Wednesday, May 30, 2012

:: BFTJ : Sahabat Sejati ::

Assalammualaikum wbt..

ini sedikit bingkisan buat semua.

Sahabat sejati. 

Ramai yang mencari. 

 mencari sahabat sejati. 

Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.


Jika dilemparkan pertanyaan kepada saya: 
“Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?”


Saya akan menjawab dengan mudah: “Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”
Yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah.
Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. 
Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. 
Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.

Namun, mencari sahabat sejati, tidak ramai yang menjumpainya.

Mengapa?

Kerana pertamanya, kita sendiri tidak berusaha menjadi sahabat sejati kepada yang lainnya.

Oleh itu, hargailah sahabatmu dengan berusahalah menjadi sahabat yang diingini terlebih dahulu. tak salah berkorban sedikit untuk melihat senyumannya..

lagipun senyuman sahabat itu tidak ternilai harganya apatah lagi jika dia tersenyum kerana kita~ ^-^


terima kasih Allah kerana mengurniakan seorang sahabat. moga ukhwah ini mendapat keredhaanMu dan panjangkanlah persahabatan kami sehingga ke syurga nanti. Ameen..

ni lah orangnya. comey tak? kalau comey sila komen. =P hehe


2 comments:

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...