Wednesday, August 5, 2009

Pesanan ntuk wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang
haid sekalipun jika tidak dapat
solat, kena duduk atas tikar sembahyang
supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah
dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal.

Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari
rumahkita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan
kesejahteraan kedua ibubapa
dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya
8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah ‘Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat
nak baca kitab Mu pada hari
ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw
saperti doa tidur, bangun
tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan
basuhan mereka akan menjadi
zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri y g
menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala

berjemaah suaminya termasuk solat
dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak
amalkan.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...