Saturday, November 7, 2015

Take5 : Tak2 "Biar Slow, Jangan Stop"

Assalamualaikum semua..

Penatnya hari ini. 
Paperwork bertingkat-tingkat perlu settlekan  bagi projek akhir dan awal tahun depan.
Kertas ujian berbundle-bundle perlu disemak.
Perlu buat itu. Perlu buat ini.. Stress..stress....
* Antara dialog dalam bilik guru..

Realiti kehidupan guru sekarang tak sama seperti dahulu. Kini, pelbagai sistem online dan tugas-tugas lain yang terpaksa dilaksanakan. Sehinggakan jika leka dalam menguruskannya mampu buatkan tugas hakiki terjejas juga la. MENGAJAR & MENDIDIK. Ini tugas hakiki seorang guru. So far, alhamdulillah.. masih lagi mampu multi-tasking. Walaupun orang cakap cepat tua sebab multi-tasking.. haha.. entahla siapa yang cakap ni.


Sebagai manusia biasa, lumrah lah ada saat di mana kita jatuh.. tetapi jatuh itu tak bermakna kita perlu dibawah selama-lamanya.. Kita perlu segera bangun. dan KEEP ON MOVING.....
Alhamdulillah, syukur. I have a very supportive family, friends and even my teacher/ lecturers..
The reason why I'm still able to walk with a smile..Is because I know I always have them .

so...


Motivasi Hari ni
"Biar slow jangan stop"
............
Mungkin ini boleh bantu anda.



KUNCI KEJAYAAN


1. NAK
Bila hati NAK pasti boleh... Bila taknak kita akan cari ALASAN ! Bila kita NAK kita pasti FOKUS!
Jadi, dipendekkan cerita tekadkan dalam hati. Apa yang kita nak..


2. MENTALITI
Mentaliti tercabar jika adanya cabaran ! Lumrah hidup memang tidak akan sunyi daripada cabaran. Tetapi janganlah baru jatuh skit mula dah mengalah.... Mentaliti kena kuat! Anggap itu smua cubaan, ujian, dugaan...dan COBAAN.. ^_^ . Semua berlaku dengan izin Allah. Mungkin ada hikmahnya.


3.  FOKUS
R - Reticular
A - Activating
S   - System
Set apa yg kita NAK bukan apa yg kita TaK  NAK!

4. MATLAMAT yang jelas.
Ini penting sebab ini yang push factor.. Setkan apa yang anda nak dalam matlamat anda Jika boleh spesifikkan... Contoh : Nak pergi melacong ke China bulan Mac 2016 nanti, jadi perlu simpan RM 200 setiap bulan mulai sekarang. (tentukan ikut tempoh masa yang logik la)

5. MENTOR
Ini untuk guide kita..Dalam apa perkara kita buat better ada mentor. Supaya tidaklah kita terlanggar terhantuk dinding baru nak belajar. Lagipun dengan mentor kita dapat banyak ilmu dan pengalaman. Jadi insyaAllah boleh pergi jauh. My Mentor is my mom, my family...

6. MESTI !
Ini banyak main peranan.Tukarkan kata-kata NAK kepada MESTI ! Saya nak .....
Tukar..... Jadikan. >>>> Saya mesti siapkan kerja ini pada harini. Sebab apa kata-kata yang baik, Allah dengar...

7. STRATEGY -
Belajar untuk bina strategy yang cemerlang dengan orang berjaya.. Jadi tidak perlu try & error banyak kali...Di sini la kita dapat minta bantuan mentor.
Kalau Hana, siap ada checklist... what to do and backup pan if things dont work like i want.. haha

8. EMOSI
This is the biggest challenges. Jadi kan semua kutukan sebagai PEMBAKAR diri! Ini sebenarnya a fight with yourself.

9. BERANI - MESTI ada impian yg jelas dan besar. Kalau boleh, tulis impian besar-besar. Hana tampal-tampal gambar ja.. sebab impian nak travel satu dunia... :D

10. ILMU
and ofcourse, this is a must. Kerana tanpa ILMU anda tak akan berjaya.



Thats all for now....

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...