Assalammualaikum wbt.
Indahnya pagi ini. Subhanallah.
Pagi ini hari keja. Keseorangan di rumah namun tak kesunyian kerana adanya 'kotak gambar'
[TV] yang banyak cerita menarik.
Pagi ni juga dapat mesej dari adik. " wtpe?" p la study nu..
Study? hehe.. maaf la dik. nak rest puas-puas dulu kat umah. Nanti akak balik sana akak study la..
kekadang adik lebih rajin daripada kami tiga beradik. Agak segan
[malu] apabila selalunya dia lebih pandai dariku.
InsyaAllah, study akan study. Final Exam makin dekat. Hati mana yang tak gundah. Cuma masa di rumah ini adalah masa untuk menenangkan jiwa, bermesra dan bermanja dengan mak ayah adik-beradik. Tolong mereka selagi masih ada masa. Nanti dah balik sana dah tak boley usik-mengusik..
[jangan jeles ea adik]
Berbalik kepada post yang agak kontroversi. Cinta? LOve? Pyar?
Semua nih bawa maksud yang sama kan? tapi bagi saya selain cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, adik-beradik, saya lebih selesa bercinta dengan buku dahulu buat masa ini. Zaujahku akan tiba satu hari nanti. Percaya pada Jodoh ketentuanNya...
I love you selalu jea jadi ungkapan buat pasangan kekasih. tetapi pernahkah kita mengucapkannya atau tunjukkannya kepada Dia, Allah yang Esa? Kekasih kita belai,manja dan cinta sepenuhnya tapi Allah? Islam? Renungkanlah....
Pepatah :
Janganlah kamu memberi sepenuh hati kepada manusia/benda kerana ditakuti satu hari nanti hati itu akan patah. Berilah kepada Dia kerana nescaya dirimu akan lebih bahagia..........
“Fall in love when you’re ready, not when you’re lonely.” -
Aiman Azlan-