MENGUAP CARA ISLAM
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari) Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." (Riwayat Imam Muslim) Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi) Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi) Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin: 1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat. 3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah". Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap. Wallahu a'lam
—5 people like this.
|
Merantau banyak menjadikan diriku kenal alam ciptaanNya dan lebih mendekatkanku dengan yang Maha Pencipta. Dan mengajarku erti tawakal..
Wednesday, March 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas
Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...
-
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini.. Saya doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan d...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan. Pertama sekali, ...
-
Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma? The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *y...
No comments:
Post a Comment