Tuesday, October 2, 2012

:: sedekah ::

Assalammualaikum wbt. Apa khabar semua? Harap smuanya sihat.kalau sihat kita ucapkan alhamdulillah, kalau tak sihat, ucapkanlah juga alhamdulillah kerana Allah memberikan peluang kepada kita untuk membersihkan diri dari dosa dan supaya kita rasa dekat denganNya.

sebenarnya nak kongsikan satu cerita tetapi rasanya elok lah semua baca sendiri di sini. [link].
tersentap jiwa. titisan air panas mula mencari jalan keluar.

sedekah itu amal jariah. tak perlu banyak. mungkin sebagai student kita tak mampu buat macam ni, sebab duit yang ada sekarang pun sekadar mencukupi. kekadang tak perlu banyak biarlah sedikit namun dengan hati yang ikhlas. Bantulah yang termampu.

pesan seorang sahabat:
 fafa, semua yang kita ada adalah pinjaman daripada Allah, jangan pernah sombong atau kedekut.kalau ada yang meminta pertolongan, bantulah yang terdaya. jangan marah atau benci. Guna nikmat ni untuk bantu orang. :) [dia tersenyum]


bila terkenang kata sahabat, hati diruntun rindu. banyak nasihat-nasihatnya yang saya jadikan pegangan dan pedoman.

ya, siapalah kita untuk berbangga diri, untuk berasa sombong, untuk berasa marah dengan yang lain. Semua yang kita ada adalah milikNya. Gunakanlah tenaga yang ada untuk membantu yang lain. bantu ibu bapa, teman-teman dan mereka yang memerlukan pertolonganmu. Jangan pernah mengeluh. Niatkan kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan.


Sungguh, saya berasa senang andai ada yang meminta pertolongan. Tak pernah rasa ini menyusahkan. :) saya rasa bahagia dapat membantu. biarpun tak pernah meluahkan bahagia itu kecuali sekarang ;p dan kepada best teman eva. EFEO. lagipun, tenaga yang saya ada Allah yang punya. sehinggakan bila tidak ada yang meminta, saya yang pergi mencari. :) sebabnya hati saya perlukan pengisian.


No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...