Saturday, October 3, 2015

I love you..

Assalamualaikum semua. May Allah bless all of you with happiness and good health...

Beberapa minggu yang lepas, agak pack dengan pelbagai aktiviti dan program. Dan sebagai seorang guru Tahap 1, tak kan terlepas daripada melakukan saringan LINUS.

Untuk pengetahuan semua., LINUS stands for Literasi dan Numerasi. Penilaian kemahiran bagi murid Tahap 1.Linus ni hanya melibatkan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.. Disebabkan Hana mengajar Matematik Tahun 2 dan Tahun 3 serta Bahasa Inggeris Tahun 1, jadi Hana perlu uji kesemua murid. yang mana keseluruhan murid LINUS ialah 95 orang. hahaha..

Hanya guru yang melakukan saringan Linus akan memahami kenapa hana ketawa...

Murid Tahun 1 Hana agak susah sedikit apabila diajar dalam Bahasa Inggeris, sebab Bahasa Melayu mereka masih lagi huru-hara untuk cikgu cuba fahamkan. Jadi, Hana mengambil pendekatan untuk mengajarkan murid terlebih dahulu.. dan memanggil mereka untuk dinilai.

Kadang-kadang pening juga kepala cikgu. Memikirkan bagaimana untuk membantu murid. Dengan kekangan masa dan tugas, serta silibus yang perlu dihabiskan.. Terkial-kial juga la Hana sebenarnya..

Masa di dalam kelas semalam. Hana cuba mengajar murid untuk memahami ayat dan cuba melengkapkan semula ayat dengan betul. Bagi ayat 1-3, semua bagus..semangat mereka membaca. Ulang membaca dan dapat memilih jawapan yang betul. Selalunya apabila mengajar, semestinya banyak body language untuk pastikan mereka faham.. Drilling helps them to understand the sentences. Tetapi apabila sampai ayat ke-4, hanya beberapa murid sahaja yang ikut membaca. Yang lain hanya senyum menampakkan baris gigi masing-masing..


ok..."Tak faham ke maksud teacher? " monolog dalam hati. Kemudian Hana cuba meminta mereka untuk ikut apa yang Hana cakap..

"Ok.. if Miss says I love you... "Do you love me?.... semua hanya terdiam..

Haish.. tak mungkin murid tak faham balasku dalam hati. Kemudian, cepat-cepat buat heart shape dengan menggunakan tangan.

"ok class, what is this?"



"LOVE"...

"Ok.. good.. yes.. "
So, if Miss says I love you... Do you love me?"

They burst into laugh... a big one..

Tergaru juga kepada Miss yang tak gatal..Bila ditanya mengapa mereka ketawa. Mereka senyum dan ketawa lagi.Jadi Hana ulang sekali lagi cuma kali ini Hana cakap kepada Damien, murid di barisan hadapan, "I love you".. Do you love me?


dan guess what?
"Miss mana boleh love saya. Kena tunggu saya besar dulu la... "

"Kenapa pula?"

"Indai (emak) saya cakap kena habis sekolah dulu... baru boleh love"


hahahaha.. dan Hana ketawa besar. Rupanya bagi anak-anak ini LOVE tu hanya mereka tahu cinta. Perasaan suka antara lelaki dan perempuan.. Jadi, Pdp berakhir dengan Hana menerangkan love itu sebenarnya rasa sayang.. perasaan kasih sayang... contoh-contoh diberi supaya mereka dapat faham LOVE sebenarnya adalah perkataan dalam bahasa Inggeris yang juga membawa maksud sayang.

Sayangnya emak kamu dengan kamu..
sayangnya ayah/papa kamu dengan kamu..
sayangnya abang/ kakak kamu dengan kamu...
sayangnya atuk/nenek dengan kamu..

dan sayangnya miss dengan kamu.. hihiihi. Thats LOVE..
Bukan cinta sahaja...

Bila loceng berbunyi...
"Stand up..."

"Thank you Miss"
"I love you Miss".... dan diikuti beramai-ramai..


dan Hana hanya tersenyum.

Deep in my heart " I LOVE YOU TOO, my dearest pupils...."






This is my kids. As their class teacher, I am their mom, their dad.. their sisters and friends... Being labelled as the most active year 1 class make me feel proud. Walaupun aktif nakal, they are kids...  and they are just adorable...

Kamu semua jangan nakal-nakal sangat ya.. Rajin2 belajar.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...