Merantau banyak menjadikan diriku kenal alam ciptaanNya dan lebih mendekatkanku dengan yang Maha Pencipta. Dan mengajarku erti tawakal..
Friday, November 29, 2013
:: Menapak ke Sungai Petani ::
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kami telah selamat tiba ke Park Avenue semalam. Bertolak agak lewat kerana mak perlu menyelesaikan kerja untuk mengisi data menggunakan sistem online.
Ya Allah, memang menguji kesabaran sungguh benda-benda online ni. Sekarang baru Hana nampak kesukaran yang guru-guru masa kini hadapi. Mana tidaknya. Menghadap 2-5 jam sehari pun belum tentu selesai kerja yang ingin dilaksanakan. Tak mengapa. cuba ikhlaskan hati nanti. Paling tidak pun pahala da dapat . :)
Semalam semasa on the way, hampir-hampir berlaku kemalangan. Dua tiga kereta di lebuh raya lorong kanan terpaksa mengelak-elak ke kiri dan kanan lebuh raya. Semua ni terjadi apabila ada buah kelapa sawit yang terjatuh dari sebuah lori di lorong kiri. Mak aihh, sangat-sangat laju lori tu. Memang awal-awal lagi perasaan lori tu.. dengan ketinggian dan muatan penuh Hana cakap kat ayah "Lajunya la lori ni.." lalu pandangan dialihkan ke arah pemandangan hari yang mula kelam. sebab selepas berbuka di RnR Gurun varu kami sambung perjalanan. Kenyang bila minum ESP Shaklee je. Mak dan ayah makan nasi sebab ayah kata perut ayah perut Malaysia. hehe..
Ok, berbalik kepada cerita lori tu. dalam tak berapa ketika selepas tu rasa macam kereta ke kiri pastu kanan pula. Rupa-rupanya ayah mengelak buah kelapa sawit yang terjatuh daripada lori tadi sebab kain penutup nya tercabut ikatan. Alhamdulillah syukur tak ada apa-apa yang terjadi. Syukur juga kereta depan pun selamat. sebab hampir-hampir saja buah sawit yang sebesar tu jatuh betul-betul di atas keretanya. Tapi yang sedihnya, pemandu lori tu langsung tak perasan kereta-kereta di belakang dia siap main elak-elak lagi.. akhirnya kereta yang depan tadi cuba memecut sama kelajuan dengan lori tadi dan cuba memberitahu pemandu tersebut bahawa buah sawit jatuh dari lori. sama ada menjerit atau bahasa isyarat kami tak tahu. Tapi lori tu masih laju. Ayah memandu sehingga ke tepi tempat pemandu sama macam kereta pertama tadi lakukan dan mak menjerit "Buah sawit jatuh" tapi biasala dengan kelajuan lori dan bunyi enjin siapa yang dengar lalu saya dan mak menggunakan bahasa isyarat. Membuat isyarat menunjuk ke arah belakang lori dan buat gaya buat terjatuh. Bila teringatkan kembali, sungguh rasa nak pecah perut ni . lawak sungguh gaya kami. Mungkin pemandu lori tu gelak juga . haha. dan Alhamdulillah lori tu signal ke kiri dan mula perlahan. kami berlalu pergi dan saya lihat ke belakang. Lori tersebut sudah berhenti. :) Alhamdulillah, keselamatan pemandu lain terjaga.
Apa yang kita dapat dari sini? Sebagai pemandu kita perlu peka dengan keadaan sekeliling. Mungkin kalau pemandu lori tu mengerling sekejap ke cermin sisi. Mungkin dia boleh nampak buah sawit tergolek-golek atas lebuh raya. Lebuh raya tau. Bukan jalan raya. Labuh raya kereta-kereta semuanya laju-laju walaupun had laju sehingga 110km/j. Dan pastikan muatan yang dibawa telah dirapikan ikatan dan jangan bawa lebih muatan. sebab sudah tentu kalau kita sebagai pemandu kereta-kereta kecik ni akan menerima kesannya. nasib baik ni baru buah sawit. Kalau kayu balak macam mana? nauzubillahiminzalik.. dan terima kasih Allah kerana menggerakkan hati-hati pemandu yang terlibat supaya cepat bertindak. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih hebat melainkan Engkau.
Baiklah. cukup dulu pagi ni punya cerita. Pagi ni breakfast dulu dengan ESP sementara menunggu mak abis kursus. :). nanti berkesempatan saya kongsi lagi cerita. :)

Wednesday, November 27, 2013
:: KALAU TAK SUKA, PULANGKAN ::
Manusia selalunya mudah terleka dan hanyut dengan kehidupan dunia. dan seringkali juga kita mencari restu manusia berbanding mencari keredhaanNya. dan selalu sahaja ego menang dalam apa jua keadaan. sebabnya mudah : sebab takut orang kata.. kata itu kata ini... Biarlah orang nak kata apa pun..selagi kita buat perkara benda yang Allah suka. Orang yang selalu berkata perkara negatif ni sebenarnya umpama biawak. Biawak. dalam diri kita ni pun sebenarnya ada biawak. tau tak? geli? rasa macam nak gi muntah-muntah supaya biawak tu keluar?? Maaf la tapi biawak tu bukan mudah nak keluar macam tu. Biawak tu hanya boleh keluar kalau kita dapat ubah diri dan fikiran kita. Kalau nak tau macam mana nak tau dalam bdan kita ada biawak atau tak. selalu-selalu lah menjengah ke sini. Insya Allah, akan diterangkan dalam post terbaru nnt.. siap dengan contoh-contoh sekali. sebelum tu, saya nak kongsikan cerita ini : semoga dapat memberi manfaat
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
—————————————————————————-
“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.
Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!
Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”
———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
———————————————————————————-
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”
—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.
Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….
sumber : http://cincinbelahrotanku.blogspot.com/2013/11/kalau-tak-suka-pulangkan.html
_____________________________________________________________________________________

:: 1001 ::
Ambillah peluang untuk belajar,Dari apa yang paling menyakitkan.Boleh jadi,Yang paling menyakitkan itulah,Yang paling banyak mengajar.
Tuesday, November 26, 2013
:: Alhamdulillah syukur ::
Assalamualaikum semua,
Beberapa hari dah berlalu, barulah hari ini Hana dapat update blog. Hari ini macam-macam cerita berlaku.. hai.. Apa pun yang terjadi, baik ataupun jahat, kita haruslah sentiasa beringat bahawa hidup ini hanya sementara sahaja kan? ambil yang baik untuk dijadikan teladan dan yang tidak baik tu kita buang la jauh-jauh.. shuh..shuh...
Alhamdulillah, yukur. Murah rezeki sungguh hari ni. pagi-pagi lagi jiran datang bagi ubi rebus dengan gula merah. sedap sejuk-sejuk hujan ni makan ubi rebus. baru petang semalam sebut teringin. Mungkin betul juga dengan kata-kata Dr Azizan Osman "Allah mengikut sangkaan hambaNya". mungkin juga sebab ni vision board memberi kesan sedikit demi sedikit. Bila teringat balik mungkin sebab tu juga cikgu masa sekolah dulu-dulu selalu tanya tentang cita-cita kan? ada tak cikgu tanya? kecik-kecik dulu macam-macam kita nak jadi kan.. angkasawan la..polis. doktor..profesor.. dunia kanak-kanak memang syok! memang senyum panjang sekarang kalau teringat.

yang ni je tinggal.. :P |
Alhamdulillah sekarang Hana dalam proses mengajar cita-cita saya. Doakan hana ea. Insya Allah, sedang berusaha. Tengahari pula tak perlu masak. yeay. sebabnya semalam dapat lauk kenduri. Alhamdulillah. nak menjadi rezeki pula. kalau nak diikutkan hampir terlupa dah kenduri sebabnya memang ayah selalu buat reminder dalam handphone tetapi terlupa untuk buat reminder untuk kenduri ni. syukur Alhamdulillah. lepas makan tengahari telan lecithin 2 biji untuk potong lemak-lemak yang masuk dalam perut. Berat perlu dijaga. Nanti bimbang pula penyakit lain yang datang if tak jaga kesihatan. Berat pun alhamdulillah makin terjaga. hidup sihat tu perlu supaya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya jua.. :)
Monday, November 25, 2013
:: Şehıdımız Ahmad Ammar ::
Bismillahirrahmanirrahim..
pagi ni selesai pulang selepas subuh, FB di log in. dan notification yang pertama yang naik ialah Jom Follow

Şehıdımız Ahmad Ammar
[Syahid kita Ahmad Ammar]
Mesti dalam kalangan kita sudah ramai yang mendengar nama Ahmad Ammar. Ramai juga yang daripada tidak kenal sudah cinta terhadap semangat dan jiwanya dalam Islam. Sungguh hatiku juga terkesan bila mengenali insan ini.
Ya, Ammar ialah seorang penuntut Malaysia yang meninggal dunia di Turki kerana kemalangan dilanggar oleh ambulans dan telah dikebumikan di sana di pusara sahabat Nabi.

Hebat, hebat. Subhanallah. Ternyata arwah adalah seorang yang berjiwa besar. Di saat mana anak-anak muda yang sama umur dengannya masih lagi hanyut dengan dunia. tetapi tidak pada dia. Arwah menyerahkan jiwa dan raganya kepada Allah. dan kepada agama Islam. Dia ingin bertemu bidadarinya. sungguh hati ini rasa terkesan dengan kehilangan beliau. InsyaAllah, semoga selepas ini akan lahirnya insan-insan berjiwa seperti Ahmad Ammar.
Kematian mu telah menghidupkan mata dunia. Al- Fatihah. Semoga selepas ni semakin ramai orang Islam bangkit dari 'mimpi'. Ya Allah, dia sudah bertemu bidadari syurganya. Semoga diriku jua dapat menjejakkan kai di syurgaMu nanti. Amin..
kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh melayari laman berikut : https://www.facebook.com/letsfollowammar

p/s: Laman ini adalah satu-satunya laman rasmi berkenaan Şehıdımız Ahmad Ammar yang dikendalikan oleh ahli keluarganya.
Saturday, November 23, 2013
:: Enjoy your trip ::
Assalamualaikum wbt.
selamat sejahtera. ♥
macam mana dengan semua. sihat? kalau tak sihat telan Vita C Shaklee pastu minum air suam banyak-banyak. Hujan-hujan ni kena jaga diri.
Sebelum cuti ni saya dapat banyak sangat sweet gift dari rumate. banyak cerita yang nak dikongsikan tapi nak jumpa face to face baru seronok. InsyaAllah, dia pun da sibuk berkemas sebelum on the way untuk ke KB sebelum bertolak ke KL untuk naik flight ke Beijing masa call tadi. May Allah take care of you dear and the rest of your classmates..
Enjoy yourself and also your trip.. Tak sabar nak dengar cerita nanti.. jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak. nak tengok negara orang. hehe

spesel untuk auntie hana :)
hehe.. Tenkiu dear untuk gambar-gambar ni. Rindu pula adik kecik comey saya ni. hehe..
Kalau semua nak tahu, this is the only one cute little baby that I really can't wait to go to Besut every weekend.Excited giler! haha.. teringat lagi masa awal-awal dulu Hanee (her name) masih lagi dalam perut ibu. Ibu selalu drive pergi balik Besut dan KT untuk hantar ciksu Hanee gi belajar kat IPG KDRI. Memang kuat dan tabah. Sarat pun masih lagi menghantar. Ciksu tak dapat lesen lagi time tu.. and now you're grown up already. Going to 2 years old this January 2014..

makan satay ikan. :)
alolo... sama habit bila makan satay ikan. pantang jumpa je kan2? hehe :)
“Adakalanya rasa bahagia yang tak mampu terungkap dengan kata-kata membuatkan kita menangis,dan disebalik senyumannya tersembunyi luka yang amat dalam.Aku tidak mengharapkan pengertian manusia kerana Allah terlebih dahulu memahami sebelum mereka menghakimi.Lalu aku biarkan hati menerima semua luka,kerana aku tahu Allah selalu ada menjadi penyembuh.=)”
Thursday, November 21, 2013
:: Penghijrahan ku ::
Bismillahirrahmanirrahim...
Jalan ini memang hakikatnya masih panjang. Jika tidak panjang di dunia, di akhirat sana tentu lagi panjang mencari haluan sebelum di hisab amalan di atas Al-Mizan dan seterusnya ke Siratalmustaqim samaada ke Jannah ataupun An-Naar. Semoga kita ke Jannah-Nya. Aamiin.
dan sememangnya jalan ke arah kebaikan sentiasa dipenuhi dengan dugaan cabaran. sebab tu Hana selalu saja menganggap hidup ni seakan kapal yang kecil di lautan yang luas. Setiap kali dugaan yang datang itu ibarat ombak besar atau ribut yang cuba menenggelamkan kapal. Mungkin sebab ini, Hana cepat 'bangunkan' diri bila menghadapi sesuatu perkara yang membuat diri rasa kecewa dan hampir berputus asa. Tipu sangat la kalau Hana kata semua masalah Hana boleh atasi. Its takes time. Everything actually takes time. Mana ada orang yang sedang nangis tiba-tiba boleh senyum kan? kalau tersenyum tu pun mungkin sebab ada orang yang memujuk tengah buat lawak sampai dah tak tertahan-tahan nak gelak. hehe...
after a long journey, Hana had a thought that "Orait, this is your time. to do more. To be extraordinary. You can do it if you put your effort on it. Real effort." "I want to be extraordinary". Mungkin ini yang membuatkan saya memilih untuk menjadikan Shaklee sebagai satu jalan yang mana saya dapat membantu lebih ramai orang. Hana selalu bayangkan bahawa "dengan menjadi biasa saya sudah dapat menolong ramai orang, what if saya menjadi 'EXTRAORDINARY'. mestila ramai lagi orang yang dapat saya bantu.."
dan alhamdulillah, secara rasminya Hana sudah menjadi Shaklee Independent Distributor dua minggu lepas setelah Hana sendiri mencuba produk-produk seperti set Kesihatan dan Kecantikan Kulit serta Set untuk Penjagaan Berat bedan. Its works... dan sebab tu saya percaya dengan Shaklee saya dapat bantu ramai orang supaya dapat hidup sihat. Dulu Hana memang tak suka makan supplemen kecuali makan vitamin C sebab dulu cepat sangat selsema atau demam. Dan semuanya berubah sebab abang Hana, Mohd Firdaus Ismail [dia pun ada blog tau , boleh klik sini juga kalau nak kenal hehe].
Jatuh cinta dengan Shaklee sebab first dapat set-set ni dari abang, Hana tanya " untuk apa bagi ni? ish..berkesan ke akak da try macam-macam da ni. berkesan ke? tak nak la. mesti mahal harga dia.." tapi after try for about one month, everything changed. Ramai kawan-kawan yang tegur bahawa saya nampak lebih bertenaga dan berseri-seri. tapi yang paling tak boleh lupa bila pensyarah-pensyarah juga ramai yang bertegur mengatakan bahawa saya nampak berseri. Nak kawin da ke? hehe.. paling tak boleh dilupakan seorang pensyarah yang tak mengajar kami lagi terberhenti di hadapan pintu dewan sebelum masuk untuk jadi pengawas exam. Beliau menyapa dengan " bagaimana sekarang?" saya menjawab "Alhamdulillah sihat" dan yang paling membuatkan saya yakin dan gembira ialah bila beliau berkata "kamu nampak putih berseri-seri sekarang". Terasa macam nak je lompat-lompat sebab excited sangat time tu. tapi kawal diri sebab takut ilmu yang dibaca 'terkeluar' dari kepala. Exam first. hehehe
nampak tak kat sini? baru sebulan je saya amik Shaklee. tu pun ada yang ter skip waktu makan Shaklee ni. Selama ni muka saya kusam, selalu je gelap sebab sunburn.dan mungkin sebab tu saya jarang selfie [amik gambar diri sendiri]. Betul. Betul! tak tipu. Saya yang dulu bukan saya yang sekarang. kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan dan family saya...
Nak tahu macam mana saya dapat maintainkan berat badan dan kulit saya menjadi semakin baik dengan tona yang sekata. Boleh sms/whatsapp 019-4025851 atau pm saya di FB. InsyaAllah, saya akan bantu anda. Sebab saya suka dapat membantu anda untuk rasa apa yang saya alami sekarang.
rasanya setakat ni dulu, azan Asar pun dah nak berkumandang. Teruskan mengikuti blog ni utk cerita-cerita dan perkongsian maklumat yang berguna. insyaAllah. salam sayang :)

Subscribe to:
Posts (Atom)
HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas
Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...
-
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini.. Saya doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan d...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan. Pertama sekali, ...
-
Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma? The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *y...