Tuesday, July 22, 2014

:: Life = service = joy ::

Assalamualaikum wbt. apa khabar semua? semoga sentiasa sihat selalu dibawah rahmatNya.

Bagaimana dengan momentum 10 malam akhir Ramadhan? Semoga makin bertambah power. dah boleh masuk gear 4 rasanya. untuk pecutan terakhir. Tak ada speed trap untuk memecut mencari malam lailatul Qadar

Pertama sekali Hana nak minta maaf sebab lama tak update blog. hehe *bajet femes je.

Kalau nak dikatakan kekangan dan halangan bagi Hana tu semua macam alasan. Jadi, Hana nak minta maaf pada semua. No more hidup di PULAU ALASAN. Tapi hakikat sebenarnya memang sangat busy. 24 jam yang Allah beri tu cuba dimanfaatkan sepenuhnya.

24 Jam

Kebiasaannya dari jam 6.30 pagi hingga 2.30 petang masih lagi berstatus seorang guru. Sehinggalah sampai ke kampus. Terus tukar status jadi anak didik. Masuk meeting seminar 2.30-4.30petang dan kekadang tu berjumpa lecturer atas urusan-urusan lain seperti kelas. Dan kekadang perbincangan sehingga ke malam hari selepas terawikh.

Fuh.. memang padat. dah masuk tahap nafas-nafas ikan. Ada juga rasa macam penatnya..letihnya...
tapi bila difikirkan balik "Allah bagi kesihatan dan kuat tubuh badan, tak kan hang nak duduk dan baring-baring je?" go out. Make service. Bahagiakan orang lain. Nescaya diri akan bahagia. Thats my prinsip.






dan selalunya di sekolah, memang tak lekat di tempat duduk. Pelbagai aktiviti yang dibuat. nanti Hana akan kongsikan dengan semua. Mana tahu kalau ada cikgu-cikgu yang nak mencari idea untuk menjalankan program di sekolah nanti. sekarang pun tengah berlangsung Minggu Matematik di sekolah. Ini pun Hana akan kongsikan nanti.



Kuasa senyuman

Dan setiap pagi, kebiasaan setiap kali punch card senyuman dilontarkan. Senyum dan bagi salam. Itu yang mak dan ayah ajar selama ini. Hormati yang tua.

Hana percaya kuasa senyuman. The power of giving. and smile..Setiap hari yang Hana mulakan dengan senyuman rasa sekejap je berlalu dan semua perkara menjadi mudah. Biarpun hakikatnya jadual amat padat. Dan hampir setiap hari, akak dan staf di pejabat akan tanya "awak sahur apa pagi tadi? Semangat (bertenaga) sangat je tengok"

hehe. Alhamdulillah, dari awal Ramadhan hingga kini. ESP menjadi juadah sahur yang setia. Yup. Hana hanya bangun dan minum ESP. cuma kekadang ubah selera dengan masuk susu coklat. Lagi semangat minumnya. :) Perut rasa ringan tetapi badan rasa bertenaga. Pergi sekolah panjat sana, panjat sini. Cat sana, cat sini. sampaikan ada ustaz tegur "Awak nak tolong catkan satu sekolah ke?"

hehe. untuk keceriaan sekolah. Sekolah yang ceria membangkitkan semangat murid.


Baiklah. sampai di sini dulu coretan Hana. Nak bersiap untuk iftar terakhir di balai Islam. Selamat berbuka semua.





No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...