Wednesday, April 29, 2015

Angry Birds

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ini? 
Semoga hari ini dan minggu ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt serta dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat buat diri sendiri dan orang lain.


Cabaran.Ujian. Dugaan. 
Perkataan yang berbeza. Tetapi maksud disebaliknya adalah sama. Kehidupan seorang manusia tidak akan pernah lepas atau sunyi dari ujian, cabaran dan dugaan. Di dalam kehidupan pasti akan ada cabarannya. Dan tahap kekuatan atau hebatnya cabaran itu bergantung kepada diri kita sendiri. 

Ada orang diuji dengan sakit, ada mereka yang diuji dengan kehilangan harta benda, ada mereka yang diuji dengan masalah kewangan, ada mereka yang diuji dengan masalah keluarga, ada mereka yang diuji kehilangan insan tersayang dan tak kurang juga ada mereka yang diuji dengan diri sendiri.

" Allah menguji seseorang itu dengan mengikut kemampuannya"

Kekadang bila dirasakan terlalu banyak/ hebatnya cabaran itu, dengan pelbagai usaha dan perkara yang dah dilakukan.. tetapi masih tak berjaya, membuatkan sesetengah daripada kita lemah semangat dan mahu mengalah.

Jangan bimbang. Rasa itu..NORMAL...Cuma kita perlu bijak mengawal. So that it dont become something destructive.. 

Be positive. and believe.
sometimes things that happened are tests from Allah to take us to a new level ( to be a better person).
Dapat tak apa yang Hana cuba terangkan? Ok. Tak apa. Relaks dulu. Hana cuba gunakan analogi ini.



Angry Bird.
Siapa yang tahu game ni? Siapa pernah main cuba angkat tangan?Wah.. ramai.. ^_^ . hehe.. 
Ini antara game yang pernah Hana bermain. Mungkin saat ini, there will be few people that might said 
"What?? Angry Bird? ish2.. tak tahu ke dalam tu ada ***. Agenda Yahudi and so.
Yes.. i know. They are few things. But lets look from a good side. can we?.. TQ. ^_^

Apa yang Hana suka tentang game yang membuatkan kita berfikir dan mencuba. Setiap level dia berbeza tahap kesukaran (difficulty).


Perasaan tak level 1 selalunya yang mudah dan cepat sahaja kita dapat menyelesaikannya. Hanya perlukan satu kali cubaan. Kemudian kita maju ke level berikutnya.. Ini kita yang usia 20an.

Cuba anda lihat anak-anak kecil yang bermain game ini, mereka mencuba berulang kali barulah berjaya melepasi level 1. Butang replay menjadi favourite. kerana ingin cuba melepasi cabaran level 1. Betapa sukarnya cabaran itu bagi mereka hinggakan ada yang merajuk dan memujuk ibu/ayah untuk mainkan bagi mereka supaya lepas level itu.

Dan bagi kita yang sudah melepasi level 1, semestinya akan merasakan mudah. Tetapi perasan tak, semakin tinggi level yang kita dapat kecapi semakin hebat cabarannya. Hinggakan kekadang kita juga ada menekan 'replay'.Semakin tinggi level, makin bertambah cabaran dan rintangan, dengan bomb, cage, etc.

Tetapi bagi mereka yang berminat, mereka akan tetap mencuba. Ya, Berulang kali. sehingga menemukan cara/tips untuk melepasi level itu dengan jayanya..



Kehidupan
Begitu juga dengan hidup. Hidup kita tidaklah semudah dengan touch screen dan scroll seperti Angry Birds. Dan kita juga tidak mempunyai butang replay seandainya ada tersilap langkah. Semakin kita menginjak ke alam dewasa, semakin hebat cabarannya. Tetapi kita hadapi satu per satu. Betul tak?

Jika langkah A tidak berhasil, we adjust. and we try again. dan jika langkah itu juga tidak berhasil, we adjust and try to adapt it in our situation.. InsyaAllah, at the end we manage to get through. ^_^
Sama juga seperti baby.  They try step by step. Seperti mahu merangkak, if they find it hard to turn on to the right first, later they will try on the other side... bila dapat merangkak, they'll try to stand..walk and run... With the smile on their face. ^_^ * how i miss to watch the moments.... See, as long as we try.. and never give up,  we will manage to get through setiap halangan dan cabaran...

But that does not means the challenge stop there. We pass one with flying colours. But there's more to come.

As long as we are human, there will be challenges. It never stop.. Daripada kecil hingga kita dewasa.. Datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Cuma kita yang menyedarinya..


Personally, having all these challenges do not means that we have to face it alone. seperti mana analogi Angry Birds, we ask help.. We have our family, siblings, friends, relatives, teachers and the most important we have Allah. He always be with us. No matter what... so, dont be afraid. 

Maybe in life, we will never have 'replay' button, but with all the moral support and advices. we will adjust and adapt..and at the end we'll get through..InsyaAllah....


A friend once said this ,
" Ujian/ dugaan itu tak pernah sunyi dengan himah dariNya...
 Allah is GREATER than our problems. Kita mampu, He'll know"


Like the angry birds game, if you dont like it, you just uninstall it and it will never cause you problems again..haha.. just kidding.


Last but not least, 
what we can do is, pray.. Pray so that Allah may ease everything we do. and gives us strength to endure the feelings. Its not easy.. I know. But we can try. If Allah never give up on us, why we give up on Him? right.. so Pray.. 


Personally, for me sesuatu yang payah dicapai itu akan lebih manis bila mencapainya di dalam kepayahan dan cabaran Insya-Allah, walaupun itu bukan syarat utama mencapai kejayaan atau matlamat kita....



so keep on trying friends.. I know we all are fighters..






Salam rindu & sayang dari Tatau, Sarawak.


p/s: I am not good in words. ^_^ But i know you are stronger... be strong friend.





Sunday, April 26, 2015

Esok

Dan pabila esok datang kembali...

Jadikan esok lebih baik dari hari ini..

May Allah ease...

Saturday, April 25, 2015

Sharing is caring

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan pada hari ini untuk mencoret catatan disini. Semoga Allah sentiasa memberikan kemudahan dan keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah.

Alhamdulillah syukur juga. Akhirnya LINUS berjaya di'key in'..

Dua hari ini, Hana menerima tetamu. Rakan IPG yang sama-sama berposting disini. Mereka perlu menghadiri kursus di PPD dan SJKC Chung Hwa Tatau.. Jadi, berbuallah dan berkongsi cerita masing-masing... Setiap seorang dengan ceritanya sendiri. Seronok mendengar.. Terasa macam teringin nak ke sana suatu hari nanti.. Pengalaman ke Sangan Iban pada minggu lepas buatkan Hana jatuh hati..  Ceritanya? Nanti Hana ceritakan pada entry seterusnya..


Isnin lepas berbual-bual dengan abang. Lama berbual. Memang kebiasaan abang adalah pakar motivasi.. Dialah yang selalu memberikan sokongan, dan kata-kata semangat.. Terima kasih abang. ^_^ 


Kata abang,

Kalau kita ada ilmu.. tak baik kalau tak sharekan. Benda yang baik kita makan sendiri-sendiri. Sedangkan mungkin perkara yang kita tahu itu boleh membantu orang lain menambah kualiti hidup mereka.

Macam ilmu agama yang ada kita kongsikan. Nak kongsikan ilmu tak semestinya perlu ilmu agama sahaja. Ilmu dan kemahiran. contoh macam ajar orang untuk susun barang supaya mudah cari, ajar anak murid macam mana nak dapatkan tulisan yang kemas, tunjukkan cara untuk iron baju, basuh pinggan, adab makan. Ini semuanya ilmu...  Its all about sharing.

Dan hari ini, Hana mula memahami...


Sharing.
In class, menjadi guru Tahun 1 akan selalu sahaja ada tali leher di atas meja guru setiap kali waktu selepas rehat. Semuanya gara-gara anak murid terlebih excited semasa bermain. Minggu pertama, Hana tolong ikatkan untuk mereka. Masuk minggu kedua, Hana panggil seorang murid pada awal waktu persekolahan sebelum mereka semua beratur untuk perhimpunan harian. 

Mulanya bukan untuk ajarkan dia. Tetapi cikgu sendiri pun masih lagi belum mahir. Kiranya macam practice makes perfect. Days passed. Sekarang cikgu pun dah mahir. Sekejap saja zup zap zup.. dah dapat ikatkan tali leher murid. Minggu berikutnya, cikgu dah bersedia seandainya ada lagi tali leher di atas meja. 

pelik..
Tapi masuk kelas minggu ini tak ada satu pun di atas meja. Esoknya masuk lagi pun tak ada. Lihat juga murid-murid seandainya mereka memang langsung tidak memakai tali leher. Semua ada. Kemas lagi ikatannya.. pelik. sungguh pelik. selalunya waktu ini sudah ramai yang tak memakai tali leher.
alasannya tertanggal dan mahu minta cikgu ikatkan. Tertanya-tanya juga cikgu di depan. Pengajaran diteruskan seperti hari-hari biasa. Cuma dengan persoalan di kepala cikgu.

Nak dijadikan cerita cikgu tak sabar nak tahu, cikgu datang kelas berikutnya bawa satu tali leher. 

Kononnya bertanya siapa punya tali leher itu. Semua dijawab bukan kelas ini. Lalu cikgu tinggalkan atas meja.. semasa beri latihan kepada murid,Damien (anak murid) 

"cikgu, boleh saya tolong?"

"Tolong? Tolong apa.. sekarang belum tamat lagi masa kelas..." 
(kebiasaan anak murid di sini, tolong hantarkan barang guru ke bilik guru.)

"Tolong ituu.. (sambil jari dia tunjukkan atas meja guru)"

"ok"


and guess what? 
Cikgu tersenyum selebar-lebarnya.. sebab Damien ikat sendiri tali leher tu. walaupun terkial-kial juga awalnya.. 

dan dia bertanya kepada kawan, Haziq yang selalu jadi teman latihan cikgu... 


Rupanya Haziq yang tolong ikatkan tali leher dan ajar rakan-rakan yang lain..Patutlah tak ada lagi tali leher atas meja cikgu.

maka, terjawablah persoalan cikgu...


Comel sungguh anak murid cikgu.

Moga semua membesar menjadi orang yang berguna. Halalkan segala ilmu yang cikgu sampaikan. Cikgu guru novice lagi ni..







Friday, April 24, 2015

Tawakal

Put your trust in Allah, as Allah is the best of planner.

Congratulations!!

Assalamualaikum wbt. Hana doakan semua pembaca blog ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

First of all, nak ucapkan terima kasih..

Terima kasih schoolmates.. for giving the book. I love it... yeay... ^_^
*and thank you for the notes.. yes, you're right. I miss our Tennis moments and riadah.. Basketball.. 
Lama sebenarnya tidak bermain. InsyaAllah.. one day..



And

Congratulations my little sis..For winning the game. Sorry i cant be there to cheer for you.. I know it must be great game... Kalau tak, bukan Falis la kan? ^_^

Akak pun tak sehebat tu.. Tak rugi ajarkan dulu.. See, you are talented. Believe in yourself.. I know you can do it.. Balik nanti we have a match Ok??




Don't be afraid of what others saying. Let them said what they want. If they want to call it 'poyo', let them be.you have nothing to lose. ^_^.



Do you still remember... Mom once told me about this.

"Orang yang bagus dan baik akan tengok dengan mata lebah..semuanya manis macam madu dan bunga. Orang yang selalu negatif dan berprasangka buruk akan tengok dengan mata lalat.


so, i guess we all know what flies do right?

So let them be. As long as you know your intention and whats in your heart. And the things that you're going to do does not against Allah rules. Those people is actually a test from The Most Merciful too..



All the best in training.. Be a good player then. Wish us luck in PSKPP too.. May Allah ease..


He Knows

Allah knows when is the best time for you to have something that you've asked.

If you still don't get it.

Means, there's a better thing for you..

So be positive.. And trust Him...

May Allah ease everything and bless all the readers of this blog... ^-^

Tuesday, April 14, 2015

Alahai anak muridku

Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak mencoret disini. Ada tugas dan komitmen lain yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Meskipun sibuk, coretan dalam buku kesayangan sentiasa ada. Itu wajib. haha :D

Alhamdulillah sihat seadanya di sini. Jadi, Hana doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dipelihara keselamatan, kesihatan dan dirahmati Allah.

Genap 3 bulan 12 hari sudah di bumi Tatau ni. Apa yang boleh diceritakan itu banyak. nanti Hana kongsikan satu persatu. InsyaAllah, andai ada kesempatan Hana post lagi.

Guru Tahun 1
Menjadi guru Tahun 1 bukannya mudah.Baru Hana faham betapa besarnya jasa guru Tahun 1 masa bersekolah dulu. Kerana guru Tahun 1 kita mula mengenal ABC, dapat mengira 123, menulis di atas garis lurus dengan cantiknya.. Kerana guru Tahun 1 inilah guru pertama kita di alam sekolah.

Sungguh masih teringat guru-guru Tahun 1.
guru matematik Tahun 1, cikgu Azizah, Sir Syahrul,Cikgu Maimunah, cikgu Mat Zain, Ustazah Noraini , Ustaz Kamal, Cikgu Wahab, Cikgu Kamil. Ramai lagi sebenarnya. Semua nak sebut. Maklumlah dua kali belajar di tahun 1.

Mengajar dan mendidik anak-anak Tahun 1 C ini banyak mengajar Hana sebenarnya. Kekadang dirasakan mereka lah sebenarnya "guru". Guru kehidupan.

Sucinya jiwa anak-anak kecil ini. Sungguh.. Ada kala mampu membuatkan cikgunya menjadi singa. Ada kalanya mampu buatkan cikgu tersenyum bahagia. Segala apa yang diajarkan cepat melekat. Tetapi cepat juga lupanya dia. Alahai.. anak muridku.

Meskipun marah. Tapi marah itu tanda sayang. Mana tidaknya. Telatah jiwa kanak-kanak. Kita juga pernah melaluinya. Cuma dari satu segi, menjadi cikgu perlu bijak menangani murid. Kerana murid kini tak sama macam zaman kita dulu. Tahap pemikiran mereka juga berbeza. Minatnya juga lain. Kalau dulu kanak-kanak bermain batu seremban, anak masa kini lebih mengenal Raja Lawak dan game online.

Tetapi Hana akui. Setiap hari mengajar anak-anak Tahun 1, setiap harilah cikgu mencari cara baru. Dan setiap hari juga cikgu mendapat ilmu baru. Semuanya untuk anak-anak murid. supaya minat dan semangat untuk belajar itu ada. Cikgu lihat kamu berminat dengan muzik. jadi, cikgu gunakan muzik. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia suara cikgu. Itulah untungnya menjadi cikgu. Semua boleh jadi. Pengarah, pelakon, penyanyi..


Nakalnya dia.
Semalam murid 1C luka di kepala. Kerana ada yang membaling batu semasa di padang. Kisahnya tak siapa yang tahu. Siapa baling siapa pun tak tahu. Yang menjadi mangsa pun tak ingat siapa yang membaling. Jadi, bergegas lah turun ke bilik guru.Belum pernah lihat luka seteruk itu. Agak panik juga pada mulanya. sebab tak tahu antara bawa murid ke klinik terlebih dahulu atau maklumkan kepada ibu bapa.

Nak maklumkan sudah semestinya masalah komunikasi yang menjadi halangan. Bukannya mudah nak maklumkan kepada ibu bapa. Ibarat macam doktor nak bagitahu result operation. Berdebar.

Nasib baik ada cikgu-cikgu lain yang membantu. Seorang cikgu telefon ibu bapa murid tersebut. Sementara menghentikan luka di kepalanya. dan memang betullah. Sepatah perkataan pun percakapan itu Hana tak faham. Memang tak faham. Terfikir juga tadi, macam mana la kalau perlu maklumkan sendiri.

Masuk kelas. Soal siasat satu demi satu. Sunyi sepi kelas. 1 masa pertama berlalu seperti tu saja. Akhirnya masa kedua, cikgu rasa bersalah jadi cikgu cuba ambil hati semua murid semula. Pesalahnya? Kita biarkan masa mengingatkan semula..

Walauapapun, terima kasih semua yang membantu...
Pengalaman baru lagi kali ini. Guru juga boleh menjadi doktor.  Aci tak macam ni?


Semoga Allah mempermudahkan urusan semua.

Thursday, April 9, 2015

Tough lady

Assalamualaikum wbt semua. Hana doakan semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Allah swt...

Alhamdulillah.. Sudah genap sebulan di bumi Tatau ini.. Awalnya dulu terasa sukar nak sesuaikan diri.. Kini sudah perlahan-lahan dapat menyesuaikan diri.. It only the matter of time.. To adjust and adapt.

Minggu ini ternyata kebanyakan kawan-kawan semua bersemangat dan tersenyum lebar saat melihat tiket penerbangan masing-masing. Masing-masing sudah tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga tersayang.. Semua akan bergerak keluar dari kawasan sekolah masing-masing dan menuju ke bandar terdekat..itulah rutin hujung minggu kami sebenarnya..tetapi hujung minggu ini sedikit berbeza. Kami keluar bukan untuk ke bandar dan tinggal sehari dua. Tetapi kami akan pulang ke rumah bersama keluarga selama 5 hari..yeayy! Harap dapat luangkan sebaik mungkin..

Rindu betul masakan mak..

InsyaAllah bakal berada di langit biru sabtu malam ini untuk ke KL. Moga selamat semuanya..

Ada yang bertanya Hana.. Bagaimana jika dah sampai disana? Ada yang datang ambil?

InsyaAllah.. Semuanya sendiri sehingga sampai ke negeri Jelapang Padi..  Banyak merantau sedari kecil, jadi perlu banyak belajar hidup berdikari..
Moga Allah pelihara keselamatan dan kesejahteraan.. Doakan hana ya ^-^

Minggu ini banyak berbual dengan kenalan lama.. Banyak dibualkan tentang cara hidup Hana di sini. Mungkin bagi mereka di semenanjung sukar untuk membayangkan kawasan pekan yang kekadang sumber air menjadi kuning pekat umpama teh susu, line telefon yang kekadang bercakap memerlukan kita mengagak percakapan orang sana. Ataupun terus terputus. Mark setiap 'HOT' spot untuk line.. Bekalan makanan alhamdulillah. Di tempat Hana lebih mudah didapati berbanding dengan kawasan di pedalaman.  Selalunya sahabat di pedalaman akan keluar membeli keperlua di pekan/Bandar berdekatan..

Syukur juga. Bila mendapat rumah baru ini, dapatlah sahabat-sahabat lain dapat datang luangkan masa hujung minggu.. Datang saat ada kursus atau mesyuarat peringkat daerag..Hilangkan kepenatan dan beban di sekolah dengan berkongsi dan bertukar-tukar cerita.. Ya. Begitulah sedikit sebanyak tentang kehidupan di sini...

Rahsia kekuatan?

Sebenarnya bukanlah ada rahsia. Tetapi atas rasa kepercayaan Hana teruskan. Percaya akan Allah. Dan bersangka baik dengan setiap ketentuannya.. Banyak sebenarnya pengalaman dan ilmu yang kita peroleh apabila kita merantau ke negeri orang..

Cuma ia memerlukan kita melihatnya dengan mata hati. Baru terasa manisnya hikmah..jujur Hana akui..semua ini bukannya mudah.. Dan tak ada suatu perkara pun di dunia ini yang mudah. Setiap perkara pasti ada kesenangan dan kepayahannya..

Menjadi guru bukannya mudah. Menjadi doktor pun bukannya mudah.
Menjadi bussinessman bukannya mudah.
Menjadi lecturer pun bukannya mudah.
Menjadi engineer bukannya mudah.
Menjadi kontraktor bukannya mudah.
Menjadi pegawai Alam Sekitar juga bukannya mudah.
Menjadi anak murid juga bukannya mudah..

Dan tidak menjadi apa-apa pun, masih lagi tidak menjadikan hidup itu mudah.  Percayalah.. Setiap sesuatu itu ada kesusahan dan kesenangannya.. Dan Allah dah tetapkan sesuatu ujian itu mengikut tahap kita. Cuma kekadang kita yang tidak mengetahui kekuatan diri kita sebenarnya dan kita sering mengambil mudah dengan meletakkan kesemuanya pada Allah. Ada yang menyalahkan Dia. Sedangkan diri kita ini masih lagi lemah.. Tidak mampu melihat hikmah... Oleh itu .disaat diuji jangan gelabah dan resah.. Tenang dan tempuhilah dengan hikmah..

Akhir kata. Salam sayang dari Tatau,Sarawak

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...