Cuti tinggal berapa hari saja lagi.. Kemudian akan balik ke negeri penyu kesukaan ku. eh, kesukaan ke.. Kesayangan.. Yup. I love it. dan orang-orang Terengganu (Roomate,Klassmates, deskmates). Jadual bakal dipenuhi dengan timbunan kerja dan tugasan. Perlu bersedia kesihatan jasmani dan mental
InsyaAllah, akan gunakan masa yang berbaki untuk laksanakan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Alhamdulillah, baru-baru ini sudah laksanakan satu. AJK Seminar. Terima kasih kepada co-partner yang banyak membantu. Kalau nak harapkan Hana seorang memang tak menang tangan la jawabnya.. Terima kasih banyak-banyak... ^_^
Baru-baru ni ada yang bertanya Hana.. "Ana mesti stress kan dengan keje PKU lagi, AJK lagi, lecturer lagi, Puan M lagi, Encik itu suruh ini. Mesti penat. Apa la sian ana". dan Hana senyum..
Jujur. Tanggungjawab dan amanah itu berat. Namun, insyaAllah mampu digalas. Dulu, Hana pernah bertanya sahabat yang belajar di luar negara. Seorang yang setiasa mempunyai tugasan dan jawatan namun masih mampu menjadi pelajar cemerlang serta dikenali semua. Soalan yang sama.
"ko tak penat ke? Jadi wakil pelajar lagi... Tolong kawan lagi. berpersatuan lagi. usrah lagi.."
dan jawapan jujur daripada mereka >>>
Jawatan/kerja itu memang berat apabila .....
- Apabila perlu mendapatkan kerjasama ramai orang untuk lakukan sesuatu. Tetapi tak berhasil
- Apabila ada yang meletakkan harapan kepada kita untuk lakukan sebaik mungkin. Tetapi tidak mendapat sokongan yang lain.
- Apabila ada mengharapkan kita untuk melakukan sesuatu yang kekadang tidak mungkin dapat dicapai oleh kita.
- Apabila ada yang mengharapkan kita untuk melakukan sesuatu membantu mereka
- Apabila ada yang meminta diluar kemampuan kita
tapi Jawatan/kerja itu ringan apabila....
- Niat kerana Allah.
- Kita laksanakan dengan cara yang betul. Tak melanggar undang-undang/peraturan
- Buat sebaik mungkin dengan kemampuan yang ada.
- dan yang paling memudahkan ialah apabila ada kerjasama..
- Masing-masing buat kerja. InsyaAllah, semua jadi mudah.
- Jangan buat sorang-sorang. Minta tolong daripada kawan.
Kawan tak nak tolong. Tak nak bantu. Tak nak kongsi masalah. Tinggalkan... Time ni baru kita kenal siapa kawan yang intan. Siapa yang permata. Banyak-banyak meminta pertolongan daripada Allah, insyaAllah, Dia tak pernah mengecewakan..
dan yang paling penting :
- Urus masa
- Solat di awal waktu
- Banyakkan membaca Al-Quran
- Zikirullah
- Hormati ibu bapa - contact selalu tanya khabar, balik ziarah
- Bersahabat - jalinkan silaraturrahim
- Hormati guru/pensyarah
Sebenarnya Hana sendiri turut merasai apa yang mereka rasa. Betapa 'beratnya' tugas itu. But I try to work it all out.. Bukannya susah nak susah, dan bukannya mudah nak mudah. InsyaAllah, kalau buat benda baik takkan rugi. Lagipun siapa tak suka kebaikan, syaitan je kut yang benci orang buat baik.. hehe
ok lah. Dah nak masuk waktu . salam maghrib semua. Jom sama-sama baca surah Al-Kahfi