Thursday, May 3, 2012

:: kelmarin, semalam dan kini ::

Assalammualaikum wbt..

lama sangat rasanya tak menjenguk ke sini.nak dikatakan sibuk, semua orang ada masa 24 jam tak kurang dan lebih. Mungkin jua saya masih lagi tak mahir dengan pengurusan masa. [bab update-mengupdate blog].

Sebenarnya satu kampus terputus bekalan elektrik. Gara-gara transformer meletup. selepas itu bekalan air juga mula menunjukkan tanda-tanda akan terhenti. Ya Allah, bimbang sangat. macam mana la nak ke kuliah nnt, baju tak ter'iron' bleh diterima. tapi kalau tak ada air. MashaAllah..

Semua ini betul-betul menduga diri. Tindakan pantas pihak pengurusan akhirnya membolehkan kami mendapatkan bekalan elektrik dengan penggunaan generator. Masa itu dengan mengejar tarikh akhir menghantar assignment. Laptop? Printer? Handphone? Semuanya diguna dan dicatu sebaiknya..

bukannya apa sebab sumber untuk mengecas semua ini hanya di TELTRAC [bangunan English student] yg sangat jauh kalau nak diusung semuanya ke hulu ke hilir setiap hari. Kuliah tak dibatalkan. Semua yang mengharapkan agar pengarah isytihar cuti tak dapat. Sebab masalah ini hanya dapat dibaiki paling lama sebulan.

Ya Allah, ujian ini sangat menduga T_T...

Namun, alhamdulillah. Kini keadaan da kembali seperti biasa. apa-apapun Tahniah kepada semua kerana mampu bersabar dan yang paling tak dilupakan adalah kepimpinan pelajar , JPP [termasuk rumate sy].. Tahniah kerana dapat menenangkan semua. SYABAS !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.