Saturday, October 13, 2012

:: Cerita kelakar pagi sabtu.

Assalamualaikum semua. sihat? alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada pagi ini. Pagi ini sebenarnya  saya nak kongsikan cerita yang kelakar tapi benar.


GF dan BF

Gf : "hai syg..buat pe tu ? Dh makan ?"

Bf : "hai dear .. Belum makan lgi..lapar la.. :( "

Gf : "alah kesiannya.! Kenapa tak makan lgi ?"

Bf : "penat lah syg .. Kalau you ada kan best..boleh masakkan utk i.."

Gf : (tersipu malu..)"tu lah..kesian you..:'(

Mak : "Kesian...kesian !" aku yang duduk 1 rumah dgn kau ni tak penah plak nk tanya aku dh makan ke belum." "Pegi basuh pinggan mangkuk kat dapur tu! Pemalas betol."

Generasi masa kini...

hehe.. realiti kan? cube angkat tangan sape yang pernah macam ni? eh,eh, ada yang macam nak angkat tangan tapi malu2 pula.. takpe. you dont have to be shy. Kelakar kan cerita ni. :D

tapi cuba kita tengok ,inilah realitinya, kita banyak mengambil berat akan bf/gf kita berbanding dengan orang yang dekat dengan diri kita, kita sms/call gf/bf kita berkali-kali dalam sehari tetapi berapa kali kita call mak,ayah, adik, abang, kakak?? kira-kira.. Cukup tak sebelah tangan. Kalau tak, cubalah muhasabah diri. Itu belum dikira berapa kali kita mengingati dia berbanding Dia yang Maha Esa dalam sehari.

Selalu kita dengar,
[penafian]





 "tapi kami dah berjanji nak kahwin nanti, da bertunang pun. Salah ke mesej-mesej macam ni, nak jumpa selalu tak bley. agipun kan tak baik selalu keluar berdua-duaan. Kami nak Allah meredhai perhubungan kami sehingga ke syurga sana.."








alhamdulillah, bagus niat itu. tapi sedarkah kita bahawa Allah itu suka dan cinta kepada kita bila mana ibu bapa kita cinta dan sayang akan kita, tapi bayangkan macam mana kalau ibu bapa dapat tahu anaknya lebih banyak bertanyakan khabar orang yang belum tentu status halal bagi dirinya. Sedangkan dia hanya menelefon/ sms sebulan sekali dua. Pasti sedihkan??  Marilah sama-sama kita muhasabahkan diri.

Bagi saya, bercinta itu tidak salah, bermesej itu tak salah tapi jangan ada melampaui batas. Jaga batas dan syarak. Islam itu indah. =D





Ya, memang dia cintakan kita dan ingin berkahwin dengan kita. Tapi cuba seimbangkan. Jangan terlalu menjaga dia sehingga terlupa Dia yang lebih Besar dan keluarga..





Nasihat dari temanku,


nak didik AKAL, kita perlu TAHU. 
mari, lengkapkan diri dengan ilmu!

nak didik HATI, kita mesti MAHU.
mari, sentiasa berniat untuk melakukan amalan kebaikan!

nak didik NAFSU, kita harus MAMPU. 
mari, kuatkan semangat untuk melawan diri sendiri!
...and that's the biggest challenge...




#cintaitusuci.jangannodaiiadenganmaksiatdandosa.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...