Friday, March 7, 2014

::RESIPI ESP::

Assalamualaikum semua.Semoga semua sentiasa sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

Ramai yang tanya Hana tentang khasiat ESP. Tak kurang ada juga yang tanya, "macam mana nak minum bagi rasa hilang soya? saya tak suka minum soya"

Bagi menjawab soalan semua yang bertanya, di sini hana nak kongsikan resipi. Thanks to Kak Ayu sebab sudi sharekan bersama.

macam ana pernah cakap sebelum ni, Hana memang mudah je minum ESP. suka rasa original die. tak nak yang manis-manis. Jadi, memang ESP + Air kosong je. :) pagi-pagi memang minum


ESP juga boleh dibancuh dengan :

1. ESP + Nestum

2. ESP + fresh milk (sedap fresh milk strawbery ^_^)

3. ESP + Nesvita 3 in 1

4. ESP + Oat (ni cepat kenyang dan sesuai untuk anda yang nak diet) 

5. ESP + kurma (rendam dulu pastu boleh blend kan sekali) - yang ni saya suke buat time sahur bulan puasa..memang marvelous ok!

6. ESP + Mealshake "oohh sedapnye, terbayang-banyanng beb!"

7. ESP + Meal shake+kurma "memang best!!" kenyang lagi2 bila nak puasa dan sangat sesuai buat ibu menyusu dan ibu hamil
8. ESP + jus buah ( lebih sedap di blend dengan buah asli seperti strawbery)

9. ESP + Tropicana Twister orange / ribena / yogurt bliss / SUSU ANMUM

10. dan banyak lagi yang anda boleh buat mengikut citarasa anda. Elakkan bancuhan bersama minuman berkafein, teh, kopi sebab ia akan menganggu penyerapan protin dalam tubuh. Rugi wooo...


TIPS BANCUHAN ESP :
" Jangan bancuh ESP dengan air panas. Jangan minum lebih 3 sudu sehari sebab ia akan memberatkan pemprosesan di dalam ginjal. Nak jimat bancuh 1sk pagi, 1sk malam"

" Seeloknya dibancuh dengan air suam, di goncang/shake dalam botol lebih sebati dan mudah larut. BOLEH GUNA AIR SEJUK peti ais.. Kalau guna sudu ia tak larut sepenuhnya dan berketul-ketul. Kurang enak lorhh" 

yang kat atas tu cara-cara nak buat bancuhan untuk nak minum ESP. ni hana nak kongsi cara nak buat Masker pula. 2 in 1. 


MASKER ESP
Ni nak share cara buat masker..  

hehee...ok..sebab ape perlu masker? Macam ni ye, kalau kita minum ia akan lengkapkan kekurangan dan kerompongan protin pada bahagian tubuh yang kritikal dulu kan? Jadi, ia lambat beri kesan pada wajah.. Sebab tu perlu masker, kulit lebih mudah serap..kesannya juga cepat..

Banyak cara nak bermasker dengan ESP ni.  

1) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt = dapat mencerahkan kulit, pudarkan parut-parut

2)  1sk ESP + 2sb Plain Yogurt + sedikit Shaklee Collagen Powder = rahsia kulit tegang. licin

3) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt + sebiji Alfalfa (pecahkan) = kecutkan jerawat, kurangkan kulit berminyak

4) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt  + sebiji Zink Complex (pecahkan) = sembuhkan luka2 jerawat, kurangkan parut hitam

5) 1sk ESP + 2sb Plain Yogurt + Vitamin E = pudarkan parut diwajah, cerahkan kulit


dan as a student memang hana kena berjimat. letak 1sk, dan air kosong.. kekadang tu letak air sejuk (peti ais kat umah).. kacau dan sapu.. :)


walla... jimat. tak perlu beli masker dah.. 


:: Kini Bukan lagi Rahsia::

assalamualaikum semua..
semoga semua sentiasa sihat dan dilindungi Allah..

lama rasanya tak singgah ke sini.
Banyak tanggungjawab dan komitmen lain yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

pejam, celik, pejam celik.. dah masuk minggu ke 7 Hana berpraktikum. 5 minggu lagi tinggal. Masih ada berbaki 3 projek yang perlu bantu pihak sekolah laksanakan. Mural sekolah, papan matematik dan papan English dan juga anjurkan minggu Matematik nanti.

Awal-awal lagi GB dah beritahu, bahawa perkhemahan unit beruniform akan diadakan sebelum kami habis praktikum. Jadi, 1 lagi projek. CAMPING dengan anak-anak murid tersayang..

Minggu ni banyak perkara yang berlaku dan perlu dilakukan. Kantin sekolah pun kadang-kadang ada kesempatan untuk hadir mengisi perut. "Tahan ke? tak lapar ke? " ramai juga yang bertanya. Alhamdulillah, tak pernah rasa lapar yang sampai tak tertahan.

"macam mana macam tu pula?" hehe.. hana ada rahsianya..
jadi, hari ni Hana kongsikan dengan semua sebab ramai juga yang bertanya terutama rakan seIPG

jeng..jeng.. inilah rahsianya...

hehe

sebenarnya bukanlah rahsia pun. tetapi ini lah yang hana amik setiap pagi.
pagi-pagi jam 6.30-6.40 dah turun dari tingkat 3 hostel ke kereta untuk bertolak pergi sekolah. Baliknya pula tak tentu kejap awal, kejapnya 5 petang dan ada juga hari yang sampai 6 petang. fuh.. memang penat kalau dengar cerita macam ni. Tapi dalam satu cara yang lain, I have fun. Exhausted but fun. Mungkin sebab banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh. dan jawapan yang mudah. SAYA MEMANG NAK JADI CIKGU.. :D minat..minat..

jadi, setiap pagi hana akan tuang ESP siap-siap dalam bekas untuk shake2 nanti. dan sebotol air kosong. Sampai je sekolah, punch in dan duduk di meja bilik guru..

shake2 dulu... hehe.. :) sampaikan ada juga yang mengusik "bancuh susu anak ke cikgu?" hehe..
dah hampir setiap pagi, shake dan minum ESP di sekolah gara-gara tak sempat nak breakfast di bilik..
_________________________________________________________

[Cinta Pertamaku]
ESP Shaklee ni memang minuman wajib hana untuk ganti breakfast. Tak sempat nak pergi kantin sebab sekolah mula 7.30pagi. Hana ni memang hantu soya. Jadi, memang sedap giler.. kekadang tu rasa macam nak minum 2-3 kali. tapi tak boleh lebih-lebih.. 2-3 sudu saja sehari. Kalau tak, risau bebankan buah pinggang kita. Sebab teruk dia nak proses. Alhamdulillah, hana memang suka minum air kosong banyak.

sebenarnya hana minum ESP ni untuk kesihatan je, dan ganti breakfast sebab tak sempat nak duduk dan bancuh air cicah biskut kering pagi-pagi.. hehe.. tapi bila ada yang tegur muka nampak lain. berseri dah skit. dulu kusam jer.. hana pun mula cari tentang produk ni.

mula-mula ingatkan kawan-kawan saja-saja mengusik. tetapi bila ada 2-3 orang lecturer yang tegur, terus berbunga-bunga hati dan makin cinta pada ESP. :) InsyaAllah, semoga masalah kulit dan tona kulit dapat diselesaikan. Ikhtiar guna ESP.

banyak manfaat ESP ni..boleh tengok kat sini. Hana ada kongsikan tentang manfaat dan cara amik ESP.

sekarang ni ESP tengah ada PROMO.
jarang-jarang ESP ada promo.. kena rebut ni... :)

kena rebut ni... :)
Hana sebagai pengguna ESP memang dah rasai kesannya. BEST sangat.

Kepada kawan-kawan atau sesiapa yang nak join bisnes ni, inilah masanya anda rebut peluang promo ESP inilah sebabnya:


1) Beli 6 percuma 1 ESP yang bernilai RM 150 harga retail price.

2) Dapat free membership yang bernilai RM 65

3) Dapat bonus lagi hasil dari pembelian 6 ESP
4) Dan kalau anda memang niat bisnes...
jual balik ESP yang anda beli tu, dapat untung runcit.

kepada yang terfikir nak join Shaklee inilah masanya!! Especially untuk peminat ESP macam saya.. 

boleh suggest kepada family/kawan2 yang masih tercari2 supplement yang baik..

jika terdapat sebarang soalan atau nak dapatkan maklumat lanjut, 
boleh pm saya di FB atau whatsapp 019-4025851

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...