Hi semua. Lama sungguh rasanya tidak mencoret disini. Kekangan masa kerana perlu utamakan komitmen terhadap anak murid dan diri dahulu. Sekejap sahaja masa berlalu apabila jadual dan hari minggu dipenuhi dengan aktiviti dan program-program sekolah..
Awal seminggu Hana maklumkan sebelum Pdpc dijalankan untuk mereka membuat "Fruit Salad". Ternyata hampir setiap hari mereka akan bertanya "Esok ka Miss bawa fruit?"
and my answer will always be "No my dear, On Friday ok".
And this kept repeated until Thursday.
Jadi bermulalah..
Penyediaan Fruit Salad.
Topic : FRESH FRUIT
ENGLISH YEAR 3
Sesi awalnya Hana mulakan dengan berbual mengenai nama-nama buah. dan apa yang dapat mereka lihat . Selitkan adjektif juga. Alhamdulillah, mereka dapat menyatakan adjektif dari segi colour, size dan juga shape.
Mereka membawa sendiri buah-buahan. Minggu lepas lagi mereka sudah membahagikan tugas dan siapa bawa apa dan buah apa. Dah pandai da semuanya. Tak perlu Miss mereka ni arahkan lagi.
Disaat semua mengeluarkan buah-buahan masing-masing dan letakkan di dalam pinggan. Hana keluarkan buah strawberry dan anggur. Semua memandang Hana seakan singa lapar. haha. Takut juga waktu itu.
Masing-masing excited . Semasa demo pun semua diam saja. Happy pula Miss diorang. Kan best kalau selalu begini. Meresap masuk ilmu ke dalam dada awak semua lebih mudah. :)
Ada beberapa murid yang volunteer untuk menjadi ketua dan membantu kumpulan memotong buah-buahan.
Rasa macam polis pula meronda sekeliling kelas sambil memerhatikan murid. Sebagai langkah berjaga-jaga tetapi lebih santai. Memberikan kepercayaan kepada mereka. Supaya lebih yakin diri.
Alif membantu rakan kumpulan memotong buah-buahan kumpulan mereka. Tak sabar nak makan sehingga tak dapat tunggu papan pemotong sampai.. Terus potong-potong atas pinggan kertas.
Iqbal. Pengalaman pertama memotong buah. awal itu potong sesuka hati saja. Lepas Hana tunjukkan cara memotong yang betul, dia cakap Thank you Miss. Nanti saya nak tolong mak saya la me. Help mom cooking.
Berbunga-bunga hati Miss..
Alhamdulillah. They are confident to use English. Walaupun sepatah dua, Miss dah excited rasa nak melompat ja. Mission bakal accomplished sepenuhnya hujung tahun ini. InsyaAllah..
The girls. Tunjukkan kreativiti potong guna sudu. Takut katanya nak guna pisau. Jadi, Miss tak paksa. Yang penting masih dapat dimakan.
Marc dan Irfan. Best friend. Marc masih kekal diam dari tahun 1hingga sekarang. Bagaimana pula Miss nak tackle hati Marc ni? Buah hati Miss sebab kerja yang selalu kemas dan selalu memahami arahan dengan baik.
Damien dan kumpulannya. Nampak kemahiran disitu. Mungkin kerana pengalamannya terpaksa menyediakan makanan sendiri setiap hari sebelum ke sekolah.
and last but not least, Miss diorang.
Danny siap cakap.
"Miss nampak gemuk pakai baju ini. "
"Memang la Miss gemuk."
"Mana ada Miss gemuk. Miss slim. Baju ni baju angin."
hahahaha.. baju angin kamu kata. Gara-gara kain ringan. Jadi angin masuk dan kembungkan.. hahaha. Logik ke teori ni?
by the way, Thank you sebab cakap Miss slim.
Seriously I'm going to miss you guys next year.