Wednesday, October 14, 2015

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1437

 Allahu...
Kita hidup digunung, merindukan pantai. 
Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? 
Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. 
Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. 
Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. 
Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. 
Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki...

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki...

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki...

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? 
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar...
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun...
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, 
maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk...

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil
.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan, 
harta, anak pinak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan...

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki...
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki...
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki...
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki...
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara,
apa yang kita dan miliki hargailah ia....

Jauhilah sifat riyak dan sombong, ujub, dengan apa yg kita miliki... 
Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur... 
Alhamdulillah...

Tunaikanlah kewajipan dan hak kita kpd Allah...


Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1437

Marilah kita sama2 berhijrah dari baik ke arah yang lebih baik dalam mencari keredhaan Allah, diumpamakn dunia sudah makin menghampiri penghujung waktu Asar dalam menuju waktu Maghrib(Khiamat) bersedialah kita dengan bekalan yang secukupnya..




Tuesday, October 13, 2015

Aku rindu

Dari kejauhan, aku merindu..
Sebagaimana rindunya pokok-pokok pada hujan,
Rindunya tanah pada air
Rindunya perantau pada kampung halaman
Rindunya anak pada kedua ibu bapa

Ya. aku rindu.
Rindu seorang hamba kepada Penciptanya... Allah..
Dia sentiasa ada. Sentiasa dekat.
Moga bukan aku yg menjauh....


Subhanallah.indahnya langit pagi..



‪#‎catatancikguhana


13 Oktober 2015 

Ya Allah, ampunilah segala dosa ibu bapaku, peliharakanlah kesejahteraan dan kesihatan mereka, kurniakan mereka kenikmatan dan kekuatan dalam beribadat kepadaMu..

Ya Allah, ampunilah segala dosa guruku, pensyarahkku dan mereka yang menyampaikan ilmu kepadaku, jadikanlah ilmu yang disampaikan membuatkan aku lebih mengenaliMu dan dapat membantu yang lain...


Ya Allah, ampunilah segala dosa mereka yang pernah membantu diri ini sedari aku kecil hingga dewasa. dan ampunilah dosa arwah atuk dan nenekku, arwah guru-guruku, sahabat-sahabatku yang lebih dahulu dipanggil bertemu denganMu... Tempatkan mereka bersama golongan yang beriman. Temukan kami dalam syurgaMu..


selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.
aamin..

Monday, October 12, 2015

If you cannot fight them, join and win their heart..

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, settle sudah penganjuran ASAT Peringkat Negeri Sarawak. Hari ini hanya Majlis Penutupan melibatkan semua kontijen yang dijalankan di SK Kelawit.. Nanti Hana akan updatekan tentang ini.

Bila pagi ini, sambil membantu mengemas kembali peralatan,
someone said this

"Budak sesi petang nakal-nakal kan.. kalau ni mesti bising la diorang...
Taknak ke pindah ke sesi pagi?" Senang sikit..


Saya hanya tersenyum..
and i replied..
"Nama pun budak-budak. Kalau tak berlari tak menjerit tak complete la hidup diorang..*ketawa kecil. Kalau diarahkan mengajar sesi pagi saya ikut sahaja, tetapi kalau boleh saya masih sukakan sesi petang..."




If you cannot fight them, join them.. And win their heart.. 
" LOVEwhat you do, and you'll find satisfaction...

Their cute faces and actions make me realize that once I was a kid. With a happy thought, jumping here, running there, playing with friends... and now i'm the one who


"haip..haip.. dont make to much noise please... Or else Mr Crab is coming on its way" hahaha

Wearing shawl from @shawl_milala ..

Friday, October 9, 2015

Antara Kerja dan Passion

Assalamualaikum semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

Kebiasaannya hari Jumaat adalah hari yang sentiasa dinantikan. Terutamanya bagi mereka yang masih bekerja pada hari Jumaat. Kerana hari esoknya ialah Sabtu. Which means weekend is coming.dan bolehlah meluangkan masa santai-santai dan berehat.


Tapi bulan Oktober ini tiada istilah weekend bagi Hana. Tak dapat la nak bermalas-malasan dan manjakan diri dengan hobi.

Tapi bila difikirkan semula,(having a deep thought). its ok. Paling tidak I have something to do during the weekend. Tak adalah masa habis begitu sahaja, Walaupun realitinya setiap kali weekend sama sahaja dengan aktiviti hari minggu. Cuma tidak perlu hadir ke sekolah dan mengajar. In fact, i cant wait for next monday to come. To meet my dearest adorable kids.

Sempena bulan Kokurikulum, Daerah Tatau menjadi tuan rumah bagi Karnival Anugerah Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Sarawak... Jadi, anda pasti dapat bayangkan betapa sibuknya kami.


Bila terlalu banyak kerja dan perkara yang perlu dilakukan. Ada feeling rasa penat dan mahu berehat.

Duduk sekejap. Tarik nafas dan pejamkan mata.
bayangkan the happiest moment.. A memorable one.
and relax.. Enjoy the moment...



You can really feel it. 
Calmness and a strength that will actually helps you feels better..


Open your eyes. And continue your work.

Ok. Perlu siapkan persiapan untuk penganjuran public speaking sekolah menengah esok. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah...

Akan diupdate lagi. ^_^



 








Thursday, October 8, 2015

Stop & Take 5! Simple Tips to a LOVELY day


Maafkan

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah..

Minggu ini jadual agak padat. Its finally come to a phase where you are working seven days a week.
Luckily I still can manage. walaupun begitu, still rasa a short break amat-amat diperlukan. Biarpun hanya sehari agar dapat bermalas-malasan manjakan diri.. hahaha..


Minggu ini boleh dikatakan hampir setiap hari ada perjumpaan/ mesyuarat. Disebabkan sekolah mempunyai dua sesi, jadi kebanyakan guru yang terlibat meeting pada waktu petang terpaksa meninggalkan kelas dengan memberi kerja dan sebaliknya pula bagi guru pagi.

Bagi murid tahap 1, semestinya waktu ketiadaan guru la waktu untuk mereka 'bersenam'. Bersenam daripada kaki, tangan sehinggalah suara.  ^_^ Untuk hari semalam, boleh dikatakan hampir semua guru petang terlibat dengan meeting. Hanya tinggal 3 orang guru di bilik guru. Sebagai guru yang mengajar di kelas waktu itu semestinya akan membantu untuk mengawal disiplin murid.

Dipendekkan cerita, Hana mengajar di kelas sebelah kelas Hana sendiri. Anak-anak 1C memang terkenal dengan kenakalan mereka. Sehinggakan semua guru yang masuk akan menceritakan kenakalan mereka. Jadi semalam, dengar bunyi yang sangat bising dari 1C. Sebaik sahaja berikan latihan kepada kelas Hana mengajar, hana pergi ke sebelah. Time itu kononnya nak masuk mengajar dan berikan kerja , they stand up and greet me.

"Good Afternoon Miss"

The class are quiet.
And there I stood up at the door, watching every one of them.

dan Hana tanya,
"Why are you playing and making so much noise?"

"No miss"...
"I..I..... borrow the chair.. " (yang mana maksud mereka adalah menyusun kerusi)

Betulkan kesilapan mereka dengan explainkan borrow = pinjam. arrange= susun.
so I said dont push and drag the chair. so, I show them how to up and lift the chair..  Up and lift. Up and lift.. ( actions dan body language amat-amat perlu untuk fahamkan mereka, dan rythm help them a lot. They love songs).

Disebabkan ada yang menangis dan terluka kerana terlanggar meja semasa bermain. Maka bebelan bermula... selalunya mereka tahu bila Miss bercakap full in English tanpa explainkan maksud, Miss tengah marah.. Sebaik habis membebel (sorry kids), masuk semula ke kelas sebelah. Semasa berbincang soalan, nampak seorang demi seorang anak-anak 1C keluar dan berada betul-betul di hadapan kelas 1B. Masing-masing bertolak-bertolak untuk seorang ke hadapan dan bercakap dengan Miss..


dan selalunya Damien menjadi wakil mereka semua. Lawrence akan mengikut di belakang.

"What are you doing here?" ... They stood quietly...

"Why are you coming here? This is not your class."


dan Damien masuk, "Excuse me Miss... Kami nak minta maaf..."

"Maaf.. Whats that?" (sambil berpura-pura tak faham. saja nak lihat vocabulary mereka)..

"I am sorry miss"...... sambil mukanya lihat ke bawah.

"Why?"

"kami noise" (mungkin refer kepada make noise).
dalam hati, tersenyum.. alahai kamu. its ok. at least you try..

"Ok.. Next time dont make noise ok. If there's no teacher, do your own work.. buat kerja sendiri ok? You are big already. Big boys and girls dont make noise."
sambil Hana lihat kepada mereka yang lain masih setia berdiri di hadapan pintu.

"Ok miss" they shout out aloud.

"Ok. You can go back to your class. And..dont make noise. "
dalam hati, at least kamu tahu kesilapan kamu.. dan mencuba bercakap bahasa Inggeris. Yang mana dulu adalah sukar sekali nak mendengar mereka bercakap. Selalunya bahasa yang didengar ialah Iban. Tersenyum di dalam hati.


Tetapi belum sempat Hana sambung berbincang soalan... Terdengar ..........

"Maafkan kami..maafkan kami...
"Maafkan kami...maafkan kami...
tet net net tet ne... (mengikut irama lagu)

Jadi, terpaksa melangkah ke 1C semula. dan berpesan dengan sedikit lagi bebelan.. sekejap saja kali ini....


haiii.. kids. Ada masanya boleh buat orang menyinga, tetapi ada masanya they can make you melt...
^_^










Saturday, October 3, 2015

I love you..

Assalamualaikum semua. May Allah bless all of you with happiness and good health...

Beberapa minggu yang lepas, agak pack dengan pelbagai aktiviti dan program. Dan sebagai seorang guru Tahap 1, tak kan terlepas daripada melakukan saringan LINUS.

Untuk pengetahuan semua., LINUS stands for Literasi dan Numerasi. Penilaian kemahiran bagi murid Tahap 1.Linus ni hanya melibatkan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.. Disebabkan Hana mengajar Matematik Tahun 2 dan Tahun 3 serta Bahasa Inggeris Tahun 1, jadi Hana perlu uji kesemua murid. yang mana keseluruhan murid LINUS ialah 95 orang. hahaha..

Hanya guru yang melakukan saringan Linus akan memahami kenapa hana ketawa...

Murid Tahun 1 Hana agak susah sedikit apabila diajar dalam Bahasa Inggeris, sebab Bahasa Melayu mereka masih lagi huru-hara untuk cikgu cuba fahamkan. Jadi, Hana mengambil pendekatan untuk mengajarkan murid terlebih dahulu.. dan memanggil mereka untuk dinilai.

Kadang-kadang pening juga kepala cikgu. Memikirkan bagaimana untuk membantu murid. Dengan kekangan masa dan tugas, serta silibus yang perlu dihabiskan.. Terkial-kial juga la Hana sebenarnya..

Masa di dalam kelas semalam. Hana cuba mengajar murid untuk memahami ayat dan cuba melengkapkan semula ayat dengan betul. Bagi ayat 1-3, semua bagus..semangat mereka membaca. Ulang membaca dan dapat memilih jawapan yang betul. Selalunya apabila mengajar, semestinya banyak body language untuk pastikan mereka faham.. Drilling helps them to understand the sentences. Tetapi apabila sampai ayat ke-4, hanya beberapa murid sahaja yang ikut membaca. Yang lain hanya senyum menampakkan baris gigi masing-masing..


ok..."Tak faham ke maksud teacher? " monolog dalam hati. Kemudian Hana cuba meminta mereka untuk ikut apa yang Hana cakap..

"Ok.. if Miss says I love you... "Do you love me?.... semua hanya terdiam..

Haish.. tak mungkin murid tak faham balasku dalam hati. Kemudian, cepat-cepat buat heart shape dengan menggunakan tangan.

"ok class, what is this?"



"LOVE"...

"Ok.. good.. yes.. "
So, if Miss says I love you... Do you love me?"

They burst into laugh... a big one..

Tergaru juga kepada Miss yang tak gatal..Bila ditanya mengapa mereka ketawa. Mereka senyum dan ketawa lagi.Jadi Hana ulang sekali lagi cuma kali ini Hana cakap kepada Damien, murid di barisan hadapan, "I love you".. Do you love me?


dan guess what?
"Miss mana boleh love saya. Kena tunggu saya besar dulu la... "

"Kenapa pula?"

"Indai (emak) saya cakap kena habis sekolah dulu... baru boleh love"


hahahaha.. dan Hana ketawa besar. Rupanya bagi anak-anak ini LOVE tu hanya mereka tahu cinta. Perasaan suka antara lelaki dan perempuan.. Jadi, Pdp berakhir dengan Hana menerangkan love itu sebenarnya rasa sayang.. perasaan kasih sayang... contoh-contoh diberi supaya mereka dapat faham LOVE sebenarnya adalah perkataan dalam bahasa Inggeris yang juga membawa maksud sayang.

Sayangnya emak kamu dengan kamu..
sayangnya ayah/papa kamu dengan kamu..
sayangnya abang/ kakak kamu dengan kamu...
sayangnya atuk/nenek dengan kamu..

dan sayangnya miss dengan kamu.. hihiihi. Thats LOVE..
Bukan cinta sahaja...

Bila loceng berbunyi...
"Stand up..."

"Thank you Miss"
"I love you Miss".... dan diikuti beramai-ramai..


dan Hana hanya tersenyum.

Deep in my heart " I LOVE YOU TOO, my dearest pupils...."






This is my kids. As their class teacher, I am their mom, their dad.. their sisters and friends... Being labelled as the most active year 1 class make me feel proud. Walaupun aktif nakal, they are kids...  and they are just adorable...

Kamu semua jangan nakal-nakal sangat ya.. Rajin2 belajar.

Friday, October 2, 2015

Stop & Take 5! Remember to put 'the glass' down.





A psychologist walked around a room while teaching stress management to an audience.
As she raised a glass of water, everyone expected they'd be asked the "half empty or half full" question. Instead, with a smile on her face, she inquired: "How heavy is this glass of water?"


Answers called out ranged from 8 oz. to 20 oz.


She replied, "The absolute weight doesn't matter. It depends on how long I hold it. If I hold it for a minute, it's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my arm. If I hold it for a day, my arm will feel numb and paralyzed. In each case, the weight of the glass doesn't change, but the longer I hold it, the heavier it becomes."

She continued, "The stresses and worries in life are like that glass of water. Think about them for a while and nothing happens. Think about them a bit longer and they begin to hurt. And if you think about them all day long, you will feel paralyzed – incapable of doing anything."
Remember to put the glass down.


(Courtesy of Jimmy Harmon)

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...