Saturday, October 25, 2014

Resipi : Jeruk Pelam Asam Boi senang dan sedap

Assalamualaikum semua.Semoga semua pembaca blog ni sentiasa dirahmati Allah.

Sebelum tu Hana nak tanya, siapa pernah makan jeruk pelam asam boi? Tak pun jeruk mangga muda asam boi yang tengah viral sekaranng ni.. meletop-letop..  Tengok ramai yang up kat FB. Teringin. Serius terliur. ramai juga yang jual tapi malas nak beli. Bila beli mesti kena tunggu barang sampai dulu kan? Betul tak? So, buat sendiri je mudah. Lagi laju la makan. Boleh makan sampai puas. hehe.

Kebetulan pula rumah memang ada pokok mempelam. Dah berbuah pula tu. Banyak bakti pokok ni pada famili. Tak pernah takde buah. Bila berbuah ibarat macam nak makan petik je. Petang tadi, masa tolong mak masak makan malam, sesajer je sembang dengan abang. Tetibe je abang cakap, "teringin nak makan jeruk pelam asam boi.. Rumah kita ada dak asam boi?" . Selaku adik yang memang teringin juga nak makan laju jer cakap "Ada-ada, tapi yang serbuk la. sama tak?"

"Boleh ja"
"Ok set. Abang kait buah. satgi kakak buat" (3 beradik : Abang, akak, adik)

Maka, bermulalah.. keje godek-godek pak cik Google. Cari resipi. Ada tengok sana sini. Last-last mak cakap, anak murid mak ada bagi resipi. Excited bukan main lagi. *sengih-sengih

Tunggu punya tunggu last-last abang masuk bawa bakul. Fuh.. ni bukan 4 biji ni. Ni dah 14 biji (*maaf hiperbola jap). Ada la dalam 10 biji kut dalam bakul tu. "Ni nak buat semua ka?". "Boleh ja, akak buat pastu simpan dalam peti"

Memang pesta la. Terima kasih abang. Semoga sentiasa panjang umur murah rezeki. Mempelam kami bulat-bulat dan kecik sedikit.  Jadi, bermulalah..


Resipi nak buat jeruk ni senang jer. Ni resipi yang buat semalam. Boleh buat terus kalau ada bahan-bahan. Ni pun men campak-campak sesedap rasa. Nak sedap lagi. Letak lebih sikit asam boi.

8 Buah mempelam (mangga muda) 
sepaket Asam boi/ Asam Ko ( serbuk punya)
8 sudu gula 
Garam secubit (sikit je ni)

Ni jer bahan-bahan.




Buah mempelam dipotong-potong. Boleh sesuka hati nak macam mana. Ni Hana buat ikut sedap nak masuk dalam mulut nanti. Tak kira dah sama bentuk or saiz. Janji rasa tak berubah. Dah potong, basuh dan toskan air. letak dalam besen/ bekas


Letakkan gula. Pastu gaul-gaul sesuka rasa. :)




Selepas itu, masukkan pula asam ko/asam boi. Terserah yang mana suka. *inipun guna yang mana ada




Jadi la lebih kurang nampak macam ni la nanti. Nak sedap tambah lebih asam ko.
Ikut citarasa masing-masing ni.




Last sekali, potong cili padi sikit. supaya ada kick bila makan. nak pedas-pedas lebihkan cili. Tapi cili padi ni fuh, 2 biji je da terangkat. dan akhir sekali gaul-gaul lah sampai semua sebati. Senang jer kan?


Dah gaul sebati semua, selepas itu masuklah dalam peti lebih kurang 3-4 jam. Nak sejuk lagi, lama lagi la simpan. Makan sejuk-sejuk memang sedap.. Tapi semalam nak makan tak dan dan (tak sabar) maka setengah jam je dalam peti pun layankan je. Masuk mulut kunyah same je sedapnya. 

Oh ya. lupa nak pesan. Nak buat jeruk ni TAK PAYAH LETAK or TAMBAH AIR. Sebab nanti gula ni akan cair. Automatik akan berair jeruk ni.  Memang sedap kalau makan dengan air die. 


Malam ni jer, da berapa kali refill bekas. Last-last stop juga sebab dah tengah malam, nak masuk tidur.



Kepada yang nak mencuba, selamat mencuba!!



Ok. Nanti Hana nak share resipi lain pula. Cuti-cuti ni memang fefeeling masak-masak.
Thats why I love home and holidays...

Friday, October 24, 2014

Doa Akhir Tahun

Assalamualaikum..

Di sini saya nak kongsikan doa akhir tahun beserta terjemahannya..

InsyaAllah, semoga bermanfaat

Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum..

Saya doakan semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah..

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan.

Salam Maal Hijrah 1436 H.

Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah yg berpanjangan buat kita,

Semoga segala amalan kita pada tahun ini diterima Allah,

Semoga tahun baru ini lebih baik dan diberkatiNya.

Mohon ampun dan maaf atas segala tingkah laku, tutur kata dan kesilapan yg telah saya lakukan..

Selesai bacaan DOA akhir tahun, maghrib nanti kita sama-sama membaca doa awal tahun. InsyaAllah, moga Allah sentiasa merahmati kita semua...

Make A Difference

From A School Principal's speech at a graduation......

He said "The Doctor wants his child to become a doctor.........
the Engineer wants his child to become an engineer......
The Businessman wants his ward to become CEO.....
BUT a teacher also wants his child to become one of them, as well..!!!!
Nobody wants to become a teacher BY CHOICE" ....

Very sad but that's the truth.....!!!


The dinner guests were sitting around the table discussing life.

One man, a CEO, decided to explain the problem with education. He argued, "What's a kid going to learn from someone who decided his best option in life was to become only a teacher?"

To stress his point he said to another guest;
"You're a teacher, Mrs Sharma. Be honest. What do you make?"

Teacher Mrs Sharma, who had a reputation for honesty and frankness replied, "You want to know what I make?
(She paused for a second, then began...)

"Well, I make kids work harder than they ever thought they could.
I make a C+ feel like the Congressional Medal of Honor winner.
I make kids sit through 40 minutes of class time when their parents can't make them sit for 5 min. without an I- Pod, Game Cube or movie rental.

You want to know what I make?
(She paused again and looked at each and every person at the table)
I make kids wonder.
I make them question.
I make them apologize and mean it.
I make them have respect and take responsibility for their actions.
I teach them how to write and then I make them write.

Keyboarding isn't everything.
I make them read, read, read.
I make them show all their work in math.
They use their God given brain, not the man-made calculator.
I make my students from other countries learn everything they need to know about India while preserving their unique cultural identity.
I make my classroom a place where all my students feel safe.

Finally, I make them understand that if they use the gifts they
were given, work hard, and follow their hearts, they can succeed in life.

(Mrs Sharma paused one last time and then continued.)

Then, when people try to judge me by what I make, with me knowing money isn't everything, I can hold my head up high and pay no attention because they are ignorant. You want to know what I make.

I MAKE A DIFFERENCE IN ALL YOUR LIVES, EDUCATING KIDS AND PREPARING THEM TO BECOME CEO's, AND DOCTORS AND ENGINEERS..........


What do you make Mr. CEO?
His jaw dropped; he went silent.

Thursday, October 9, 2014

Jatuh Cinta

Assalamualaikum semua. Lama dah tak menulis di sini. Minggu nak hantar tesis kajian tindakan begini lah..
Makan tak kenyang. Tidur tak lena.. nasib baik mandi basah.. kalau tak? entah la. haha.

HUJUNG MINGGU DATANG LAGI!!!!

Petang ni take break sekejap sambil online dan jejalan di alam maya.. Nak jalan-jalan kat luar ni takde kereta dan nak hujan pula. Jadi, jalan-jalan depan laptop adalah yang paling jimat. Bajet gitu.. *maaf la akhir-akhir sem ni begini la.

Petang-petang ni, tiba-tiba saya jatuh cinta. Jatuh cinta pandang pertama. Love at first sight bak kata orang putih.. *wink..wink..

Bukan sahaja comel, tapi mampu membuatkan awak-awak semua ternganga dengan apa yang dia akan buat..
Tak caye?? boleh tengok video ni..



Macam mana? Ternganga tak?
Ok.. boleh tutup mulut balik.. ^_^

Sunday, October 5, 2014

Hari Raya Eidul Adha

Assalamualaikum semua.

Di kesempatan ini, hana nak ucapkan Selamat hari Raya. Mohon maaf atas segala kesilapan yang sama ada sengaja, tak sengaja.. Gurauan yang terkadang tak kena masa..

Begitulah.. Manusia biasa. Tak kan pernah kita terlepas dari silap dan salah.

K2. Nak gi beraya ni..

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...