 petang masih lagi berstatus seorang guru. Sehinggalah sampai ke kampus. Terus tukar status jadi anak didik. Masuk meeting seminar 2.30-4.30petang dan kekadang tu berjumpa lecturer atas urusan-urusan lain seperti kelas. Dan kekadang perbincangan sehingga ke malam hari selepas terawikh.

Fuh.. memang padat. dah masuk tahap nafas-nafas ikan. Ada juga rasa macam penatnya..letihnya...
tapi bila difikirkan balik "Allah bagi kesihatan dan kuat tubuh badan, tak kan hang nak duduk dan baring-baring je?" go out. Make service. Bahagiakan orang lain. Nescaya diri akan bahagia. Thats my prinsip.






dan selalunya di sekolah, memang tak lekat di tempat duduk. Pelbagai aktiviti yang dibuat. nanti Hana akan kongsikan dengan semua. Mana tahu kalau ada cikgu-cikgu yang nak mencari idea untuk menjalankan program di sekolah nanti. sekarang pun tengah berlangsung Minggu Matematik di sekolah. Ini pun Hana akan kongsikan nanti.



Kuasa senyuman

Dan setiap pagi, kebiasaan setiap kali punch card senyuman dilontarkan. Senyum dan bagi salam. Itu yang mak dan ayah ajar selama ini. Hormati yang tua.

Hana percaya kuasa senyuman. The power of giving. and smile..Setiap hari yang Hana mulakan dengan senyuman rasa sekejap je berlalu dan semua perkara menjadi mudah. Biarpun hakikatnya jadual amat padat. Dan hampir setiap hari, akak dan staf di pejabat akan tanya "awak sahur apa pagi tadi? Semangat (bertenaga) sangat je tengok"

hehe. Alhamdulillah, dari awal Ramadhan hingga kini. ESP menjadi juadah sahur yang setia. Yup. Hana hanya bangun dan minum ESP. cuma kekadang ubah selera dengan masuk susu coklat. Lagi semangat minumnya. :) Perut rasa ringan tetapi badan rasa bertenaga. Pergi sekolah panjat sana, panjat sini. Cat sana, cat sini. sampaikan ada ustaz tegur "Awak nak tolong catkan satu sekolah ke?"

hehe. untuk keceriaan sekolah. Sekolah yang ceria membangkitkan semangat murid.


Baiklah. sampai di sini dulu coretan Hana. Nak bersiap untuk iftar terakhir di balai Islam. Selamat berbuka semua.





Tuesday, July 15, 2014

:: [ Siapa Nak? ] ::

Saya nak bagi buku ni PERCUMA.


Rahsia Bagaimana Seorang Engineer Buat Sales RM1 juta..
Dalam Tempoh 9 Bulan Sahaja !!

Yang BESTnya :
===========

Beliau tak minat bisnes dan tak yakin boleh buat bisnes.
Memang tak pernah berbisnes hatta menjual sebatang pen pun.

“ Malu la nak bisnes.. Seganlah..
Nanti kalau buat bisnes tak jadi macam mana?
Ada ke orang nak beli nanti? ”

Namun selepas 6 bulan berbisnes beliau terpaksa berhenti kerja.
Untuk FOKUS kepada bisnes beliau yang dah tak menang tangan.

Yang TERBAIKnya:
==============

Beliau buat sales Rm 1 juta tanpa perlu kedai.. hanya di rumah. Semuanya dilakukan oleh beliau sendiri, suami isteri.. tiada pekerja.Tugas khidmat pelanggan.. order.. semuanya dilakukan secara online..Dari PM sampai ke Whatsapp !!

Dan lagi BEST bisnes beliau meletop TANPA kos iklan..

"ZERO COST MARKETING"

Saya amat tertarik dengan BUKU ini kerana;

1. Kisah kejayaan diceritakan dari mula.. from Zero to Hero dalam Bisnes..Memberi gambaran sebenar kepada mereka yang nak berbisnes.
2. Banyak resepi-resepi kejayaan yang amat berharga didedahkan mereka..
3. Gaya penulisan yang santai dan penuh motivasi.

Rahsia ini diceritakan oleh suami beliau. Satu persatu..
Saya amat mengkagumi kisah beliau kerana beliau belajar bisnes dari bawah. Bermula dengan impian beliau untuk bekerja dari rumah.

Bisnes beliau makin berkembang dan pelanggan bertambah. Bisnes beliau menjadi lebih mudah bila tahu caranya.
Akhirnya beliau jatuh cinta dengan bisnes online !!

Setiap keputusan dan usaha yang mereka lakukan 100% pergantungannya kepada Allah SWT.

---

Alhamdulillah, Allah SWT telah mempertemukan saya dengan mereka suami isteri dan kumpulan bisnes mereka yang hebat ini.

Terasa seperti lama sudah bersahabat walaupun kali pertama bersua-muka. Mereka sungguh mesra dan tidak berkira berkongsi ILMU bisnes. Mereka nak bukan mereka sahaja yang berjaya, TETAPI seluruh anak bangsa ini turut berjaya dalam bisnes.

Syukur !! Semua ini adalah atas pertolongan Allah SWT yang mengaturkan setiap perjalanan REZEKI hamba-hambanya.

Terima kasih sangat-sangat kepada insan mulia ini yang mengorbankan masa dan duitnya untuk menghasilkan buku ini dan memberi hak kepada saya untuk memberikannya percuma kepada sesiapa yang memerlukannya.

Semoga Allah merahmati mereka.

---

RUGI tak baca :
===========

RUGI kalau anda masih belum dapat membacanya..
SERIUS !! saya belum jumpa lagi buku yang ditulis sebegini..
Rasanya belum ada lagi orang yang tulis buku macam nie !!

“Kisah pengalaman sebenar seorang Usahawan yang terpaksa FULL TIME bisnes”
- SORRY BOSS !! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA -

---

Saya baru dimakluman buku ini munkin tidak lagi akan diberikan percuma selepas ini..

Untuk pengetahuan rakan-rakan, ebook ini sudahpun dibaca oleh 15 000 orang semenjak ianya dilancarkan.

Ada yang terus PRINT untuk lebih mudah dibaca !!
"Nak bagi anak-anak BACA", katanya.

Anda juga boleh dapatkan secara PERCUMA !!
=================================

Jika anda tidak keberatan saya pohon supaya anda ‘share’ buku ini supaya lebih ramai lagi yang dapat mengambil manfaat darinya.

Saya akan emailkan kepada anda buku ini selepas itu.

Share sebanyak mungkin untuk bantu orang lain dapat PERCUMA juga sebelum ia dikenakan harga.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik rakan-rakan sekalian.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.”
(Riwayat al-Baihaqi)

-----

Sila Like, Share dan Komen :

“ Saya Nak FREE dan hantarkan ke emel saya (emel_anda.com)”
atau anda boleh terus PM saya nama dan email anda.

Dan saya akan hantarkannya PERCUMA !!

Cepat !! Grab it while it's FREE.

-----

Ikhlas,
Hana Farhana

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...