Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah..
Minggu ini jadual agak padat. Its finally come to a phase where you are working seven days a week.
Luckily I still can manage. walaupun begitu, still rasa a short break amat-amat diperlukan. Biarpun hanya sehari agar dapat bermalas-malasan manjakan diri.. hahaha..
Minggu ini boleh dikatakan hampir setiap hari ada perjumpaan/ mesyuarat. Disebabkan sekolah mempunyai dua sesi, jadi kebanyakan guru yang terlibat meeting pada waktu petang terpaksa meninggalkan kelas dengan memberi kerja dan sebaliknya pula bagi guru pagi.
Bagi murid tahap 1, semestinya waktu ketiadaan guru la waktu untuk mereka 'bersenam'. Bersenam daripada kaki, tangan sehinggalah suara. ^_^ Untuk hari semalam, boleh dikatakan hampir semua guru petang terlibat dengan meeting. Hanya tinggal 3 orang guru di bilik guru. Sebagai guru yang mengajar di kelas waktu itu semestinya akan membantu untuk mengawal disiplin murid.
Dipendekkan cerita, Hana mengajar di kelas sebelah kelas Hana sendiri. Anak-anak 1C memang terkenal dengan kenakalan mereka. Sehinggakan semua guru yang masuk akan menceritakan kenakalan mereka. Jadi semalam, dengar bunyi yang sangat bising dari 1C. Sebaik sahaja berikan latihan kepada kelas Hana mengajar, hana pergi ke sebelah. Time itu kononnya nak masuk mengajar dan berikan kerja , they stand up and greet me.
"Good Afternoon Miss"
The class are quiet.
And there I stood up at the door, watching every one of them.
dan Hana tanya,
"Why are you playing and making so much noise?"
"No miss"...
"I..I..... borrow the chair.. " (yang mana maksud mereka adalah menyusun kerusi)
Betulkan kesilapan mereka dengan explainkan borrow = pinjam. arrange= susun.
so I said dont push and drag the chair. so, I show them how to up and lift the chair.. Up and lift. Up and lift.. ( actions dan body language amat-amat perlu untuk fahamkan mereka, dan rythm help them a lot. They love songs).
Disebabkan ada yang menangis dan terluka kerana terlanggar meja semasa bermain. Maka bebelan bermula... selalunya mereka tahu bila Miss bercakap full in English tanpa explainkan maksud, Miss tengah marah.. Sebaik habis membebel (sorry kids), masuk semula ke kelas sebelah. Semasa berbincang soalan, nampak seorang demi seorang anak-anak 1C keluar dan berada betul-betul di hadapan kelas 1B. Masing-masing bertolak-bertolak untuk seorang ke hadapan dan bercakap dengan Miss..
dan selalunya Damien menjadi wakil mereka semua. Lawrence akan mengikut di belakang.
"What are you doing here?" ... They stood quietly...
"Why are you coming here? This is not your class."
dan Damien masuk, "Excuse me Miss... Kami nak minta maaf..."
"Maaf.. Whats that?" (sambil berpura-pura tak faham. saja nak lihat vocabulary mereka)..
"I am sorry miss"...... sambil mukanya lihat ke bawah.
"Why?"
"kami noise" (mungkin refer kepada make noise).
dalam hati, tersenyum.. alahai kamu. its ok. at least you try..
"Ok.. Next time dont make noise ok. If there's no teacher, do your own work.. buat kerja sendiri ok? You are big already. Big boys and girls dont make noise."
sambil Hana lihat kepada mereka yang lain masih setia berdiri di hadapan pintu.
"Ok miss" they shout out aloud.
"Ok. You can go back to your class. And..dont make noise. "
dalam hati, at least kamu tahu kesilapan kamu.. dan mencuba bercakap bahasa Inggeris. Yang mana dulu adalah sukar sekali nak mendengar mereka bercakap. Selalunya bahasa yang didengar ialah Iban. Tersenyum di dalam hati.
Tetapi belum sempat Hana sambung berbincang soalan... Terdengar ..........
"Maafkan kami..maafkan kami...
"Maafkan kami...maafkan kami...
tet net net tet ne... (mengikut irama lagu)
Jadi, terpaksa melangkah ke 1C semula. dan berpesan dengan sedikit lagi bebelan.. sekejap saja kali ini....
haiii.. kids. Ada masanya boleh buat orang menyinga, tetapi ada masanya they can make you melt...
^_^
Merantau banyak menjadikan diriku kenal alam ciptaanNya dan lebih mendekatkanku dengan yang Maha Pencipta. Dan mengajarku erti tawakal..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas
Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...
-
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini.. Saya doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan d...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan. Pertama sekali, ...
-
Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma? The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *y...
No comments:
Post a Comment