Tuesday, January 24, 2012

:: Aku 'baik'.. Bersangka baik ::

Assalammualaikum wbt..

jari jemari ingin melepaskan rindu untuk mencoret di sini lagi.hehehe.. semalam peluang untuk sama-sama dengan adik berada di pondok tidak disia-siakan. Piknik? jauh sekali. sesekali mata kami berpandangan ke arah padang permainan yang berhampiran. dan kebetulan ternampak sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki dan seorang perempuan melalui padang. mulut ini laju saja terkata "Ish.ish, budak-budak zaman sekarang. nak kapel pun jaga-jaga la pergaulan tu.." lantas adik menambah "terkepit-kepit comey ka?" Hehehe, tersenyum simpul saya melihat telatah dia. adik ku..adikku..

tiba-tiba teringat pula kata seorang sahabat, bersangka baik itu serendah-rendah ukhwah tau.  Rindu pula pada arwah. kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya.

Al-Fatihah

Masa perkenalan kami meskipun singkat tetapi sangat bermakna. Pada mulanya memang susah nak menerima apa-apa darinya especially when it comes to advices. A naughty boy that always play truant but seriously a genius dan sedikit gila-gila. Nobody will believes if its all depend on first impression. And then after a year of treasure friendship, we became best friend. Closer than every one thought. :) Yup. seriously everybody was curious on how i manage to actually become best friend to him. He is a difficult one to close unless to beautiful girls. hehe..(i'm not included)

and there the idea of why not.. yes why not? i give him a chance. his advices is not bad at all. and all those things of bersangka baik is filling up my medulla oblongata. and maybe he can help me with my homeworks after this. nampak sangat i'm opportunist :P  Tetapi, frankly speaking walaupun serendah-rendah ukhwah itu adalah bersangka baik tapi sebenarnya bukan senang nak dipraktikkan oleh org ramai. marilah sama-sama beringat utk saling bersangka baik!


ini saya ingin kongsikan sedikit tips.

Tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga. InsyaALLAH.

tidak rugi untuk berbaik sangka


p/s : Sorry, terpanjang plak. thats what happened when i write in BM. full sentence :P .
semoga bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...