Tuesday, October 13, 2015

Aku rindu

Dari kejauhan, aku merindu..
Sebagaimana rindunya pokok-pokok pada hujan,
Rindunya tanah pada air
Rindunya perantau pada kampung halaman
Rindunya anak pada kedua ibu bapa

Ya. aku rindu.
Rindu seorang hamba kepada Penciptanya... Allah..
Dia sentiasa ada. Sentiasa dekat.
Moga bukan aku yg menjauh....


Subhanallah.indahnya langit pagi..



‪#‎catatancikguhana


13 Oktober 2015 

Ya Allah, ampunilah segala dosa ibu bapaku, peliharakanlah kesejahteraan dan kesihatan mereka, kurniakan mereka kenikmatan dan kekuatan dalam beribadat kepadaMu..

Ya Allah, ampunilah segala dosa guruku, pensyarahkku dan mereka yang menyampaikan ilmu kepadaku, jadikanlah ilmu yang disampaikan membuatkan aku lebih mengenaliMu dan dapat membantu yang lain...


Ya Allah, ampunilah segala dosa mereka yang pernah membantu diri ini sedari aku kecil hingga dewasa. dan ampunilah dosa arwah atuk dan nenekku, arwah guru-guruku, sahabat-sahabatku yang lebih dahulu dipanggil bertemu denganMu... Tempatkan mereka bersama golongan yang beriman. Temukan kami dalam syurgaMu..


selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW.
aamin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.