Apa khabar? Hopefully semua sentiasa sihat dan dirahmati Allah..
Alhamdulillah, I'm doing great here.Trying my best to adjust and adapt to teacher's life... Yes.. Still adjusting and adapting to this even this is my second year... There is a lot more to learn and to venture...
Isnin lepas 17-19 Oktober, bawa murid-murid ke perkhemahan NGO di Sekolah Kuala Annau, Tatau. 24 orang murid bersama 6 guru. dan 2 daripadanya adalah murid Puteri Islam yang mana diriku adalah guru penasihatnya..
Cikgu tak pernah pergi camping bawa anak murid.. Selalunya cikgu yang pergi camping. Sebagai orang yang bercamping.. Peserta camping.. Jadi ini pertama kali.. segala persiapan lengkap.. siap bawakan juga my first aid kid.. Beriya betul cikgu ni kan... Itu tandanya cikgu sayangkan anak murid.
My Love |
Persiapan sebelum : Kita belajar memasak dulu depan rumah cikgu..
Masakan : Ayam Pansuh dan Ayam Panggang/Bakar.
Perjalanan menuju ke Sekolah Kebangsaan Kuala Annau. (P1). Nak ke sekolah ni ada 2 cara.
1) jalan darat (Kereta, Pacuan 4WD dll)
2) Jalan Air (Bot 10 minit)
Disebabkan camping ini memerlukan kami membawa banyak bahan dan keperluan, jadi jalan darat digunakan. Sebanyak 6 buah kereta (4 Hilux, 1 Avanza dan 1 Myvi) digunakan untuk membantu membawa barang-barang dan murid ke sini...
dalam gambar nampak macam biasa, tetapi hakikatnya jalan ini agak bumpy.. berbatu-batu. Inilah jalan-jalan cikgu disini terpaksa tempuhi kalau nak ke Pekan Tatau atau ke Bandar Bintulu..
Jalan yang berbatu-batu dan ada kalanya berlubang selama sejam memang menguji ketahanan dan kemampuan pemandu dan kereta... Ada juga perasaan risau.. Andai tayar pecah disaat sedang mendaki jalan berbukit dan berbatu ini... Tapi syukur alhamdulillah.. kami selamat sampai...
yang selebihnya, jom tengok gambar...
Ecehhh.. ni gambar-gambar cikgu-cikgu selfie dlu...
Nanti Hana updatekan pula sepanjang ada disana... Kisah camping dalam hujan. Pengalaman tu..
Nanti datang lagi ya...
TQ sudi singgah sini...